Template by:
Free Blog Templates

26 August 2009

BN Terima Kekalahan di Permatang Pauh Dengan Hati Terbuka


Kubu Gajah, Rabu 26 Ogos 2009 - Barisan Nasional menerima kekalahan di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka, walaupun kekalahan ini adalah yang ke tujuh daripada lapan pilihanraya kecil yang diadakan, semenjak pilihanraya umum mac 2008 hingga ke hari ini.

Kerusi Permatang Pasir sebelum ini adalah dikuasai oleh Pas. Malah, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri pun DUN ini tetap telah jatuh di tangan pembangkang.

BN cuma menang satu kerusi di Batang Air di Sarawak, tetapi tidak menyertai pilihanraya kecil di DUN Penanti juga dalam Permatang Pauh. BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Pendang, kerana kekosongan tersebut berlaku bukan disebabkan kematian, tetapi perletakan jawatan oleh seorang anggota dari PKR.

Perletakan jawatan juga berlaku sebelum in di Parlimen Permatang Pauh oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah bagi membolehkan suaminya bertanding, bermakna sudah dua kali berlaku dalam parlimen yang sama. Satu lagi ialah di Bukit Selambau, Kedah, manakala di tempat lain pilihanraya kecil berlaku adalah disebabkan kematian.

Berdasarkan rekod, daripada lapan pilihanraya kecil itu, Pas mendahului dengan empat kemenangan dengan diikuti oleh PKR tiga.

Permatang Pauh, adalah satu-satunya Palimen yang menghadapi tiga pilihanraya kecil. Satu kerusi parlimen dan dua peringkat DUN. BN menang satu kerusi di situ pada PRU yang lalu.

Jentera BN tekah diketuai Timbalan Pengerusi BN pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bertungkus lumus untuk merampas kerusi Permatang Pauh, tetapi masih gagal. BN juga gagal mempertahankan kubu kuatnya dalam pilihanraya kecil di Kuala Trengganu. Parlimen Bukit Gantang, sebelum dimenanggai oleh Pas pada PRU lalu dan pilihanraya kecil baru-baru ini juga adalah kubu kuat UMNO.

Soalnya sekarang ialah BN perlu mengadakan bedah siasat untuk mengetahui kenapa parti tersebut masih ditolak oleh pengundi di Permatang Pasir dan apa kah sebabnya?

Saya merasakan ada eluknya juga dipanggil kesemua wakil rakyat dari parti pembangkang yang kini telah keluar meninggal parti masing-masing bagi mendapatka maklum balas sebagai panduan jika berlaku lagi pilihanraya kecil di masa-masa yang akan datang.

4 comments:

SHAMSURI BIN SALLEH said...

bukan pelihanraya kecil pendang YB.
sebenarnya pilihanraya penanti

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas teguran, akan diperbetulkan tak sengaja.

Budak Kuala Kenas said...

YB,udoh le tu.. ape nak bedah dedah.. udoh terang ngape nak bersuluh.. selamat berpuasa

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

kesabaran itu amat dituntut oleh islam. selamat berpuasa, semoga segala amalan di bulan ramadan dirahmati oleh allah.