Template by:
Free Blog Templates

29 August 2009

Tapak Rumah Untuk Bekas Perajurit


Kubu Gajah, Sabtu 29 Ogos - Jasa dan pengorbanan bekas perajurit yang selama ini telah banyak menyumbang kepada menjaga keselamatan negara, tetap dikenang.

Sewaktu Negara diancam pengganas komunis, ramai yang terkorban di perbatasan dalam mempertahankan tanahair. Bilangan mereka yang cedera parah juga ramai.

Pentadbir tanah daerah telah diarah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk tujuan tapak rumah bagi bekas-bekas perajurit dan polis sebagai menghargai jasa mereka selama ini.

penyediakan tapak rumah itu adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan, selain daripada bantuan lain yang sememangnya ada disalurkan dari masa ke semasa.

Dalam mesyuarat jawatankuasa tanah daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshdi, juga bersetuju supaya proses tersebut dibuat sebelum lewat tahun ini termasuk kes-kes tertunggak yang lain.

Dalam mesyuarat semalam, pentadbir tanah daerah juga telah diminta mengenal pasti tapak sesuai bagi pembinaan rumah awam rakyat dan pusat pentadbiran Kerajaan di Pekan Kubu Gajah.

Sejumlah peruntukan kira-kira RM 20 juta telah disediakan bagi tujuan projek perumahan tersebut. Bagi tujuan pentadbiran Kerajaan, diantara kemudian yang akan disediakan ialah bangunan untuk balai Penghulu, balai Polis, Bomba dan beberapa agensi yang lain seperti Risda, Pertanian dan Kebajikan.

0 comments: