Template by:
Free Blog Templates

22 August 2009

Banyak Rumah Terdedah kepada Ancaman Banjir

Cukup membimbangkan saya ialah rumah-rumah yang di dirikan berdekatan dengan sungai. Setiap kali saya melawat rumah-rumah berhampiran tempat tersebut, nasihat saya kepada mereka ialah berpindah.

Di musim hujan, DUN saya terutamanya di Kampung Masjid, Kelian, Gunung, Sungai Jernih, Kampung Sangkut dan Bendang Luas sering terdedah kepada banjir, apa tah lagi jika ada yang tinggal di kawasan berhampiran sungai.

Tidak dinafikan jarak yang dibenarkan mereka tinggal berhampiran sungai ialah tidak kurang 20 meter, tetapi lama kelamaan berlaku hakisan, bagunan rumah mereka akan juga berada dalam keadaan tidak selamat.

Dalam mesyuarat tindakan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) semalam, Jumaat saya sekali lagi membangkitkan masalah banjir dan rumah-rumah yang tinggal berhampiran dengan sungai dan beharap JPS akan sentiasa memantau sungai-sungai yang boleh mengakibatkan berlaku banjir. Banyak tebing sungai yang dikuatiri rebak.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi memandang serious mengenai masalah tersebut dan berharap agensi-agensi yang terlibat merancang bagi membantu masalah yang saya bangkitkan itu.

Selepas solat Jumaat, saya meninjau tebing sungi di Kelian Gunong, dekat ijok yang dikuatiri roboh. kebetulan, saya dapati sebuah rumah milik, Sadiah binti Haji Mat Desa, 70 tahun Ibu tunggal yang rumahnya dalam keadaan bahaya dan perlu pindah ke tempat yang lebih selamat.

Walaupun hari mendong dan hujan tiba-tiba turun, tetapi ia tidak menghalang saya meredah sungai berhampiran untuk meninjau dengan sendiri keadaan tebing sungai dan kampung di Kelian Guning terutama dalam musim hujan ini.

Selepas melawat tebing sungi di Kampung Sungai Jernih bersama Mat Sani, saya juga singgah di rumah Saridah binti Mat, 60 tahun untuk melihat bumbung rumahnya yang bocor dekat Kampung Sungaiu Jernih.

Beliau merayu mendapatkan bantuan menggantikan atap rumahnya yang kebanyakannya telah rosak dan saya akan mengubunggi Pejabat KebajikanMasyarakat Daerah bagi mendapatkan bantuan segera.

0 comments: