Template by:
Free Blog Templates

31 August 2009

Asrama Baru Anak Yatim lebih RM 2 Juta


Alhamdullilah, sejuk rasanya hati ini, kerana semalam, Ahad 30 Ogos, bersama keluarga saya dapat sekali lagi meraikan anak-anak yatim di Rumah Badan Kebajikan Islam Perak (Bakip) di Green Town, Ipoh di majlis berbuka puasa.

Saban tahun, setiap kali di bulan Ramadan, saya dan keluarga akan meluangkan masa untuk berbuka puasa dengan mereka, sambil memberi sedikit sumbangan untuk berhari raya. Pada masa ini, terdapat seramai 40 orang penghuni di asrama tersebut.

Berita yang mengembirakan saya lagi ialah, anak-anak yatim di situ akan berpindah ke bangunan baru mereka di dekat Meru Raya yang telah siap dibina, bulan April yang akan datang.

Difahamkan bangunan bernilai lebih RM 2 Juta itu lengkap dengan pejabat pentadbiran, asrama, rumah warden dan padang bola disediakan. Pada masa ini, seluas kira-kira lima daripada 20 ekar tanah telah dibangunkan.



Bangunan itu adalah bagi menggantikan asrama Bakip di bangunan quarters Kerajaan Negeri di Green Town itu yang mula dibuka 25 tahun yang lalu. Tapak di Green Town akan dibangunkan bagi mengisi tabung Bakip.

Semoga dengan berpindah ke bangunan baru, imej Bakip bukan sahaja meningkat, tetapi melangkah lebih jauh dalam melaksanakan aktivitnya.

Selepas berbuka, bersama anak-anak yatim dan tetamu lain yang turut hadir termasuk Timbalan Pengerusi Bakip, Datuk Haji Zainal Abidin Abdul Kadir dan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Azumu Tak, Ahli Perniagaan, Amaluddin Ismail Nagore dan Dr Murshid Che Chik, bersembahyang Maghrib, Isyak dan sunat Terawih dan selepas itu majlis more.

30 August 2009

Erti Kemerdekaan

Hari ini, Ahad 30 Ogos, dalam satu perjumpaan yang dihadiri oleh lebih 300 orang wanita, saya menegaskan bahawa Kemerdekaan yang akan disambut besok, Isnin 31 Ogos tidak akan membawa apa-apa pengertian, jika rakyat itu sendiri tidak dapat mengisi segala tuntutan Kemerdekaan.

Negara terhutang budi kepada pemimpin yang telah berjuang dan berkorban untuk menebus tanahair dari cengkaman Penjajah, tetapi segala tuntutan kemerdekaan itu tidak bermakna, jika rakyat sendiri gagal merialisasikan erti kemerdekaan.

Pemimpin telah melakukan yang terbaik untuk membebaskan Negara, tetapi di tangan rakyat hari inilah yang akan menjadi penentu maju-mundurnya Negara.

Pada masa menutut Kemerdekaan, rakyat telah menunjukan semangat bersatu hingga berjaya menyakinkan penjajah, tetapi setelah berjaya, kita gagal mempertahankannya, disebabkan timbul perasaan tamak dan haloba, berebut kuasa.

Berucap di majlis penyampaian bantuan hari raya anjuran pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut di Dewan Astaka, Batu Kurau, Saya berharap sambutan ulang tahn ke 52 Kemerdekaan, menjadi peluang terbaik bagi rakyat berubah dan jadikan gagasan 1 Malaysia satu aspirasi dan harapan membina Negara Maju menjelang tahun 2020.

Bina perpaduan sebagai teras utama dan baiki kelemahan bagi membina kehebatan harus dijadikan pegangan seluruh rakyat Malaysia.

Sudah pasti setiap kali Negara menyambut ulang tahun Kemerdekaan, kemajuan rakyat akan dinilai, sebagai pengukur sejauh mana tahap kejayaan itu telah dicapai.

Kemerdekaan bererti sejarah perjuangan mendapatkan kebebasan dan sejarah ini wajar diketahui dan diperjelaskan kepada generasi muda supaya mereka tidak menjadi rakyat yang lupakan diri.

Negara bertuah kerana peralihan kuasa yang berlaku daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razaj, berjalan dalam suasana semangat penuh kerakraban, yang melambangkan proses demokrasi itu berjalan dengan subur.

Datuk Seri Najib pula, selepas menjadi Perdana Menteri ke 6, melahirkan flasafah gagsan 1 Malaysia dengan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Majlis penyampaian bantuan hari raya itu adalah anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut. Turut hadir ialah Ketuanya, Sawifah Haji Yahya.

Majlis yang sama juga akan diadakan di DUN Kubu Gajah pada 2 Sept. ini di Dewan Masyarakat Pekan Kubu Gajah.

2.5 Juta diagihkan kepada Mereka Yang Kurang Upaya


Kebajikan rakyat yang tidak mampu, tidak diabaikan, malah Kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu mereka. Saya sesungguhnya tertarik dengan pembabitan ramai individu untuk membantu mereka yang tidak upaya.

Bekas Datuk Bandar Ipoh,Datuk Ismail Shahaboddin yang juga pernah memegang jawatan lain seperti Pegawai Daerah dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak masih aktif bersama dengan Majlis Kebajikan Negeri Perak.

Jumaat lalu, di majlis yang diadakan di kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir telah menyampaian bantuan berjumlah RM 2.5 juta kepada badan-badan kebajikan di seluruh Negeri.


Kerajaan Negeri menyumbangkan RM 500,000 manakala selebihnya adalah dari Kerajaan Pusat. Dr Zambery sambil memuji inisiatif individu dan pembabitan mereka memberi jaminan untuk mempertimbangkan bantuan yang lebih di masa-masa akan datang.

Mereka yang tidak bernasib baik tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana bukanlah kehendak dan permintaan mereka untuk jadi sedemikian rupa.

Semua pihak dan individu diharap agar tampil untuk sama-sama menjayakan program kebajikan bagi membantu mengisi dana badan-badan kebajikan untuk tujuan aktiviti mereka.

Selepas majlis penyampaian bantuan tersebut, Dr Zambery dan Isteri meraikan mereka dan badan-badan NGO serta media yang lain ke majlis berbuka puasa. Bagi Umat Islam, mereka beramai-ramai mengerjakan solat Maghrib, Isyak dan Berterawih.

29 August 2009

Tapak Rumah Untuk Bekas Perajurit


Kubu Gajah, Sabtu 29 Ogos - Jasa dan pengorbanan bekas perajurit yang selama ini telah banyak menyumbang kepada menjaga keselamatan negara, tetap dikenang.

Sewaktu Negara diancam pengganas komunis, ramai yang terkorban di perbatasan dalam mempertahankan tanahair. Bilangan mereka yang cedera parah juga ramai.

Pentadbir tanah daerah telah diarah mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk tujuan tapak rumah bagi bekas-bekas perajurit dan polis sebagai menghargai jasa mereka selama ini.

penyediakan tapak rumah itu adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan, selain daripada bantuan lain yang sememangnya ada disalurkan dari masa ke semasa.

Dalam mesyuarat jawatankuasa tanah daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshdi, juga bersetuju supaya proses tersebut dibuat sebelum lewat tahun ini termasuk kes-kes tertunggak yang lain.

Dalam mesyuarat semalam, pentadbir tanah daerah juga telah diminta mengenal pasti tapak sesuai bagi pembinaan rumah awam rakyat dan pusat pentadbiran Kerajaan di Pekan Kubu Gajah.

Sejumlah peruntukan kira-kira RM 20 juta telah disediakan bagi tujuan projek perumahan tersebut. Bagi tujuan pentadbiran Kerajaan, diantara kemudian yang akan disediakan ialah bangunan untuk balai Penghulu, balai Polis, Bomba dan beberapa agensi yang lain seperti Risda, Pertanian dan Kebajikan.

26 August 2009

BN Terima Kekalahan di Permatang Pauh Dengan Hati Terbuka


Kubu Gajah, Rabu 26 Ogos 2009 - Barisan Nasional menerima kekalahan di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka, walaupun kekalahan ini adalah yang ke tujuh daripada lapan pilihanraya kecil yang diadakan, semenjak pilihanraya umum mac 2008 hingga ke hari ini.

Kerusi Permatang Pasir sebelum ini adalah dikuasai oleh Pas. Malah, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri pun DUN ini tetap telah jatuh di tangan pembangkang.

BN cuma menang satu kerusi di Batang Air di Sarawak, tetapi tidak menyertai pilihanraya kecil di DUN Penanti juga dalam Permatang Pauh. BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Pendang, kerana kekosongan tersebut berlaku bukan disebabkan kematian, tetapi perletakan jawatan oleh seorang anggota dari PKR.

Perletakan jawatan juga berlaku sebelum in di Parlimen Permatang Pauh oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah bagi membolehkan suaminya bertanding, bermakna sudah dua kali berlaku dalam parlimen yang sama. Satu lagi ialah di Bukit Selambau, Kedah, manakala di tempat lain pilihanraya kecil berlaku adalah disebabkan kematian.

Berdasarkan rekod, daripada lapan pilihanraya kecil itu, Pas mendahului dengan empat kemenangan dengan diikuti oleh PKR tiga.

Permatang Pauh, adalah satu-satunya Palimen yang menghadapi tiga pilihanraya kecil. Satu kerusi parlimen dan dua peringkat DUN. BN menang satu kerusi di situ pada PRU yang lalu.

Jentera BN tekah diketuai Timbalan Pengerusi BN pusat, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bertungkus lumus untuk merampas kerusi Permatang Pauh, tetapi masih gagal. BN juga gagal mempertahankan kubu kuatnya dalam pilihanraya kecil di Kuala Trengganu. Parlimen Bukit Gantang, sebelum dimenanggai oleh Pas pada PRU lalu dan pilihanraya kecil baru-baru ini juga adalah kubu kuat UMNO.

Soalnya sekarang ialah BN perlu mengadakan bedah siasat untuk mengetahui kenapa parti tersebut masih ditolak oleh pengundi di Permatang Pasir dan apa kah sebabnya?

Saya merasakan ada eluknya juga dipanggil kesemua wakil rakyat dari parti pembangkang yang kini telah keluar meninggal parti masing-masing bagi mendapatka maklum balas sebagai panduan jika berlaku lagi pilihanraya kecil di masa-masa yang akan datang.

25 August 2009

Hak Milik Tanah Kemiskinan Tegar dipercepatkan


Jawatankuasa Tanah Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) berharap mempercepatkan pemberitan hak milik tanah teruama kepada mereka dari kalangan miskin tegar.

Ia adalah selaras dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi mengatasi masalah hak milik di kalangan penduduk miskin tegar di Negeri ini.

Dalam mesyuarat jawatankuasa tanah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerau LMS, Datuk Mahmud Murshidi di Pejabat Tanah Daerah di Taiping, masalah setinggan yang enggan berpindah juga turut dibincangkan.

Itu adalah mesyuarat petama yang saya hadiri selepas BN mengambil alih Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, awal tahun ini. Sebahagian daripada Kampung di DUN Kubu Gajah terletak dibawah pentadbiran tanah Taiping manakal sebahagan lagi di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Selama.

Masalah penerokaan haram adalah penyebab kelewatan geran tanah dikeluarkan, selain kelewatan pembayaran premium tanah, sekalipun borang 5A telah dikeluarkan, tetapi masih ada yang tidak mengindahkannya.


Saya juga berharap beberapa kawasan pertanian yang telah dipohon oleh mereka terutama yang tidak bertanah dapat disegerakan termasuk di batu 20, 23, Padang Das, Kelian chinei. Masalah hak milik tanah di Pantai Besar dan Jelai juga dibangkitkan.

Pengkuat kuasa Tanah Daerah akan dan telah bertindak keatas pembukaan tanah secara haram di beberapa tempat yang telah dikenal pasti.

Saya berharap beberapa rancangan tanah pertanian secar berkelompok akan dilaksanakan di DUN Kubu Gajah bagi membantu menggurangkan masalah rakyat miskin dan setinggan.

Ahli Dewan Negeri Kawasan Kamunting, Mohd Zahir Datuk Khalid dan ADUN Changkt Jering, Kapt (B) Osman Zailo turut hadir di mesyuarat tersebut.

24 August 2009

JJ Mula Tugas Baru


Bakal Duta Ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaluddin Jerjis dijangka berlepas untuk memulakan tugas barunya samada pada 27 atau 28 Ogos ini.

Difahamkan juga, Ahli Parlimen Rompin, Pahang dan bekas Menteri Sain, Teknologi dan Inovasi itu dijangka menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, petang besok.

Jamaluddin yang lebih dikenali dengan JJ semasa menyandang jawatan bertaraf Menteri itu merancang, membawa Presiden US, Obama melawat Malaysia.

JJ pertama kali dilantik dalam kabinet mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamed adalah Menteri Kewangan kedua. Selepas itu dalam satu rombakan, beliau berpindah ke Kemenerian Hal Ehwal Pengguna.

Beliau, sebelum itu menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Berhad dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Parlimen Malaysia (BNBBC).

Namanya kemudian harum selepas kejayaan rakyat pertama Negara ke Angkasa lepas yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

JJ mula dikenali dalam arena politik tempatan semenjak era pemuda UMNO pusa bersama-sama Najib yang juga bekas Ketua Pemuda Malaysia. Sengkatan dengan mereka yang kini berjaya dalam karier politik ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi.

Selepas itu muncul nama-nama seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hadzalan dan Menteri Pembanguna Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Amalan Dan Kebajikan Di Bulan Puasa


Alhamdullilah, hari ini Isnin, 24 Ogos, masuk hari ketiga kita berpuasa, mudah-mudahan segala ibadah, amalan dan kebajikan yang dijalankan diberkati Allah s.w.t. hendaknya.

Menjadi kebiasaan disamping majlis berbuka yang dianjurkan, sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan warga tua juga diberikan.

Berbuka di Mesjid dan Surau termasuk bersama ahli-ahli UMNO cawangan juga diadakan. More dan bersembahyang Tarawikh sudah menjadi kebiasaan.

Sehari sebelum, umat islam menyambut awal ramadan, seorang ketua UMNO cawangan dalam Bahagian Larut, Omar bin Makhtar dari Kampung Perak telah dimasukan ke Pusat Perubatan Taiping (TMC) untuk mendapatkan rawatan.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Daud Yusof dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Fauzi Mohd Kassim dan beberapa ketua cawangan yang lain.

Saya doakan semoga beliau segera sembuh. Omar atau lebih dikenali Umai di kalangan rakan rapat adalah seorang ketua UMNO cawangan yang aktif dan pemimpin disegani di kampung.

22 August 2009

Banyak Rumah Terdedah kepada Ancaman Banjir

Cukup membimbangkan saya ialah rumah-rumah yang di dirikan berdekatan dengan sungai. Setiap kali saya melawat rumah-rumah berhampiran tempat tersebut, nasihat saya kepada mereka ialah berpindah.

Di musim hujan, DUN saya terutamanya di Kampung Masjid, Kelian, Gunung, Sungai Jernih, Kampung Sangkut dan Bendang Luas sering terdedah kepada banjir, apa tah lagi jika ada yang tinggal di kawasan berhampiran sungai.

Tidak dinafikan jarak yang dibenarkan mereka tinggal berhampiran sungai ialah tidak kurang 20 meter, tetapi lama kelamaan berlaku hakisan, bagunan rumah mereka akan juga berada dalam keadaan tidak selamat.

Dalam mesyuarat tindakan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) semalam, Jumaat saya sekali lagi membangkitkan masalah banjir dan rumah-rumah yang tinggal berhampiran dengan sungai dan beharap JPS akan sentiasa memantau sungai-sungai yang boleh mengakibatkan berlaku banjir. Banyak tebing sungai yang dikuatiri rebak.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi memandang serious mengenai masalah tersebut dan berharap agensi-agensi yang terlibat merancang bagi membantu masalah yang saya bangkitkan itu.

Selepas solat Jumaat, saya meninjau tebing sungi di Kelian Gunong, dekat ijok yang dikuatiri roboh. kebetulan, saya dapati sebuah rumah milik, Sadiah binti Haji Mat Desa, 70 tahun Ibu tunggal yang rumahnya dalam keadaan bahaya dan perlu pindah ke tempat yang lebih selamat.

Walaupun hari mendong dan hujan tiba-tiba turun, tetapi ia tidak menghalang saya meredah sungai berhampiran untuk meninjau dengan sendiri keadaan tebing sungai dan kampung di Kelian Guning terutama dalam musim hujan ini.

Selepas melawat tebing sungi di Kampung Sungai Jernih bersama Mat Sani, saya juga singgah di rumah Saridah binti Mat, 60 tahun untuk melihat bumbung rumahnya yang bocor dekat Kampung Sungaiu Jernih.

Beliau merayu mendapatkan bantuan menggantikan atap rumahnya yang kebanyakannya telah rosak dan saya akan mengubunggi Pejabat KebajikanMasyarakat Daerah bagi mendapatkan bantuan segera.

21 August 2009

PBT Perlu Tingkatkan Prestasi



Kubu Gajah, Jumaat 21 Ogos 2009 - Pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar meningkatkan prestasi dan menggurangkan birokrasi dalam memberi perkhdimatan yang baik kepada masyarakat.

PBT adalah agensi penting dalam pentadbiran Kerajaan dan wajar kemajuan negara jaga terletak kepada KPI mereka, kata saya ketika meresmikan program Majlis Daerah Selama turun ke padang, di Kubu Gajah, pagi tadi.

Birokrasi akan hanya menjejeaskan imej Kerajaan dan sistem penyampaian yang berkesan adalah penting bagi melincinkan pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah.

Saya juga menggesa majlis daerah Selama meningkatkan usaha menggalakan orang ramai mengutamakan landskap dalam menjaga kecantikan tempat masing-masing. Kehijauan juga penting, sebagai usaha menggekalakan persekitaran yang bersih dan nyaman.

Kekurangan peruntukan, tidak bermakna prestasi majlis daerah tidak boleh dipertingkatkan. Dalam menghadapi wabak H1N1 ini, kempen menjaga kebersihan di premis-premis perlukanlah juga perhebatkan.

Soal menjaga kebersihan dan mencegah wabak penyakit ini tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kesihatan semata-mata, tetapi menjadi tanggungjawab semua pihak.

Pekan Kubu Gajah memerlukan perancangan majlis tersebut bagi menaikan tarafnya. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, telah pun mengarahkan usaha untuk menaikan taraf pekan-pekan kecil di seluru Negeri, sebagai satu cara untuk mengseimbangkan program pembangunan di luar bandar.

Saya juga mencadangkan tapak bangunan kuaters Kerajaan yang tidak digunakan diserahkan kepada majlis daerah untuk menjadikan tapak pasar malam bagi penjaja dan peniaga kecil. Sebuah tapak juga sedang dikenal pasti untuk pusat pentadbiran di Kubu Gajah, termasuk bangunan baru Penghulu, Polis, Bomba, Risda dan Pos.

Rumah kos rendah juga dirancangkan bagi menyediakan tempat tinggal kepada mereka yang tidak mampu, selain tanah berkelompok bagi tujuan pertanian.

Saya juga menasihatkan ahli-ahli majlis daerah yang dilantik menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh didikasi seperti yang telah diamanahkan.

Dalam program turun ke padang, pegawai-pegawai dan kakitangan majlis daerah Selama turut terlibat, selain ahli-ahlli majlis daerah itu sendiri.

20 August 2009

Ibu Tunggal Jangan dipinggirkan


Kubu Gajah, Khamis 20 Ogos 2009 - Ibu tunggal jangalah diabaikan masa depan mereka dan diharap agensi Kerajaan dapat membantu memberi grant bagi merek untuk mula hidup baru seperti berniaga kecil-kecilan.

Mereka adalah juga insan Allah yang mengharapkan bantuan untuk terus memikul tanggung jawab terhadap keluarga.

Kebanyakan mereka mempunyai tanggungan termasuk anak-anak yang masih belajar di sekolah rendah, lebih membebankan lagi jika ada anak mereka yang mendapat tempat belajar di pusat pengajian tinggi.

Mereka ini wajar dibantu kerana bukan semua yang ada tempat bergantung dengan saudara mara. Mereka juga didapati mempunyai kemahiran untuk membuat barangan hasil produk tempatan.


Wakil rakyat boleh membantu tetapi kepada bilangan yang kecil kerana peruntuka yang disediakan amatlah terhad, terang saya ketika meresmikan majlis penyampian bantuan kepada ibu tunggal anjuran pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut di perkarangan rumah Naib Ketuanya, Mariatul Kiftiah binti Haji Abdul Rahman atau lebih dikenali Mak Su Maria di perkampungan Tersusun Kubu Gajah.

Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Sawifah Yahya dan kira-kira 300 orang ibu tunggal dari DUN Kubu Gajah dan Selama. Untuk DUN Batu Kurau, ia telahpun disampaikan.

Saya tidak menafikan bahawa Kerajaan melalui TEKUN dan Amanah Ikhtiar ada memberi pinjaman kepada Ibu tunggal, tetapi mungkin sukar bagi mereka untuk membayar balik pinjaman

Mengenai bantuan rumah, saya juga berharap pihak-pihak terbabit seperti Syarikat Perumahan Negara (SPN) dan Baitulmal agar mempercepatkan proses permohonan mereka kerana masih ramai Ibu tunggal yang tidak ada tempat untuk tinggal.


FELCRA juga memberikan bantuan rumah dibawah program rakyat termiskin (PPRT), tetapi bantuan tersebut juga masih belum cukup untuk mengatasi masalah mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri.

Saya juga memberitahu bahawa Yayasan Perak juga menawarkan bantuan kepada anak-anak orang miskin termasuk Ibu tunggal yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan pusat pengajian tinggi samada di peringkat Ijazah, Diploma dan Sijil.

Seramai 170 orang akan dipilih dari DUN Kubu Gajah untuk mendapatkan bantuan tersebut yang akan disampaikan tidak lama lagi.

18 August 2009

Mana Bantuan Rumah SPN?

Masih ramai lagi penduduk yang menunggu mendapatkan bantuan rumah mesra rakyat anjuran Syarikat Perumahan Negara (SPN) dan saya berharap masalah ini dapat di percepatkan lagi oleh Pengerusinya, Datuk Azian Othman.

Itulah luahan rakyat, kemana sahaja saya pergi, bertanyakan mengenai permohoanan rumah mereka. Beratus permohonan telah diterima, tetapi masalahnya ada diantara mereka bila dipanggil temuduga tidak pula memberitahu pihak saya, hanya apabila timbul masalah.

Yang menunggu untuk mendapatkan borang permohonan pun masih ramai lagi disebabkan SPN belum menghantar kepada Pusat Khidmat kami.

Seperti biasa, hari ini, Selasa 18 Ogos 2009, kebetulan saya berada di kawasan telah melawat sebuah mesra rakyat, miliki Mohd Rosdi bin Amery, 40 tahun yang telah siap diduduki bersama keluarganya di Kampung Jemerang Setar. Beliau tinggal bersama isterinya, Fatimah binti Harun dan dua orang anak yang masih bersekolah.

Rumah beliau dibina di atas tapak dalam kawasan ladang kelapa sawit. Mohd Roshdi menyatakan rasa syukar, penghargaan dan terima kasih diatas bantuan bagi mendapatkan rumah tersebut.

Sebelum ke situ, saya juga sempat singgah di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara untuk menemui, pelajar USM, Siti Saliza binti Mat Sagar, yang berasal dari Kampung Kelian Chinei bagi mendapatkan penaja, menyertai kem kelestarian diri selama tiga hari di Yan, Kedah.

Siti Saliza adalah anak kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan Kelian Chinei, Ramlah Ibrahim. Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Mohd Halil Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lang Halim.

Saya juga meluluskan projek membina sebuah titi di situ yang akan diadakan secara gotong royong.

17 August 2009

BN Rampas Kerusi Kalah


Mampukah BN merampas semula kerusi-kerusi yang mereka tewas dalam pilihanraya umum ke 13? jawap saya boleh, jika ahli-ahli UMNO menggelakan perpecahan dalam perebuan jawatan dan kedudukan.

Pembangkang menjadi kuat bukan kerana mereka itu hebat, tetapi kerana kelemahan dalam UMNO itu sendiri. BN sebagai parti pemertintah, juga harus melihat sebarang pergeseran sesasma sendiri akan hanya merugikan parti tersebut, kerana kesempatan yang akan diambil oleh lawan.

"Kemenangan di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, Pulau Penang, amatlah penting, setelah BN Melalui lapan pilihanraya kecil, setakat ini baru menang satu iaitu di Batang Air, Sarawak,"terangnya saya ketika meresmikan persidangan agung UMNO cawagan Tebing Tinggi dalam Bahagian Larut.

Sekalipun, Permatang Pasir adalah kubu kuat Pas, tetapi tidak mustahil BN boleh mencapai kemenangan jika parti itu bekerja kertas menyakinkan pengundi di kawasan tersebut.


Tidak dinafikan laluan sukar BN disebabkan DUN tersebut adalah dalam Parlimen Permatang Pauh, tempat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi diharap peraturan berkepen dipatuthi.

"Biarlah, kalau hendak menang, sekalipun, menanglah cara yang betul, bukan cara yang kotor,"tambah saya.

Ahli-ahli UMNO kata saya perlu menghayati semula perjuangan pemimpin yang dahulu yang berkorban dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tahanir dan bukan mengejarkan kebendaan semata-mata.

Saya berharap setiap ahli UMNO memberi penjelasan keatas segala tohmah dan dakyah yang disebarkan oleh pembangkang yang bertujuan hanya semata-mata untuk menjatuhkan imej parti bagi tujuan politik mereka.


"Manusia sanggup melaku apa sahaja sekalipun terpaksa berkorban bangsa dan agama demi mencapai politik diri mereka sendiri," jelas saya.

Dalam persidangan yang turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Cawangan, Abdul Wahid Nordin, UMNO Cawangan Tebing Tinggi meluuskan usul mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada dimansuhkan.

Sebaliknya mahukan akta ISA diperketatkan lagi sambil menggesa pihak Kerajaan bertindak tegas keatas mereka yang mengancam keamanan dan keselamatan Negara.

16 August 2009

Budaya Fitnah Harus Ditolak

Kubu Gajah, Ahad 16 Ogos 2009 -Negara akan musnah, jika perbuatan menfitnah menjadi budaya dan pegangan msyarakat hari ini, tidak segera dibendong.

Umat Islam dikuatiri akan terus berada dalam kelompok bepecah dan akhirnya tertinggal dalam memajukan diri, sekiranya budaya tersebut terus berkembang.

Undang-undang sahaja belum cukup sekiranya masyarakat itu sendiri tidak berani memerangginya, kata saya ketika berucap meresmikan majlis penutup khatam quran dan silat gayung pusaka di Kampung Cerok Pelandok,dekat sini, tengahari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Annuar Ariffin, Ketua Cawangan, Husni bin Datuk Seri Kamaruddin, Ketua Wanita, Masita Abdullah dan Ketua Pemuda Cawangan,Mohd Norizan Nordin.

Seperti menjadi trend hari ini, bagi mereka melempar fitnah keatas pemimpin bertujuan menjatuhkan pemimpin berkenaan, sekalipun pemifitnah itu sendiri tahu hukum dan dosa yang mereka akan tanggung.

"tetapi,manusia hari ini tidak lagia takut kepada allah dan mereka lebih rela melakukannya untuk kepentingan politik diri sendiri," terang saya.

Justeru, saya mengajak masyarakat menolak segala rupa bentuk fitnah yang boleh memecah belahkan perpaduan. Masyarakat duni hari ini rebah, adalah disebabkan membenarkan budaya fitnah bermaharajalela.

Fitnah mudah disebarkan, tetapi sukar hendak diperbetulkan kerana bagi mereka yang lentor dengan iman dan pengetahuan akan mudah mempercayainya.

Mengenai silat, saya berharap seni budaya turun temurun itu akan terus diperkembangkan agar kekayaan warisan bangsa itu tidak lekang dik panas dan ditelan dik zaman, terutama di kalangan anak muda, yang semakin terpengaruh dengan budaya barat.