Template by:
Free Blog Templates

4 August 2009

Rosmah Terima Ijazah Kehormat Doktor Kerana Kegigihannya Memperjuangkan Nasib Rakyat

Tahniah diucapkan kepada Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diatas penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan (Pendidikan Kanan-Kanan) daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada konvokesyen Komemoratif ke 7 Universiti Teknologi Mara (UITM).

Istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Budiman UITM turut disaksikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Ibunya Tun Rahah Mohamed Noah.

Penganugerahan tersebut terbukti satu pengiktirafan besar terhadap segala sumbangan beliau selama ini dalam menjaga kebajikan rakyat dari golongan yang tidak bernasib baik melalui projek Permata.

Semoga dengan penganugerahan tersebut Datin Seri Rosmah akan lebih gigih dalam bidang yang bukan mudah dilaksanakan tanpa berkat kesabaran dan pengorbanan beliau sendiri.

Negara beruntung kerana mempunyai Wanita Pertama Negara yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat daripada protokol sebagai isteri seorang Perdana Menteri.

Ini amat jelas sekali dengan titah Sultan Mizan dalam yang menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat itu sebagai satu penghormatan dan bertepatan kerana Rosmah aktif dalam menjaga kebajikan kanak-kanak.

Rosmah dalam ucapannya pula berkata, penganugerahan itu akan menyemarakan semangat beliau untuk lebih gigih menabur bakti.

Usaha beliau bersama sekumpulan profesional untuk menyediakan pendekatan asuhan dan didikan berkualiti kepada kanak-kanak dibawah usia lima tahun dikenali sebagai projek Permata Negara telah disambut baik oleh Kerajaan.

Menurutnya, bermula dengan 14 pusat, Permata Negara menjangkakan menaik taraf 300 Taska Perpaduan, Kemas, Felda, Yayasan Keluarga Trengganu dan Taska di tempat kerja.

Rosmah mencadangkan agar pusat kecermelangan di Fakulti Pendidikan UITM (Centre for Arts and Creativity in Childhood Education) dikenali sebagai " AcCE" yang menjalankan aktiviti interaksi dan komunikasi dikenali sebagai Pusat Kecermelangan Seni dan Kreativiti Permata Negara.

0 comments: