Template by:
Free Blog Templates

24 August 2009

JJ Mula Tugas Baru


Bakal Duta Ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jerjis dijangka berlepas untuk memulakan tugas barunya samada pada 27 atau 28 Ogos ini.

Difahamkan juga, Ahli Parlimen Rompin, Pahang dan bekas Menteri Sain, Teknologi dan Inovasi itu dijangka menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, petang besok.

Jamaluddin yang lebih dikenali dengan JJ semasa menyandang jawatan bertaraf Menteri itu merancang, membawa Presiden US, Obama melawat Malaysia.

JJ pertama kali dilantik dalam kabinet mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamed adalah Menteri Kewangan kedua. Selepas itu dalam satu rombakan, beliau berpindah ke Kemenerian Hal Ehwal Pengguna.

Beliau, sebelum itu menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Parlimen Malaysia (BNBBC).

Namanya kemudian harum selepas kejayaan rakyat pertama Negara ke Angkasa lepas yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

JJ mula dikenali dalam arena politik tempatan semenjak era pemuda UMNO pusa bersama-sama Najib yang juga bekas Ketua Pemuda Malaysia. Sengkatan dengan mereka yang kini berjaya dalam karier politik ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi.

Selepas itu muncul nama-nama seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hadzalan dan Menteri Pembanguna Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

0 comments: