Template by:
Free Blog Templates

9 August 2009

Pelajar UPM Menjadi Contoh

Semalam, Sabtu 8 Ogos, saya menghabiskan masa dari petang hingga ke malam meraikan pelajar-pelajar Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang mengadakan program di Dewan Undangan (DUN) Negeri Kubu Gajah.

Menariknya rombongan seramai 19 orang pelajar diketuai oleh Pensyarahnya, Dr Narida Mazlan ialah kesediaan sebahagian besar pelajar cina dalam program bersama keluarga baru di home stay di Bagan Bahru.

Sikap sedemikian jelas bahawa masyarakat boleh menerima flasafah 1 Malaysia sebagaimana hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Bukan mudah, kata saya bagi mereka untuk bercampur dengan keluarga melayu di luar bandar, tetapi pelajar-pelajar UPM menjadi contoh, malah ketika mereka menerima keluarga baru dengan hati yang lapang dan ceria.

Ketika meresmikan program tersebut, saya turut menginatkan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi pentingnnya mereka menjaga maruah diri untuk menjadi masyarakat yang berguna dan berjaya.


Pelajar-Pelajar yang terbabit dengan tindakan seperti bedemonstrasi akan hanya menjatuhkan imej tempat mereka belajar dan mmpersia-siakan harapan Ibubapa yang telah meletakan harapan yang besar kepada mereka untuk menjadi anak yang berjaya.

Saya memuji inisiatif mereka yang mengadakan program yang mendatangkan faedah seperti program home stay.

Mereka turut dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk tomoi yang kini semakin popular di DUN Kubu Gajah, selain persembahan silat. Pelajar UPM itu juga mendapat tunjuk ajar mengenai hasil produk kampung seperti membuat bunga dari daun getah dan mengubat resdon secara tradisi.

Mereka juga dibawa melawat ternakan udang galah yang diusahakan oleh penduduk kampung di Sungai Jernih.

0 comments: