Template by:
Free Blog Templates

5 August 2009

Tarik Balik Biasiswa/Pinjaman Pelajar Berdemo


Sayapun tidak faham, kenapa pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi, tidak berfikir secara matang, risiko yang akan dihadapi dengan pembabitan dalam demo Sabtu lalu.

Semasa saya berkelahan dengan penduduk di Kampung Sungai Ara dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah, ramai ibubapa melahirkan rasa sedih diatas pembabitan pelajar dalam demonstrasi di Ibu Kota, Sabtu lalu.

Mana tidak sedihnya, ada ibubapa yang terpaksa bergolok-bergadai untuk menghantar anak-anak mereka menyambung belajar di pusat pengajian tinggi untuk menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Tetapi kalau inilah balasan mereka sudah tentu ia akan mengundang rasa tidak puas hati ibubapa yang mahukan anak mereka menjadi pandai.

"Kami ini miskin dan itu sahajalah harta yang tinggal, tetapi kalau mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang, siapa yang tidak kecewa."

Mereka juga melahirkan rasa marah dan mencadangkan agar biasiswa atau pinjaman pelajar yang terlibat dengan demo, ditarik balik sebagi amaran awal. Jika perbuatan itu diulanggi, mereka disingkirkan terus daripada belajar.

Peraturan dan displin pelajar IPTA dan IPTS ini barangkali perlu dilihat semula bagi mempastikan tiada lagi pelajar yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral itu di masa akan datang.

Pihak berkenaan juga harus buat kajian mendalam barangkali ada setengah pelajar itu diperalatkan oleh pihak-phak tertentu untuk menyertai demo.

0 comments: