Saya kebetulan hari ini, Isnin 3 Ogos, ada urusan di Ibu Negara. Singgah minum pagi di sebuah warong dengan teman lama yang dah bermastautin di Kuala Lumpur.
Sambil sarapan, saya bertanya khabar dan suasana di Kuala Lumpur. Dia lantas memberitahu, Sabtu lalu, langsung tidak keluar rumah kerana kuatir sesuatu akan berlaku kerana di Kuala Lumpur sedang kecoh. Saya bertanya, kenapa? jawab beliau "demonstrasi lah apa lagi".
Habis saya tanya lagi buat apa? duduk mengenangkan nasib, jawapnya macam sedih dengan kerenah mereka yang tidak tahu hujung pangkal terlibat dengan demostrasi.
Sambil menggelengkan kepala, beliau bertanya apa nak jadi kita ni?
Apa yang takut sangat dengan ISA, kalau tidak buat salah. Biasanya mereka yang takut ini, kalau melanggar undang-undang.
Beliau bertanya kepada Saya, Apa kah jika pembangkang memerintah, mereka akan hapus ISA?
Beliau juga tidak faham, kalau hendak sangat berdemonstrasi buatlah dulu di Negeri-Negeri yang pembangkang perintah macam di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Tunjuk contoh dulu.
Kenapa hendak mendesak Kerajaan BN pula? Apa kah, kata beliau ada udang disebalik batu ke? Beliau setuju ISA dikaji semula, tetapi diperketatkan lagi akta yang ada demi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat.
Saya cuba menenangkan perasaan marahnya dengan bertanyakan cara hidup di Kuala Lumpur dan kenapa hingga kini belum berrumahtangga?
0 comments:
Post a Comment