Template by:
Free Blog Templates

7 August 2009

Pindaaan Perlembagaan Menguatkan UMNO


Pindaan perlembagaan UMNO yang akan dibuat di perhimpunan agung khas oktober ini akan memperkukuhkan lagi parti, demikian tegas Setiausaha Kerja UMNO Pusat, Datuk Abdul Rauf bin Yusoh, ketika berucap di perjumpaan dengan UMNO Bahagian Larut, Petang Jumaat 7 Ogos.

Rauf mewakili Ibupejabat UMNO Pusat hadir di perjumpaan bersama Jawatankuasa Bahagian, Ketua-ketua cawangan dan perwakilan bahagian di dewan Majlis Daerah Selama.

Beliau berharap tempuh yang telah diberikan kepada cawangan-cawangan untuk mengekumakan pandangan mengenai pindaan tersebut cukup bagi urusetia membuat persediaan.

Beliau turut memuji kepimpinan UMNO Bahagian yang telah mencapai kata sepakat dan akan bermusyuarat pada 4 Oktober ini.

Dalam ucapan aluan, saya menegaskan bahawa kesemua 31 ADUN BN dan Bebas akan berdiri teguh di belakang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam mempertahankan Pentadbiran Negeri daripada jatuh ke tangan pembangkang.

Tiada timbul soal "snap election" tegas saya sambil berharap senjata kuat menghadapi musuh parti ialah perpaduan.


Dr Zambry yang pada mula dijadulkan hadir di perjumpaan tersebut, terpaksa membatalkannya pada saat akhir kerana mengiringgi DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke majlis pengebumiaan OBJ Krian yang telah pulang ke rahmatullah.

Turut hadir ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Mohd Kushairi Abdul Talib, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Haji Mohd Daud Mohd Yusof, Setiausaha Politik Menteri Besar, Ismail Supian, Setiausaha Kerja UMNO Perak, Datuk Nazri Ismail,Ketua Wanita Bahagian, hajah Sawipah Yahya dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Sebelum itu, selepas solat jumaat, tetamu telah dihidangkan di majlis makan tengahari di Dewan serbaguna Tebing Tinggi.

0 comments: