Template by:
Free Blog Templates

1 August 2009

PIBG dan Pengurusan Sek. Wajar Pro Akfit


Ibubapa wajar didekati selalu oleh PIBG dan pengurusan Sekolah agar mereka memahami peranan dan tanggungjawab bagi memajukan pelajaran anak-anak mereka.

Saya berkata demikian ketika meresmikan hari anugerah cemerlang pelajar Sekolah Menengah Redang Panjang (Model Khas) di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang turut dihadiri oleh Pengetuanya, Hasmah Mohd Yusoff.

Ibubapa dan Penjaga tidak lagi boleh menyerahkan segala-galanya tanggungjawab itu kepada pengurusan sekolah, kerana mereka juga perlu ambil tahu hal anak-anak dan jagaan mereka.

Kemiskinan, kata Saya jika masyarakat mampu mengadakan majlis kenduri kahwin tidak ada sebab mereka menjadikan kesmiskinan sebagai alasan, anak-anak mereka tidak boleh meneruskan pelajaran.

Ibubapa dan penjaga jangan keliru mengenai pemansuhan yuran pemeriksaan, tidak bermakna mereka tidak perlu lagi mengeluarkan wang untuk pembayaran yang berkaitan dengan program sekolah yang lain termasuk yuran yang dikenakan.

Saya juga berharap kepimpinan pibg supaya lebih pro aktif dan tidak hanya bergantung kepada seumbangan orang lain.

Turut hadir ialah Pengerusi PIBG Sekolah, Nor Azman Mokhtar yang juga Ketua Kampung Kampung Mesjid dan Ketua Kampung Felda Ijok, Shukur Haji Jaman.

Saya juga menyentuh mengenai dua blok flat rumah guru yang telah siap dibina teapi masih tidak didiami hingga ke hari ini, kerana ramai guru yang berkluarga telah memilikki rumah sendiri.

Tawaran juga dibuat kepada kakitangan Kerajaan yang lain untuk tinggal di situ, tetapi ternyata tidak ada sambutan, kerana ramai yang mendapat elaun rumah. Justeru, Saya mencadangkan agar bangunan itu dijadikan asrama pelajar.

Menurut Pengetua, sekitar 150 orang pelajar boleh ditempatkan di situ dan beliau akan menyediakan kertas cadangan kepada Kementerian Pelajaran melalui Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan.

Saya juga telah membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat tindakan daerah baru-baru ini.

0 comments: