Template by:
Free Blog Templates

30 August 2009

2.5 Juta diagihkan kepada Mereka Yang Kurang Upaya


Kebajikan rakyat yang tidak mampu, tidak diabaikan, malah Kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu mereka. Saya sesungguhnya tertarik dengan pembabitan ramai individu untuk membantu mereka yang tidak upaya.

Bekas Datuk Bandar Ipoh,Datuk Ismail Shahaboddin yang juga pernah memegang jawatan lain seperti Pegawai Daerah dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak masih aktif bersama dengan Majlis Kebajikan Negeri Perak.

Jumaat lalu, di majlis yang diadakan di kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir telah menyampaian bantuan berjumlah RM 2.5 juta kepada badan-badan kebajikan di seluruh Negeri.


Kerajaan Negeri menyumbangkan RM 500,000 manakala selebihnya adalah dari Kerajaan Pusat. Dr Zambery sambil memuji inisiatif individu dan pembabitan mereka memberi jaminan untuk mempertimbangkan bantuan yang lebih di masa-masa akan datang.

Mereka yang tidak bernasib baik tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana bukanlah kehendak dan permintaan mereka untuk jadi sedemikian rupa.

Semua pihak dan individu diharap agar tampil untuk sama-sama menjayakan program kebajikan bagi membantu mengisi dana badan-badan kebajikan untuk tujuan aktiviti mereka.

Selepas majlis penyampaian bantuan tersebut, Dr Zambery dan Isteri meraikan mereka dan badan-badan NGO serta media yang lain ke majlis berbuka puasa. Bagi Umat Islam, mereka beramai-ramai mengerjakan solat Maghrib, Isyak dan Berterawih.

0 comments: