Template by:
Free Blog Templates

4 August 2009

Rakyat Akar Umbi Menolak Demo



Seronok juga sesekali berkelah dengan orang kampung. Hari ini, Selasa, 4 ogos 2009 saya bersama penduduk berkelah di rumah Halil bin Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan pak lang Halim di Sungai Ara. Berselara sungguh dengan masakan cara kampung, memang menjada idaman saya seperti masak lemak labu, ikan masin kedera, masak asam pedak ikan goreng gembung, kulat dan ulam petai dan jering.

perkelahan itu juga sempena menyambut bulan ramadan yang dijangka bermula tidak lama lagi. Di majlis itu juga disampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir yang berlaku di Kampung Haji Mat Asit yang diterima oleh wakilnya, Abdul Karim Bahari.

Kaum wanita juga hadir menyediakan masakan perkelahan tersebut yang diketuai oleh isteri Halim sendiri.

Beberapa orang ketua kampung berdekatan juga hadir di majlis perkelahan itu. Mereka termasuk Mohd Ali Awang Besar dari Jelai, Zakaria Hamid dari Kampung Perak, Tajuddin Ibrahim Batu 15 dan Ramli Bahrin dari kampung Repoh serta Razak bin Osman dari Kampung Kelian Chinai.

Pada kesempatan itu, Halim yang juga Ketua Kampung menyatakan rasa kesalnya mengenai tindakan mengadakan demonstrasi di Ibu Negara, Sabtu lalu yang telah menimbulkan masalah dan kerugian kepada peniaga.

"Tindakan itu memalukan negara di mata dunia," tambah beliau dan mendesak agar jangan dihapuskan ISA dan juga menolak sebarang akta itu dikaji semula.

"Kita mahukan keamanan," jelasnya dan disambut ramai lagi yang hadir dalam masa kami bersembang-sembang.

Mengenai wabak H1N1, Halim mencadangkan agar diadakan sembahyang hajat mohon kepada Allah S.W.T. mohon perlindungan dan dijauhi daripada sebarang bencana terhadap rakyat negara ini.

Pada majlis itu, saya juga berkesempatan mendengar masalah di Kampung berkenaan. Halim sendiri telah mohon peruntukan untuk membina sebuah titi dan jalan simen di Kampung Pulau Damar manakala seorang penduduk, Roslan bin Mat Sagar, telah menyampaikan masalah permohonan tanahnya.

Selepas itu, saya bertolak ke Kampung Kelian Gunong, dekat Ijok untuk meninjau sebuah jambatan gantung yang rosak akibat banjir. Peruntukan telahpun diperolehi dan kontrtaktor berkenaan sedang menjalankan kerja pembaikan.

Turut hadir ialah Ketua Kampung berkenaan, Jamaluddin bin Mat isa dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunong dan beberapa orang penduduk berhampiran tempat kejadian.

Seorang penduduk, Mohd Hanapiah binti Mohd Taip yang tinggal di tepi tebiing sungai jambatan yang rosak itu, kemudian merayu mengenai permohonan beliau mendapatkan bantuan rumah daripada batitulmal.

0 comments: