Template by:
Free Blog Templates

2 August 2009

Demo 3

Saya memberitahu satu perjumpaan belia di Kampung Tua, Hulu Kerian, dekat Selama bahawa tindakan mengadakan demonstrasi menuntut ISA dihapuskan buakan suatu contoh yang sihat.

Kenapa ISA hendak dihapuskan? Kenapa harus kita takut kepada ISA jikat kita tidak melanggar undang-undang yang ada, tambah Saya ketika mersmikan majlis penutup pertandingan bola sepak sembilan sebelah anjuran belia di situ. Sebanyak 50 pasukan mengambil bahagian termasuk daripada Kulim, Kedah.

Demo semalam bukan sahaja menimbul kekacuan dan rasa takut, tetapi juga kerugian mereka yang tidak boleh berniaga. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik menganggarkan kerugian antara RM 100 hingga RM 200 juta. Itu baru sehari, bayangkan jika berhari-hari.

Kerajaan BN tidak pernah memilih kasih dalam mengenakan tindakan ISA. Ramai juga di kalangan pemimpin UMNO dan komponen parti BN yang melanggar Akta Keselamatan Dalam Negeri pernah diambil tindakan.

Bahkan, ramai juga di kalangan pemimpin pembangkang yang pernah ditahan di bawah ISA, kini lebih berjaya selepas keluar dari tahanan.

Ternyata demostrasi yang dianjurkan semalam hanyalah untuk kepentingan politik pihak tertentu dan agak malang kerana ada yang terlibat itu dari kalangan pelajar yang barangkali terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan.

Saya amat simpati dengan Ibubapa dan keluarga di kampung jika ada anak mereka yang terlibat. Namun kita berharap mereka ini segera kembali ke pangkal jalan demi masa depan mereka.

1 comments:

nak perak dun kg said...

Assalamualaikum DSRaz Tahniah le.. nampaknya kerap juge DSR turun kawasan macam-macam ade, DS ade opis di K.Gajah untuk YB di Selama dan B. Kurau untuk UMNO. Tapi DS sepatutnya lebih pandai untuk susun masa bila untuk kerja YB dan bila untuk kerja UMNO. Kerja UMNO itu kerja YB tapi kerja YB belum tentu kerja UMNO . Servis untuk UMNO hanya untuk melayu tapi servis YB adalah berbentuk kebangsaan , semua bangsa . One Malaysia. Datang kawasan untuk untuk UMNO hal YB belum selesai. Janganlah kerana dah mendapat KB tanpa bertanding dah rasa hebat sangat. Org ramai yang tolong calonkan DS. Kalau tak jangan harap DS boleh menentukan mereka untuk tidak bertanding.
Majoriti BN di K Gajah pun bukan banyak sangat 66 je, buatnya 33 org. DS lari undi pembangkang tak ke tumpo BN nanti. Make surelah you kena jaga ati orang org. UMNO dan Org. BN DUN K Gajah. Bukanlah kalau dah datang resmi hal UMNO di B. Kurau hal YB di K. Gajah belum selesei weh. Kerja parlimen bior Mezah yang buat. Tetaplah masa dan hari yang betoi 2 bila dato datang kawasan . Bukan main redah je. Orang UMNO pun nampaknya macam dah makin malas nak cipta program di cawangan , Patutnya ransang KC di DUN K gajah untuk buat program bukan pangge KC DUN lain 2 datang borak di opeh.Lepas tu macam roket entah kemana-mana .
Tak tahulah . kata nak jaga UMNO. tapi nampaknya macam UMNO makin hanco ataih kroje DS.
Maaf le ye apa yg. saya kata yang benor jangan mementingkan diri sendiri aje. DS dah jadi YB K. Gajah , dah jadi pengerusi entah ape-ape, dapat duit ribu-ribu, tapi DS sedor ke ada penyokong DS yang tak ada tapak rumah dah la tu ahli UMNO pulak tu. tak kan DS tak boleh tolong deme tu. Fokuskan KC memikirkan sapa ahli tu tolong carikan tapak atau pecahkan lot . jual pun tak apa tapi murahkan sikit dari harga pasaran. Baru pengundi DS ada dan kekal. ingat YB bukan kerja mai resmi aje. Banyak weh, kena tolong . Bukan setakat janji lepaih tu hilang tarak apa-apa. Saya percaya DS boleh tolong semua. Sekian terima kasih