Template by:
Free Blog Templates

10 August 2009

Hidup Dalam Semak


Terkejut, sedih dan seperti tidak pecaya. Begitulah perasaan saya ketika melawat seorang penduduk yang tinggal dalam semak samun di sebuah perkampung dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Walaupun dalam hujan yang lebat, tetapi saya tetap berkeras hendak melihat dengan sendiri hidup Sofiah Ibrahim yang tinggal dalam sebuah pondok buruk yang hanya sekangkang kera di Batu 20, Kampung Siam.

Saya mendapat maklumat mengenai nasib perempuan berusia 67 tahun itu semasa melawat kawasan dan sebaik mengetahuinya saya terus mencari tempat tinggal beliau.

Dengan ditemai oleh Kamaruddin Yang, seorang penduduk Batu 20, saya bergegas ke kampung tersebut untuk melihat dengan sendiri keadaan tempat tinggal Sofiah. Alangkah terkejutnya saya dan seperti hendak menitis air mata mengenangkan nasib beliau yang tinggal sendirian.

Menurut seorang jiran, saudara mara, Sofiah ada mendirikan sebuah rumah berhampiran dengan tempat tinggalnya sekarang, tetapi beliau enggan berpindah dan memilih untuk terus tinggal di pondok buruk yang berlantaikan papan dan kayu buruk dan berbumbungkan sekadar penutup dari beberapa bahan yang sukar hendak digambarkan, lihat sahajalah sebahagian daripada gambar yang sempat diambil menggunakan kamera telefon bimbit.


Tempat tinggalnya cukup menakutkan dan terdedah kepada sebarang ancaman haiwan hutan, tetapi itu lah keadaan Sofiah yang selesa tinggal begitu.

Kedatangan saya bagaimanapun, disambut dengan baik dan apabila saya menawarkan untuk membantu, beliau setuju jika sebuah rumah seadanya didirikan di tapak yang beliau tinggal sekarang dan bukan tempat lain, walaupun hanya jauh sedikit.

Oleh keraca keadaan tidak mengiizinkan, saya tidak berpulang bercakap panjang lebar, namun beliau faham tujuan saya. Saya mendapat kerjasama daripada seorang jiran, yang telah sudi memberitahu nama dan usia Sofiah. katanya Sofiah masih bujang.


Saya telahpun menghubunggi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Zamberi Mohamed dan beliau berjanji memberi bantuan yang diperlukan oleh Sofiah. Saya juga telah mendapatkan anggaran untuk mendirikan sebuah rumah untuk belliau.

Selepas melihat nasib Sofiah, saya ingin mengingatkan Ketua-Ketua Kampung supaya menjadikannya sebagai panduan dan sentiasa menjalankan tinjauan untuk mempastikan tidak ada lagi mereka yang senasib seperti Sofiah.

6 comments:

taipingmali said...

YM Raja Datuk Seri,

Sofiah, pada pandangan saya mempunyai masalah personaliti. dan perlukan rawatan, jika perlu letakkan di rumah orang orang tua,samada berbayar atau milik JKM.

Bagi rumah pun dia tak akan mampu menguruskan dirinya.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

kalau tenguk pada perwatakan beliua nampaknya ok. namun saya telah maklumkan kepada pihak jabatan kebajikan masyarakat taiping untuk segera ke sana.

hafiz said...

Salam Dato

Mak cik ni tiada saudara mara?
kadang orang terlalu mengharap bantuan kerajaan..tetapi dimanakah saudara mara yang lain, jgn lepas tanga..

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

untuk makluman, sofiah ada saudara maranya, tetapi dia tidak mahu pindah walaupun sebuah rumah telah didirikan oleh saudaranya di tapak berhampiran. beliau kini telah menerima bantuan kebajikan rm 300 sebulan. saya telah tawarkan rumah di tapak tempat dia tinggal sekarang dan dia setuju, kebajikan juga janjii akan bantu.

Anonymous said...

aik, 50 tahun merdeka patut tak ada dah org susah mcm di kelantan.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

sepatutnya begitulah, tetapi mendukacitakan ialah sofiah ini tidak mahu berpindah, walaupun saudaranya sendiri telah mendirikan sebuah rumah berhampiran tempat tinggalnya sekarang. namun, setelah saya sendiri bertemu dengannya, beliau bersetuju berpindah jika rumah barunya didirikan di tapak tinggalnya sekarang juga, seorang kontraktor telah diarahkan mendirikan rumah tersebut. pada masa yang sama, sofiah juga menerima bantuan kebajikan rm 300 setiap bulan.