Template by:
Free Blog Templates

31 August 2009

Asrama Baru Anak Yatim lebih RM 2 Juta


Alhamdullilah, sejuk rasanya hati ini, kerana semalam, Ahad 30 Ogos, bersama keluarga saya dapat sekali lagi meraikan anak-anak yatim di Rumah Badan Kebajikan Islam Perak (Bakip) di Green Town, Ipoh di majlis berbuka puasa.

Saban tahun, setiap kali di bulan Ramadan, saya dan keluarga akan meluangkan masa untuk berbuka puasa dengan mereka, sambil memberi sedikit sumbangan untuk berhari raya. Pada masa ini, terdapat seramai 40 orang penghuni di asrama tersebut.

Berita yang mengembirakan saya lagi ialah, anak-anak yatim di situ akan berpindah ke bangunan baru mereka di dekat Meru Raya yang telah siap dibina, bulan April yang akan datang.

Difahamkan bangunan bernilai lebih RM 2 Juta itu lengkap dengan pejabat pentadbiran, asrama, rumah warden dan padang bola disediakan. Pada masa ini, seluas kira-kira lima daripada 20 ekar tanah telah dibangunkan.



Bangunan itu adalah bagi menggantikan asrama Bakip di bangunan quarters Kerajaan Negeri di Green Town itu yang mula dibuka 25 tahun yang lalu. Tapak di Green Town akan dibangunkan bagi mengisi tabung Bakip.

Semoga dengan berpindah ke bangunan baru, imej Bakip bukan sahaja meningkat, tetapi melangkah lebih jauh dalam melaksanakan aktivitnya.

Selepas berbuka, bersama anak-anak yatim dan tetamu lain yang turut hadir termasuk Timbalan Pengerusi Bakip, Datuk Haji Zainal Abidin Abdul Kadir dan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Azumu Tak, Ahli Perniagaan, Amaluddin Ismail Nagore dan Dr Murshid Che Chik, bersembahyang Maghrib, Isyak dan sunat Terawih dan selepas itu majlis more.

2 comments:

dari sungaiSireh said...

SALAM,
Tahniah Dato,dari blog dato ni sy fikir ada la kerja sebagai wakil rakyat. Jangan begambor je ye.
Teruskan perjuangan.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih, selamat berpuasa semoga segaa amalan dirahmati allah.