Template by:
Free Blog Templates

14 August 2009

Al Fatihah Untuk Allahyarham Zul

Ketua UMNO Cawangan Bendang Luas, Bahagian Larut, Zulkifli bin Abdullah, telah pulang ke rahmatullah, awal pagi tadi di rumahnya, dekat Kampung Mesjid, Ijok, DUN Kubu Gajah.

Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, allahyarham adalah yang saya kenali adalah seorang yang cukup aktif, ahli yang bersemangat waja dan tidak pernah berputus asa.

Allahyarham, Zul 52 tahun menjadi ketua cawangan Bendang Luas, menggantikan bekas Ketuanya, Mat Yusop bin Hussein. Jenazah allahyarham, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Rantau Panjang, sebelum Jumaat.

Saya dan keluarga serta rakan seperjuangan dalam UMNO Bahagian Larut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya sentiasa disisi orang-0rang yang solleh.

Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan taziah kepada Fauzi Kassim, Naib Ketua UMNO Bahagiah Larut diatas kepulangan Ibu Mertuanya, ke rahmatullah, semoga rohnya sentiasa disisi orang-orang yang solleh. Alfatihah.

0 comments: