Template by:
Free Blog Templates

18 August 2009

Mana Bantuan Rumah SPN?

Masih ramai lagi penduduk yang menunggu mendapatkan bantuan rumah mesra rakyat anjuran Syarikat Perumahan Negara (SPN) dan saya berharap masalah ini dapat di percepatkan lagi oleh Pengerusinya, Datuk Azian Othman.

Itulah luahan rakyat, kemana sahaja saya pergi, bertanyakan mengenai permohoanan rumah mereka. Beratus permohonan telah diterima, tetapi masalahnya ada diantara mereka bila dipanggil temuduga tidak pula memberitahu pihak saya, hanya apabila timbul masalah.

Yang menunggu untuk mendapatkan borang permohonan pun masih ramai lagi disebabkan SPN belum menghantar kepada Pusat Khidmat kami.

Seperti biasa, hari ini, Selasa 18 Ogos 2009, kebetulan saya berada di kawasan telah melawat sebuah mesra rakyat, miliki Mohd Rosdi bin Amery, 40 tahun yang telah siap diduduki bersama keluarganya di Kampung Jemerang Setar. Beliau tinggal bersama isterinya, Fatimah binti Harun dan dua orang anak yang masih bersekolah.

Rumah beliau dibina di atas tapak dalam kawasan ladang kelapa sawit. Mohd Roshdi menyatakan rasa syukar, penghargaan dan terima kasih diatas bantuan bagi mendapatkan rumah tersebut.

Sebelum ke situ, saya juga sempat singgah di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara untuk menemui, pelajar USM, Siti Saliza binti Mat Sagar, yang berasal dari Kampung Kelian Chinei bagi mendapatkan penaja, menyertai kem kelestarian diri selama tiga hari di Yan, Kedah.

Siti Saliza adalah anak kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan Kelian Chinei, Ramlah Ibrahim. Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Mohd Halil Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lang Halim.

Saya juga meluluskan projek membina sebuah titi di situ yang akan diadakan secara gotong royong.

0 comments: