Template by:
Free Blog Templates

16 May 2009

Runding No Syarat


Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ulangi nak jumpa bos-bos Pakatan pasal Perak tidak boleh ada SYARAT di pc lepas mesyuarat perhubungan UMNO Selangor di Shah Alam, (16hbMei 2009).
Dairi:
1)YAB Menteri Besar Perak akan merasmikan serentak persidangan tahunan UMNO cawangan-cawangan Bahagian Lumut pada hari Ahad (17hb Mei 2009) pada pukul 8.30 pagi di Dewan Merdeka, Manjung.

2.Pinda Tarikh: Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dijadualkan pada 18hb Mei 2009, hari isnin kepada 19hb Mei 2009, pukul 8.30 malam di arass 6, bangunan UMNO Perak,Ipoh.
3.Pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, merangkap Presiden UMNO, Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 5hb Mei 2009, hari Selasa di Kuala Lumpur.
4.Pertemuan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Timbalan Presiden UMNO pada 11hb Mei 2009, hari Isnin di Kuala Lumpur.
5.Bertemu YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 29hb April 2009, hari Rabu di Kuala Lumpur.
6.Istiadat Penganugerahan Pingat Bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Selasa 19hhb Mei 2009, Jam 9.30 pagi.
7.Mesyuarat Jemaah Pengarah PPK pada Selasa 19hb Mei 2009, jam 2 petang.

15 May 2009

Dr Mahathir Pun Tidak Setuju Bubar DUN Perak


Ramai yang bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahaathir Mohamed bahawa rakyat dah bosan dengan pilihanraya jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarbarkan. Justeru beliau mencadangkan Barisan Nasional (BN) kemukakan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin di DUN.

Bekas Perdana Menteri yang berkhidmat lebih 20 tahun itu pasti lebih faham dengan situasi politik sekarang maka sebab itu tidak setuju DUN Perak dibubar sebagaimana pendapat setengah pihak termasuk Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, kelmarin.

Pilihanraya bukan jalan penyelesaian Krisis Politik di Perak, sebaliknya kekalutan adalah disebabkan pihak Pembangkang,masih berkeras tidak mahu menghormati kedudukan majoriti yang diperolehi oleh BN di DUN pada masa ini.

Jika Pembangkang bersikap Gentleman dan bekerjasama dalam hal ini, isu kemelut tersebut telahpun lama selesai. Rakyat keliru disebabkan mereka lah yang mengelirukan fakta yang sebenar.

Soal 3 ADUN Pakatan Pembangkan yang keluar menjadi ahli BEBAS dan menyokong BN, itu adalah keputusan mereka sendiri. Kenapa, mereka keluar daripada Pakatan, tanyalah mereka sendiri, mereka yang lebih tahu.

Mereka bukan melompat masuk BN, mereka masih menjadi ADUN Bebas, tetapi menyokong Kerajaan BN. Tetapi bagaimana pula, bila ada seorang daripada ADUN BN (Datuk Nasaruddin Hashim) sebelum ini menyertai mereka, mereka kata tidak salah pula???

Justeru jangan lah asyek, bila untung kepada mereka semulanya halal, tetapi kalau BN, semuanya tidak betul. Kita tidak pernah mempertikaikan keputusan Mahkamah, tetapi bagaimana pula dengan mereka?

Alfatihah Kepada Allahyarham Jamai Arop

Saya dan Keluarga ingin merakamkan raaa dukacita dan Takziah kepada Saudara Aziz, Ketua UMNO cawangan Kampung Mesjid, Ijok dalam Dewan Undangn Negeri (DUN) Kubu Gajah, diatas kepulangan Ayahndanya Allahyarham, Haji Jamai bin Arop. 66 tahun yang telah pulang ke rahmatullah, semalam.

Menurut Aziz, Jenazah Bapanya, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan, Kampung Mesjid, selepas Asar. Dengan doa semoga rohnya diletakan disisi orang-orang yang solleh. Alfatihah.

Sementara itu, masalah yang telah dibangkitkan oleh Pak Lang Halim mengenai keadaa beberapa rumah daif dan memerlukan perhatian, wakil daripada pejabat saya telahpun melawat dan mengambil beberapa gambar. Kita akan cuba membantu secepat yang boleh, bergantung kepada peruntukan yang diperolehi.

Semalam juga, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah telah turun ke Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah untuk menemui penduduk yang memerlukan bantuan segera. Terima Kasih, tetapi Saya minta maaf kerana tidak dapat bersama, kerana tugas-tugas lain berhubung kain dengan kemelut politik Perak ketika ini.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kes mengenai Menteri Besar Perak, Kami ADUN terpaksa "Stand-by" menghadapi sebarang panggilan, mesyuarat dan perjumpaan. Justeru banyak program yang telah disusun terpaksa dijadual semula mengikut keadaan. Mengikut Jadual, Saya sepatutnya mengadakan majlis Penerangan Mengenai sidang DUN pada hari Selasa lalu. Begitupun, Jika ada apa-apa mereka boleh menghubunggi pusat Khidmat Saya di Kubu Gajah. Hubunggi Pegawai Khas Saya, Mohamed Ibrahim di HP 5785462 atau Pejabat 05 8393460.

14 May 2009

Dr Teng Jangan Celupar


Saya amat kesal dengan kenyataan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan yang meminta agar Dewan Negeri (DUN) Perak di bubarkan bagi menyerahkan kepada rakyat semula untuk membuat keputusan dan memberi mandat baru.

Jika, beliau seorang ahli politik yang matang dan berpengalaman, Saya ingin bertanya kepada beliau apa kah beliau benar-benar sedar dengan kenayaan seumpama itu. Apa kah beliau faham dengan situasi yang sedang berlaku? Masalahnya ialah pihak Pembangkang yang menjadi minoriti dalam DUN Perak, semenjak 6 februari lalu, tidak menghormati Majoriti yang telah diperolehi oleh BN bagi mentadbir semula Negeri Perak.

Dr Teng seharusnya bertanyakan Timbalan Presiden GERAKAN, Datuk Cheng Ko Youn mengenai isu dan kemelut Politik di Perak sebelum membuat sebarang komen yang membabi buta. BN tidak gentar menghadapi Pilihanraya, tetapi Kita kena faham apa kah jaminan Keamanan dan keselamatan jika ianya diadakan?

Pada Pilihanraya UMUM (PU) ke 12, GERAKAN tidak menang sebarang kerusi samada di peringkat DUN mahupun Parlimen, tetapi Ko Youn dilantik menjadi Penasihat kepada Menteri Besar Perak. Beliau kalah bertanding di kerusi Parlimen Beruas.

Sebagai rakan komponen BN, Teng seharusnya memberikan sokongan moral kepada kepimpinan BN Perak dalam menangani kemelut tersebut. Anehnya, Presiden GERAKAN, Tan sri Dr Koh Tsu Koon sendirpun tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tetapi, kenyataan Ting seolah-oleh menambahkan lagi desakan dan serangan Pembangkang terhadap BN sendiri dalam masalah yang sedang melanda Negeri Perak berhubung isu Menteri Besar.

Saya harap rakan-rakan komponen dalam BN lebih sensitif dan jauhilah sebarang tindakan yang boleh merugikan parti tersebut yang sekarang sedang menumpukan usaha pemulihan dalam menghadapi pilihanraya UMUM ke 13 tidak lama lagi.

Sebelum ini pun, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Lian Hoe yang juga Ahli Parliamen Gerik pernah mencetuskan kontrovesi kerana terlepas cakap.

Akurlah dengan nasihat Pemimpin supaya kita mengutamakan dalam menjaga keharmonian bersama dan bukan bertindak hingga mejejaskan tali persahabatan.

Saya mendesak agar Teng segera memohon maaf kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri dan Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Negeri Perak.

Teng seharunya memberikan tumpuan dalam memperkuatkan parti GERAKAN di Pulau Pinang untuk merampas kembali Kerajaan Negeri dalam PU akan datang, bukan sibuk menjaga " tepi kain orang."

Teng, bekas Anggota Kanan EXCO Kerajaan BN Pulau Pinang, juga kalah dalam mempertahankan kerusi DUNnya dalam PUN ke 12 yang lalu.

Saya harap Presiden GERAKAN memanggil dan memberi nasihat kepada Teng. Saya jauga telah menghubunggi Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Juan bagi menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Teng itu.

Kekanda DYMM Sultan Perak, Almahrum Raja Bahrum Shah selamat disemadikan

Rakyat Perak hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Kekanda Tuanku DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebelum Jenazah Almarhum, Raja Bahrom Shah Ibni Sultan Yussuf Shah disemadikan di sebelah makaman Bondanya Toh Puan Dewangsa, Khadijah Ahmad di Batu Gajah hari ini.

Bagianda Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri, Tuanku Bainun Mohd Ali dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah turut berangkat mengiringgi jenazah Almahrum dari Kediamannya di Taman Canning, Ipoh. Selain kaum kerabat yang lain, turut sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir adan Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak.

13 May 2009

Ziarah Jenazah Kekanda Sultan Perak

Bersana Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan rakan-rakan Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak yang lain, kami menziarahi jenazah Al Mahrum, Raja Bahrun Shah Ibni Almahrum Sultan Yusof, kekanda Tuanku DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah di Taman Canning di Ipoh, tenghari tadi.

Sebelum itu, kami berkumpul di Pejabat Menteri Besar kerana ada perjumpaan dan perbincangan, selepas Dr Zambry mempengerusikan Mesyuarat mingguan EXCO di Bangunan SUK, jalan Panglima Bukiut Gantang Wahab.

Ucapan Takziah turut disampaikan kepada Tuanku Sultan. Baginda dan Tuanku Raja Permaisuri Bainun Mohd Ali serta Kerabat yang lain berada di sisi jenazah Almahrum Raja Bahrum. Jenazah Almahrum dijadualkan disemadikan berdekatan makan bonda Tuanku di Batu Gajah pagi besok (14hb Mei 2009).

Jenazah Almahrum dijangka bertolak ke Batu Gajah, kira-kira pukul 10 pagi besok. Almahrum Raja Bahrum, menghembuskan nafasnya pada pagi Rabu 13 Mei di Kediamannya di Taman Canning.

Alfatihah, semoga roh Almahrum diletakan di sisi-sisi orang-orang yang solleh.

Al-Fatihah...Kanda DYMM Sultan Perak meninggal dunia

Al-Fatihah. Kekanda kepada DYMM Paduka Seri sultan Perak, Yang Amat Mulia Raja Baharom Shah ibni Al Marhum Sultan Yusof meninggal dunia, jam 10.40 pagi Rabu (13 Mei 2009) di kediamannya di Taman Canning, Ipoh.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan bersebelahan makam bondanya di Batu Gajah selepas solat asar.

Semoga roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

12 May 2009

Kemelut Perak Dapat Perhatian Luar

Alhamdullilah, banyak juga SMS yang diterima daripada rakyat Perak yang berada di Luar Negara yang sentiasa mengambil berat mengenai kemelut politik Negeri ini.

Saya Mengucapkan terima kasih di atas pengiriman SMS daripada Dzulkernain, rakyat Perak yang tinggal dan bekerja di Mekah Al Mukaramah yang perihatin dengan Kemelut politik Perak dan berdoa agar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan rakan-rakan Ahli Dewan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) akan diberi kesempatan mentadbir Negeri Perak demi masa depan Negeri itu sendiri.

Doa Saya senoga Dzulkernain sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T. dan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Semoga dengan doa kita semua BN akan dapat meneruskan usaha memajukan Negeri Perak sebagaimana yang telah dan sedang dirancangkan.

Zambry dan BN kekal


Semalam Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kami rakan-rakan Ahli Dewan Negeri (ADUN) dalam Barisan Nasional (BN) menerima keputusan Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur berhubung dengan isu Menteri Besar Perak dengan hati yang terbuka.

Pada hari ini pula Mahkamah Rayuan Putrajaya menerima permohanan Dr Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tunggi semalam. Bermakna beliau kekal sebagai Menteri Besar dan Kerajaan BN terus mentadbir Negeri Perak.

Kami menerima berita keputusan Mahkamah Rayuan itu bersama-sama dengan Dr Zambry dengan rasa penuh syukur, ketika bersama pada majlis perjumpaan di Ipoh tengah hari ini.

Justeru kami harap pihak sebelah sana faham-faham sahajalah. Bersifatlah Gentleman macam kami.

Keputusan Mahkamah Rayuan ini terbukti keterbukaan undang-undang dan demokrasi. Dr Zambry dan BN akan terus nebjalankan tugas sebagai Kerajaan Negeri sesuai keputusan Mahkamah.

Dr Zambry bekata yang penting BN ada majoriti dalam Dewan Negeri (DUN) dan Pembangkang wajar menerima hakikat ini. DUN Perak mempunyai 59 kerusi, BN 28, DAP 17, KEADiLAN 5, PAS 6 dan Bebas 3.

Pihak Media yang membanjiri sidang Ahbar Dr Zambry di bangunan UMNO juga kelihatan amat memafahami kemelut yang sedang melanda Negeri Perak dan berharap mereka sama-sama membantu memperjelaskannya kepada masyarakat seluruhnya.

Kerjasama sedemikian juga diharap akan turut diperolehi daripada media-media luar. Dr Zambry turut memuji Portal Berita Agendadaily dari Kuala Lumpur.

ISU MB PERAK

Saya berharap rakan-rakan Ahli Dewan Negeri Perak (DUN) Barisan Nasional agar bertenang berhubung isu Menteri Besar Perak sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kita juga berharap ahli-ahli parti dan rakyat agar bertenang. Barisan Nasional (BN) akan membuat rayuan berhubung keputusan tersebut.

Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya menyatakan Menteri Besar cuma boleh disingkirkan melalui undi tidak percaya di DUN Perak.

Saya percaya kemelut politik Perak ini akan dapat diselesaikan dengan bijaksana tidak lama lagi.

DUN baru sahaja selesai mengadakan sidang dewan Khamis lalu dan kini mempunyai Speaker yang baru.

Selamat Menyambut Ulang tahun ke 63 Tahun UMNO

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun UMNO yang ke 63 semoga parti keramat ini akan terus subur menjadi nadi ketahanan perjuangan Bangsa, Agama dan Tanah Air.

Dalam sambutan kali ini, UMNO diterajui Presiden Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepimpinannya yang akan terus memikuil tanggung jawab untuk membawa perubahan dalam mengembalikan semula maruh parti itu sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang sedikit tejejas dalam pilihanraya UMUM ke 12 yang lalu.

Kita yakin Najib yang dibantu oleh Timbalannnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakan kembali perjuangan parti itu di landasan yang betul dan kekal sebagai teras meletakan bangsa di tahap yang tinggi dan bermaruah.

UMNO adalah parti yang ditubuhkan di istana dan kita akan terus menjaga kemuliannya walau di mana dan dalam bentuk cabaran apa sekali pun yang dihadapi, institus Raja-Raja ini adalah menjadi hal dan tanggung jawab kita mempertahankannnya.

UMNO adalah milik kita dan sayangi lah UMNO sebagai sebahagian darah daging kita.

9 May 2009

RAMAI YANG INGIN TAHU CERITA DUN PERAK

Hingga ke hari ini, masih ramai yang bertanya dan ingin mendengar cerita sebenar yang berlaku di sepanjang sidang Dewan Negeri Perak (DUN) Khamis lalu.

Mereka yang bertanya termasuk dari kalangan NGO. Bahkan, semasa sidang dewan sedang berlangsung pun Saya terima banyak panggilana dan SMS, hinggakan tidak menang tangan untuk membalas.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pun ada yang telah menalipon dan meminta untuk berjumpa kerana ingin mendengar cerita sebenar. Ada beberapa orang rakan sempat "mengusik jangan pulang rumah dulu, datang sini lah, dulu, kami tunggu ni."

Seorang rakan Saya juga terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke Ibu Kota, Kuala Lumpur, kerana tidak sabar hendak mendengar cerita sebenar berlaku di sidang berkenaan.

Dan ternyata ketika memperjelaskan perkara sebenar berlaku di sidang dewan Khamis lalu, ramai yang merasa dukacita dan tidak terfikir langsung keadaan seburuk itu.

Mereka cukup sedih kerana Pemangku Sultan Perak yang berangkat untuk merasmikan sidang dewan telah dihina sedemikian rupa hingga terpaksa menunggu berjam-jam lamanya sebelum berjaya masuk ke dewan untuk bertitah.

Ada di kalangan mereka juga terkejut bagaikan tidak percaya dengan sikap "cool" Saya malah bertindak pula menghalang rakan-rakan ADUN BN yang lain daripada bertindak menyerang pihak Pembangkang. Saya hanya melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih.

Kata Saya, Apa yang berlaku dalam sidang dewan khamis lalu adalah sejarah dan saya tidak mahu mengotor sejarah hidup saya dengan tindakan yang berbau kotor. Berdiam diri bukan bermakna kita mengalah. Mereka yang bertindak ganas dan liar pula bukanlah seorang hero.

Seorang kenalan berbangsa cina juga menyatakan kepada Saya betapa malunya mereka melihat kejadian yang berlaku dalam sidang dewan dan mereka tidak menyangka perkara seumpa itu boleh tercetus di Negara ini.

Katanya, Masyarakat Luar Negara beliau pasti turut mengikuti insiden buruk samada melalui Internet, media elektronik atau cetak dan beliau tidak dapat bayangkan jika ketika ini sedang berada di luar Negara dan dihujani dengan pertanyaan mengenai sidang dewan Perak.

Saudara Saya yang tinggal di Negara Jiran juga merasa hairan bagaimana peristiwa seburuk itu boleh tercetus dan memalukan. katanya, beliau berdoa agar perkara seperti itu tidak berjangkit ke tempatnya.

8 May 2009

TRAGEDI PAGI KHAMIS 2

Kemudian, selepas perlantikan ganeson diistyirahkan oleh Timbalan Speaker, dan Menteri Besar memakaikan Jubah Speaker, Hamidah mengusulkan penubuhan tiga Jawatankuasa Tetap Dewan iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan, Jawatankuasa Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kecuali Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan, Jawatankuasa yang lain adalah dipengerusikan oleh Speaker DUN.

Kemudian, dewan ditangguhkan selama satu jam. Bila disambung, Sebaik dewan disambung semula, Ganeson mahu mempengerusikan mesyuarat, tetapi dihalang oleh beberapa ADUN Pembangkang, hingga mencetuskan ketegangan dan pertikaman lidah.

Dewan ditangguh sekali lagi untuk selama sejam. Bila disambung balik, Ganeson sekali lagi dikepung oleh ADUN Pembangkang dan berlaku perbalahan. Apa yang dikesali sepanjang sidang, DUN Pembangkang bertindak menyerang hingga ke tempat duduk Anggota-Anggota Kerajaan.

Barangkali disebabkan tidak tahan dengan gelagat ADUN Pembangkang terhadap Ganeson, akhirnya, berlaku pergelutan di tempat duduk Siva pula. Siva, daripada mula kami masuk ke dewan hinggalah sampai beliau diminat meninggalkan dewan, sedikit pun tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker.

Ketika itu berlaku pergelutan. Ganeson akhirnya, berjaya mengambil tempat duduk Speaker walaupun dalam keadaan berdiri, telah menjalankan urusan memsyuarat dengan menyatakan dewan ditangguh seketika untuk beliau menjemput Tuanku Pemangku Sultan masuk bagi merasmikan sidang dewan.

Sebaik, Tuanku mengambil tempat duduk, ADUN-ADUN Pembangkang tetap berdegil dan berdiri beramai-ramai di tengah ruang berdepan tempat duduk Speaker. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamalauddin secara spontan bertanyakan Tuanku apa kah Speaker yang dipilih itu sah? Beliau dan Pengerusi DAP Perak, kemudian dilihat dititah naik mengadap Tuanku.

Sebaik turun, kesemua ADUN Pembangkang telah diarah oleh Nizar supaya kembali ke tempat duduk masing-masing.

Disepanjang titah Tuanku, ADUN kedua belah pihak begitu khusyuk mendengarnya. Pada akhir titah, Baginda turu dan bersalaman dengan kesemua ADUN, sebelum berangkat pulang setelah lebih 5 Jam meninggu untuk melakukan majlis perasmian.

Speaker kemudian menangguhkan sidang Dewan setelah diusulkan oleh Dr Zambry hingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Kebiasaannya ialah pada meluluskan bajet tahun 2010 sebelum akhir bulan November.

Sebelum dewan ditangguhkan pihak Kerajaan juga telah mengusulkan supaya segala urusan dan sidang dewan di bawah pokokyang dikendalikan oleh pihak Pembangkang pada awal bulan Mac yang lalu adalah tidak sah.

Dewan kembali reda selepas penangguhan itu. Saya sendiri berjabat tangan termasuk dengan rakan-rakan daripada pihak Pembangkang.

Persoalannya di sini ialah, Kenapa kejadian seburuk itu berlaku? Kenapa tergamak ada di kalangan ADUN yang bukan sahaja bertindak liar dan ganas, tetapi menghina Tuanku Pemangku Sultan Perak yang berangkat dan terpaksa menunggu berjam-jam untuk merasmikan sidang DUN?

Saya tidak dapat bayangkan jika ketegangan semalam berkesudahana sebagaimana yang berlaku di sidang dewan di luar Negara?

Alhamdullilah tiada siapa yang cedera. Sepanjang Saya menjadi Ahli Parlimen dan ADUN itulah peristiwa buruk dan memalukan yang pernah Saya lalui. Dua penggal di Parlimen, tidak pernah berlaku pergaduhan seumpama itu.

Justeru fikir-fikirkan lah,

DUN PERAK, TRAGIDI PAGI KHAMIS

Saya akan menceritakan segala yang berlaku sepanjang sidang Dewan Negeri (DUN) sepanjang ingatan Saya dalam blog ini, secepat mungkin semoga kita dapat berkongsi bersama.

Detik dan peristiwa yang cukup malu, ngeri dan menakutkan. perasaan ini turut dikongsi bersama oleh bebrapa pemerhati yang hadir dan menceritakan kepada Saya.

Bekas seorang Speaker juga melahirkan rasa takut ketika menghadiri sidang tersebut. Ramai juga teman-teman ADUN termsuk di sebelah pihak pembangkang yang juga ternyata-nyatakan dan merasa hairan kenapa sepanjang sidang tersebut Saya banyak berdiam diri dan bertindak menyabarkan rakan-rakan ADUN yang lain dan tidak sebagaimana biasa bila ada sidang dewan.

Rakan-rakan daripada Media juga merasa hairan dengan perangai Saya semalam. Saya cuma tersenyum ketika memnjawab pertanyaan mereka.

Sehari sebelum sidang bermula, Kami ADUN-ADUN BN telah berkumpul di Kediaman Menteri Besar Perak, bertemu dan membincangkan mengenai hal dewan yang akan kami hadapi keesokan harinya.

Saya tiba agak lewat kerana pulang daripada Kuala Lumpur. Begitupun, Mesyuarat yang dijadual bermula jam 8.30 malam masih belum bermula kerana menunggu ketibaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dari satu majlis lain.

Semua ADUN BN hadir dan mendengar taklimat daripada Menteri Besar. Saya dan beberapa orang rakan yang lain juga ada memberi pandangan dan pendapat semasa sesi perbincangan tersebut.

Selepas pertemuaan kami berakhir, kami semua meninggalkan kekdiaman Menteri Besar. Saya tetap seperti biasa, tidak panik dengan sidang yang akan berlangsung keesokannnya, walaupun tidak menolak berlaku ketegangan sebelum sidang dewan bermula.

Namun, bagi menenangkan fikiran Saya bersama berberapa orang teman keluar untuk minum di sebuah restoran di Bandaraya Ipoh, menjelang pagi. Kebetulan restoran itu buka 24 jam dan ramai pelanggan sedang menonton perlawanan separuh akhir bola sepak antara Kelab Chelsea dan Barcalona.

Kebetulan ada juga beberapa orang teman yang sedang minum di situ. Selepas berakhirnya perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dan riuh rendah dengan sorakan, saya percaya penyokong kedua belah kelab, jam telah menunjukan pukul 5.30 pagi. Kami pun pulang.

Pada awal pagi Khamis, 7 Mei, setelah bersiap-siap Kami berkumpul di Pejabat Menteri Besar di Banguna Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab untuk sarapan pagi bersama Dr Zambry dan tetamu yang lain.

Kami sempat lagi berborak kosong sehingga semuanya telah berkumpul, kami bergerak keluar ke bagunan sebelah bagi menyambut keberangkatan Tuanku Pemangku Sultan Perak ke majlis pembukaan sidang dewan.

Keberangkatan tiba, Tuanku disambut Menteri Besar dan Speaker DUN serta isteri masing-masing. Selepas upacara memeriksa perbarisan selesai, Kami semua beredar ke Dewan persidangan.

Semua yang hadir termasuk kami diwajibkan melalui pemeriksaan keselamatan, sekaipun kami telah disediakan pas khas oleh pejabat SUK.

Dalam dewan, seperti biasa kami akan duduk di tempat duduk yang telah ditetapkan oleh pejabat Speaker. Sebagaimana amalan biasa, Menteri Besar dan barisan EXCO serta ADUN daripada Kerajaan akan duduk di barisan sebelah kanan daripada tempat duduk Speaker.

Tetapi, setibanya kami, tempat duduk kami telah ditetapkan juga di tempat lama dan kami tidak terkejut dengan keadaan itu kerana kami telah menjangkakan ia akan berlaku.

Speaker DUN (V.Sivakumar) kemudian memaklumkan bahawa beliau telah menetapkan tempat duduk semua ahli dewan termasuk termasuk tempat duduk Setiausaha Kerajaan (SUK), Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan.

Beliau juga telah memerintahkan timbalan Speaker, SUK, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan agar mengambil tempat yang telah beliau tetapkan.

Namun, kerana didapati mereka enggan berbuat demikian, Speaker telah menggunakan haknya untuk meminta mereka keluar meninggalkan dewan.

Ketegangan mula tercetus, sebaik beliau meminta Menteri Besar dan Kesemua Enam EXCO keluar meninggalkan dewan. Beliau juga mengarahkan supaya ketiga-tiga DUN yang kini menjadi ahli Bebas meninggalkan dewan.

Setiasauha Dewan cuba menjalankan tugasnya, tetapi telah di halang. daripada tempat duduk asalnya hingga lah ke mana juga Encik Abdullah Untong cuba mendapatkan micro phone di mana-mana meja ADUN untuk bercakap.

Tetapi, Speaker tetap bertegas menyatakan bahawa sidang tidak akan bermula selagi, perintah beliau tidak dituruti. Pada ketika itu, Tuanku Pemangku Raja berada di Kamar Diraja menunggu untuk bertitah merasmikan sidang Dewan.

Akhirnya, Menteri Besar terpaksa mengusulkan Perlucutan Speaker. Di sini lah drama bermula. Dalam keadaan cuba dihalang oleh segelitir ahli pembangkang, Dr Zambry tetap meneruskan usul melantik Speaker Baru dengan disokong oleh Anggota Exco Hamidah Osman yang telah disambut sebulat suara 31 ADUN sebagai tandapa majoriti memilih Datuk R.Ganesoin. DUN Perak mempunyai 59 kerusi.

Bersambung.

7 May 2009

DEWAN PERAK KECOH

Saya cukup kecewa dengan apa yang telah berlaku sepanjang sidang Dewan Negeri Perak (DUN) pada hari.

Suasana tegang dan tidak berdisplin yang tidak seharusnya dipamerkan oleh anggota-anggota pembangkang. Sebagai pengubal Dasar dan Undang-Undang, mereka seharusya akur dan berpegang kepada semangat untuk menjalankan tanggung jawab dengan penuh didikasi.

Sekalipun berdepan dengan tentangan hebat daripada pihak pembangkang, bekas ADUN Sungkai, Datuk R.Ganeson akhirnya dipilih Speaker Dewan Negeri Perak (DUN) yang baru.

Nanam beliau dicalonkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambery Kadir dan disokong oleh Exco Hamidah Osman dan disambut sebulat suara oleh 28 anggota Barisan Nasional (BN) dan Tiga dari Bebas.

DUN menjadi kecoh apabila bekas Speaker V. Sivakumar dari pakatan Pembangkang enggan memulakan sidang, walaupun Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah sedia menunggu bagi melakukan majlis perasmian.

Pertikaman lidah dan suasana tegang dapat dilihat di antara dua belah pihak yang tidak berpuas hati dengan cara Speaker mengendalikan urusan Mesyuarat.

Baginda bagaimanapun, akhirnya dijemput masuk oleh Ganeson bagi memulakan majlis perasmian. Tuanku Raja Muda yang diiringi Tuanku Raja Puan Besar Perak kemudian bersalaman dengan semua anggota DUN sebelum berangkat pulang.

Sidang kemudian ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

5 May 2009

FAMA Buka Pusat Pembekuan Durian

Ternyata FAMA begitu peka dengan saranan untuk memperluaskan lagi skop pemasaran hasil tempatan.

Kini sebuah lagi pusat pembekuan isi buah-buahan tempatan telah dibuka FAMA di Batu Kurau, selain yang ada sekarang di Sungai Petani dan Kangar di sebelah kawasan utara.

Saya menyuarakan pandangan sedemikian demi masa depan para petani. Diharap langkah FAMA ini akan menyakinkan lagi usaha mereka. Akhirnya kita lama kelamaan tidak lagi terlalu bergantung kepada mengimpot.

Bagi para siswazah yang berminat dalam bidang pertanian, FAMA juga Saya diberitahu sedia memasarkan segala usaha merekaa dan lebih penting, membantu mereka dalam soal menghasilkan produk yang brekualiti.

Pembukaan terminal FAMA di Simpang Pulai, dekat Gopeng satu lagi ere baru dalam usaha agensi berkenaan dalam megembangkan lagi bidang pemasaran produk tempatan. Terminal ini difahamkan boleh mensasarkan segala barang yang dipasarklan nilainya hingga rm 115 juta apabila mula beroperasi tidak lama lagi.

Ketika menemui Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badaruddin Amiruddin, di pejabatnya di Selayang, beliau memberitahu terminal itu akan menggantikan pasar borong di Jalan Lahat, dekat Menglembu.

Syabas dan tahniah kepada FAMA dan diharap agensi tersebut tidak akan jemu-jemu kearah mempertingkat dan memperluaskan lagi pemasaran segala hasil usaha petani dan penternak tempatan.

2 May 2009

Makanan Simpang 3 diperkenalkan di Ipoh

Amboi-amboi dengar cerita sebuah restoran makanan padang dari Sumatera akan dibuka di bandaraya Ipoh, tidak lama lagi.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rashdi Hashim difahamkan telah mengetuai serombongan 15 orang ke Medan bagi menyasikan satu perjanjian pembukaan restoran berjanama Simpang 3 dari Sumatera. Turut hadir ialah Wali Kota Medan, Affifuddin Lubis.

Restoran Simpang 3 makanan Padang itu adalah yang pertama dibuka di Ipoh. Restoran makanan Padang pelbagai jenaman banyak di Negara jiran. Ramai rakyat Malaysia yang gemar ke rumah makan berkenaan bila berkunjung ke sana.

Sementara itu, diharapkan juga restoran berjenama dari Malaysia dapat juga di buka di Medan bagi mengeratkan lagi silaturahim serumpun yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

1 May 2009

DUN Perak 6 Hari lagi

Dewan Negeri Perak Khamis ini, terus menjadi tumpuan kerana ia adalah sidang pertama Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) selepas mengambil alih daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang, bulan februari lalu.

Kedegaran pelbagai spekulasi mengenai sidang itu. Namun biarlah Kita sama-sama tunggu sehingga 7 Mei ini.

Begitupun, sidang DUN ini amat penting kerana kali terakhir ia diadakan ialah pada 13 November lalu dan jika dalam tempuh enam bulan, selepas tarikh itu sidang DUN tidak dipanggil, maka Dewan Negeri akan bubar.

Tidak dinafikan, sidang ini adalah ujian pertama kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir dan barisan EXCOnya.

Mengikut jadual, sidang DUN akan diresmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Sebelm itu, satu istiadat perbarisan akan juga diadakan.

Sebagai rekod, DUN Perak mempunyai 59 kerusi. Pada Masa ini, BN diwakili oleh 28 orang, DAP 17, Keadailan 5, PAS 6 dan BEBAS 3.

30 April 2009

Harga Ayam Naik?

Penternak-Penternak tidak seharusnya mengambil kesempatan menaikan harga runcit ayam dalam keadaan virus selesema babi.

Tindakan Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menemui para penternak dan memberi nasihat kepada mereka amat bertepatan sekali.

Diharap mereka yang terlibat tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menaikan harga ayam sewenang-wenangnnya.

Diharap juga pengkuat kuasa Kementerian segera turun ke bawa meninjau kalau-kalau ada mereka yang cuba mengambil kesempatan menaikan harga barang runcit yang akan membebankan lagi pengguna yang berpendapatan rendah.

Kaunter-kaunter aduan seharusnya dibuka dan di perbanyakan lagi bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

29 April 2009

Puan Rokiah Akhirnya Menerima Bantuan

Alhamdullilah Pejabat Kebajikan telah meluluskan bantuan saraan puan Rokiah Mohamad, 85 tahun yang tinggal di Bagan Bahru dalam DUN Kubu Gajah yang saya lawati semalam.

Menurut Pegawai Kebajikan Daerah, Encik Zambri Mohamed bantuan itu akan mula dikeluarkan bulan depan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada puan Fatimah Zuraidah Saleh, pegawai Kementerian berkenaan yang sentiasa perihatin dengan masalah yang dipanjangkan kepada beliau.

Demikianlah juga kepada Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Bantuan DUN Kubu Gajah

Saya telah meminta pejabat Tanah Daerah untuk mengadakan sesi penerangan yang berhubung kait dengan pejabat berkenaan agar masyarakat di DUN Kubu ï¼§ajah lebih memahami.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah, Encik Zambri Mohamed juga bersetuju mengadakan penerangan mengenai sistem bantuan yang dikendalikan oleh mereka.

Saya juga berterima kasih kepada Pegawai Belia dan Sukan daerah Selama, Raja Hamidah binti Raja Shah yang bersetuju mengatur majlis rakan muda wawasan desa IPT bersama belia untuk DUN Kubu Gajah di rancangan tanah FELCRA, Sungai Marlow daripada 31 mei hingga 3 jun.

Diharap sepanjang program ini diadakan, masyarakat tempatan akan merebut peluang menyertainya mengikut tarikh-tarikh yang akan ditentukan oleh pihak-pihak berkenaan.

28 April 2009

Warga emas perlukan bantuan

Selepas menerima SMS daripada seorang penduduk di DUN saya, saya bergegas ke melawat seorang warga tua, Puan Rokiah binti Mohamed, 85 tahun yang terlantar sakit di rumahnnya di Kampung Bagan Bahru, petang ini.

Menurut anaknya, Puan Siti Doyah binti Abdullah, 66 tahun ibunya mengalami sakit tua sejak akhir-akhir ini dan tinggal sendirian dirumah.

Justeru beliau amat memerlukan bantuan bagi menanggung rawatannya.

Bantuan bersama saya tadi ialah wakil pejabat kebajikan masyarakat selama, Cik Nurul Wahida binti Hassan yang telah mengambil laporan.
Saya juga menghubungi Menteri Pebangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mengenai bantuan yang diperlukan itu dan beliau sendiri akan mendapatkan segala maklumat Siti Joyah yang terpaksa menutup kedai kopi kerana menjaga ibunya, juga mengharapkan bantuan saraaan daripada kebajikan.

Saya juga berharap proses bantuan seumpama itu dapat disegerakan dan tidak tertanggung begitu lama.

27 April 2009

Perluas maklumat perniagaan untuk belia melalui web


Agak lama saya tidak ke Pengkalan Hulu, kali terakhir saya ke sana ialah pada tahun 1998 semasa mengarak Piala Malaysia.

Tapi hari ini saya dijemput menutup program perkhemahan Jati Diri Bangsa Peringkat Daerah Selama yang diadakan di rumah rehat, Pengkalan Hulu kursus 3 hari itu anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Dalam ucapan penutup saya menyarankan supaya maklumat mengenai peluang-peluang belia menceburkan diri sama ada dalam niaga diperluaskan melalui laman-laman web dan blog.

Saya juga berhasrat menyediakan insentif pada belia-belia di Dun Kubu Gajah yang pro aktif dalam bidang itu.
Kira-kira 80 peserta hadir termasuk Pegawai Belia Daerah, Raja Hamidah bt Raja Shah.

26 April 2009

Pasaran Tempatan Wajar diutamakan

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang mengatakan beliau memandang serious masalah memasarkan hasil usaha petani dengan menggerakan FAMA mewujudkan kedai-kedai rakyat.

Sebenarnya banyak sudah sistem dan kaedah yang telah diperkenalkan setiap kali Menteri bertukar tangan, semuanya bagus, tetapi yang menjadi masalah besar ialah di peringkat perlaksanaan.

Masih berlaku birokasi? harga yang ditawarkan kepada petani, tidak setimpal. Saya pernah membawa perkara yang sama di Parlimen. Bahkan ada seorang pemilik tanah yang merungut, katanya sukar untuk beliau mengusahakan tanahnya kerana terlalu banyak kerenah daripada pihak berkenaan bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.

Masalah membantu siswazah yang menggangur di sektor pertanian dalam mendapatkan bantuan pinjaman hendaklah di permudahkan, jika tidak hasrat Kerajaan dalam mengatasi masalah ini tidak akan berkurangan.

Diharap langkah memasarkan hasil petani kita ke pasaraya-pasaraya ternama dan ke pasaran luar, dapat dipertingkatkan lagi. Jika barangan luar mudah menembusi pasaran kita, mustahil produk tempatan tidak boleh di ketengahkan ke pasaran antara bangsa.

Begitulah juga Saya bersetuju dengan ssaranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri supaya kita mengutamakan jenama tempatan.

Namun, masalahnya, jenama dari luar Negara masih banyak di pasaran tempatan dan di harap kempen membeli barangan tempatan hendak lah dibuat secar lebih konsisten dan tidak hanya bermusim.

25 April 2009

Sah Hasbullah SETPOL TPM

Sah, Datuk Hasbullah Osman, dilantik menjadi Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan akan memulakan tugas barunya itu di Puterajaya Selasa ini.

Beliau mengesahkan perlantikan tersebut semalam semasa ditemui di majlis perjumpaan mengenai aspek perundangan Negeri Perak yang disampaikan oleh beberapa orang panel peguam yang diketuai oleh Peguam kanan, Datuk Shafie Abdullah.

Hasbullah yang juga Setiausaha Kerja UMNO Negeri Perak telah menemui Tan Sri Mahyuiddin Yassin semalam. Beliau adalah juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Temenggor, pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali.

Perlantikan Hasbullah telah disambut baik ramai pihak. Sebelum ini beberapa tokoh daripada Perak yang pernah menduduki jawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dan Datuk Seri Aziz Shamsuddin, kedua-duanya adalah juga bekas Menteri Kabinet dan Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah, bekas Anggota ECXO Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baru dijangka mengumumkan pengganti Hasbullah semasa perlantikan Penyandang jawatan-jawatan Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak lama lagi.

Tahniah Hasbullah dan selamat bertugas.

24 April 2009

Hasbullah Setiausaha Poilitik TPM?

Selepas Pucuk Pimpinan UMNO memberi penghormatan kepada ramai wakil Perak menduduki dalam barisan kepimpinan Parti, barangkali akan ada lagi perlantikan-perlantikan baru di kalangan tokoh Negeri ini dalam mengisi kekosongan jawatan di peringkat pusat.

Difahankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin sedang mengenal pasti beberapa calon bagi jawatan Setiausaha Politiknya. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berhasrat melantik dari kalangan orang Johor, negerinya sendiri, Selangor dan juga Perak.

Ahli Dewan Negeri Perak (ADUN) Temenggor, Datuk Hasbullah Osman yang juga Setiausaha Kerja UMNO Negeri disebut-sebut akan dilantik sebagai salah seorang Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri.

Hasbullah sebelum menjadi ADUN pernah menjadi Setiausaha Politik Kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali dan juga ketika beliau menjadi Menteri Kabinet Tun Dr Mathir Mohamed, sebalum pulang bertanding di peringkat DUN Pengkalan Hulu pada pilihanraya Umum 1999.

Hasbullah adalah juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik.

Tahniah Wakil Perak Ramai Dalam MT


Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini.

Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Husni Hadzlah, Menteri Kewangan 11 yang juga Ahli Parlimen Tambun yang dilantik sebagai Bendahari UMNO Malaysia yang baru dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Datuk Seri Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun adalah orang kedua daripada Negeri Perak yang diberi kepercayaan memegang jawatan Bendahari selepas Datuk Seri Azim Zabedi. Orang Perak yang pernah menyandang jawatan di Ibu Pejabat UMNO sebelum ini ialah Allahyarham Datuk Seri Hussein Nordin, selaku Setiausaha Agung manakala Setiausaha Kerja ialah Datuk Nasaruddin Alang Saidin, kedua-duanya adalah bekas Ahli Parlimen Parit.

Tahniah juga kerana empat wakil daripada Perak yang telah dilantik menanggotai Majlis Tertinggi (MT). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazeri Aziz yang juga ketua UMNO Bahagian Padang Rengas dilantik semula. Tiga lagi ialah bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan sri Rafidah Aziz yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ahli Dewan Negeri Perak kawasan Kampung Gajah, Dr Wan Norashikin yang juga Ketua Puteri UMNO Negeri.

Perak kini mempunyai Lapan ahli MT termasuk empat yang menang di perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan jika dijumlah kesemuanya termasuk Naib Presiden dan Bendahari, Perak diwakili oleh Sembilan orang termasuk seorang Naib Presiden yang merupakan paling ramai. Tidak keterlaluan jika Saya katakan bahawa ini adalah satu penghormatan kepada Perak yang baru sahaja mengambil alih pentadbiran Negeri Perak daripada Pembangkang.

Sebelum perlantikan ini, Datuk Seri Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak manakala Timbalannnya ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang turut dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan UMNO lain yang turut diumumkan ialah Datuk Seri Najib sendiri (Selangor), Tan Sri Muhyddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Shafie Apdal (kedah), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Trenngganu), Datuk Seri Mohd Isa Sabu (Perlis), Datuk Mustapa Mohamad (kelantan) manakala negeri-negeri lain pengerusinya kekal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Mazlan, yang juga Ahli Parlimen Pontian pula dilantik Ketua Penerangan UMNO yang baru.

Mereka yang turut dilantik MT ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parliamen Muar, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil khir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik,Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidah Kassim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir,bekas Naib Ketua Pemuda UMNO.

Berdasarkan perlantikan tersebut, Wanita kini diwakili oleh tiga Orang, Pemuda Dua dan Puteri dua orang.

Selain Kementerian Kewangan, Ahli MT yang diwakili lebih daripada dua orang ialah Kementerian, Kementeian Pelajaran (2) dan Kementerian Belia dan Sukan (2) dan Jabatan PM (2).

Diharap mereka yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan akan memikul tanggung jawab dengan penuh didikasi dalam memperkasakan kembali UMNO sebagai Teras kepada perjuangan Bangsa, Agama dan Negara.

Lebih penting lagi dalam persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

DUN Perak 7 Mei Menjadi Tarikan

Ramai yang bertanyakan Saya apakah sidang Dewan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini akan tetap diadakan? Apa kah akan ada kejutan?

Jawapan Saya amat positif, sidang JADI dan Saya telahpun menerima notis sidang tersebut yang dihantar oleh Setiuasaha Majlis.

Turut bertanya ialah Datuk Rahim Md Ariff, Setiausaha Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan bekas Penasihat Undang-Undangnya. Beliau adalah seorang pegawai yang cukup perhatin dengan perjalanan sidang dewan dan sentiasa hadir, terutama mewakili Datuk Bandar.

Banyak juga isu mengenai MBI yang dibangkit dan dibahaskan oleh ADUN. Saya juga sempat bertanyakan kepada Rahim samada perlantikan Ahli-Ahli MBI yang baru telah dibuat. Namun katanya, Kerajaan Negeri sementara menunggu perlantikan tersebut, telah memberi kebenaran kepada Datuk Bandar, beliau dan Bendahari MBI untuk menjalankan tugas melulus projek-projek bagi menggelak kelewatan perlaksanaan.

Saya sempat bergurau dengan beliau,selepas makan tengahari, selepas solat jumaat tengahari tadi, samada MBI bercadang menggurangkan cukai? beliau hanya tersenyum. Apa pun kata Saya tahniah kepada Datuk Bandar, Haji Rashdi Hashim yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ahad lalu. Rashdi adalah bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perak.

Sidang 7 Mei ini adalah yang pertama DUN Perak semenjak Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri, bulan Februari, tahun ini daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang. Sidang kali ini pasti mendapat perhatian rakyat Perak terutamanya dan juga masyarakat luar.

Sidang ini, juga Saya difahamkan akan mendapat liputan luas media tempatan dan asing. Sebelum ini, sidang bawah pokok oleh pihak Pembangkang juga mendapat perhatian ramai.

Mengenai pas masuk ke sidang DUN, pihak Majlis Saya percaya sedang menguruskannya, agar tidak berlaku kesesakan. Mereka yang tidak berpeluang menyaksikannya secara dekat, barangkali pihak berkenaan akan mengadakan siaran langsung melalui internet, sebagaimana sidang terdahulu.

Saya difahamkan, pihak berkenaan, yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini, akan memaklumkan mengenai permohonan mendapatkan pas masuk sidang dewan.

Baginda Sultan Perak yang telah memperkenankan sidang DUN 7 Mei akan berangkat melakukan majlis perasmian tesebut di perkarangan Dewan Negeri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jalan Panglaima Bukit Gantang Wahab, Ipoh..

Ini adalah kali kedua Tuanku Sultan berangkat meresmikan sidang tersebut selepas Pilihanraya Umum 2008. DUN perak mempunyai 59 kerusi. mengikut pecahan, BN (kekal dengan 28 kerusi), DAP daripada 18 kepada 17, Keadilan daripada 7 kepada 5 dan PAS kekal 6. BEBAS kini mempunyai 3 orang iaitu dua daripada Keadilan dan satu dari DAP.

Saya tidak menolak sidang dewan kali berlangsung dalam keadaan panas kerana Kerajaan Negeri terdahulu kini telah bertukar menjadi Pembangkan.

Apa pun sama-sama lah kita tunggu dan lihat. Nasihat Saya setiap Ahli mempunyai amanah dan tanggung jawab, maka laksanakanlah ia mengikut kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi di kawasan masing-masing.

Berikan pandangan dan pendapat yang berfaedah, jauhkan lagi percakaran. Gunakanlah kebebasan bercakap mengikut lunas-lunas demokrasi yang diamalkan. Bersikaplah secara rasional dan bukan mengikut emosi.

23 April 2009

Insentif wujudkan blog dan laman web di sekolah

DUN Kubu Gajah hari ini mengumkan insentif pertandingan sekolah-sekolah rendah dan menengah dalam DUN berkenaan yang berjaya dalam mewujudkan blog atau website masing-masing.
Bagi menjayakan progam ini, DUN Kubu Gajah mendapatkan kerjasama daripada pegawai pendidikan daerah Larut, Matang dan Selama, Haji Ahmad Laizim bin Idris yang bersetuju dengan cadangan saya selaku ADUN Kubu Gajah.

Saya nenyatakan demikian di majlis penyampaian bantuan kumpulan wang amanah pelajar miskin (kwapm) pelajaran DUN Kubu Gajah di sekolah kebangsaan bagan bahru. Turut hadir ialah Haji Ahmad Lazim dan guru besar sekolah kebangsaan bagan baru, Osman Yahya.

Langkah mengadakan pertandingan tersebut adalah selaras dengan perkembangan IT. Dengan adanya website dan blog tersebut, ADUN dan masyarakat tempatan akan dapat mengikuti aktiviti dan perkembangan sekolah dari masa ke semasa.

Saya akan membincangkan bentuk insentif yang akan diberikan itu dengan PPD manakala sebuah panel khas akan dibentuk untuk menilai pertandingan tersebut.

Sementara itu, saya juga mencadangkan agar kementerian pelajaran dapat mengkaji kaedah pemberian bantuan kwapm tahun depan dalam bentuk saham atau simpanan bank bagi menggelakan berlaku salah guna bantuan tersebut.

Budaya Fitnah Merugikan Bangsa

Tuanku Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, melahirkan kebimbangan baginda terhadap kecenderungan penulis di negara ini menghasilkan buku politik bertujuan memburuk individu tertentu.

kecenderungan itu yang semakin popular dan aliran sedemikian jika terus berkembang, dibimbangi akan membina satu budaya penulisan tidak sihat, menyuburkan fitnah, kurang beretika, sanggup mengetepikan fakta dan seterusnya membawa pengaruh negatif dalam perkembangan minda warga.

baginda bertitah demikian di majlis pelancaran buku bertajuk keberanian mengapai harapan karya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, hasil terjemahan Institut Terjemahan Negara, Malaysia (ITNM) di ibu negara, Kuala Lumpur.

Budaya penulisan sedemikian akan merugikan bangsa dalam jangka masa panjang berbanding keuntungan singkat yang bermotifkan matlamat sempit kumpulan atau individu tertentu.

Justeru marilah kita renung nasihat baginda itu dan bersikap positif kerana pembentukan sebuah negara maju juga memerlukan sebuah masyarakat yang bertanggung jawab.

dan bermaksud bahawa "Memfitnah itu dosanya lebih besar daripada seorang Pembunuh" fikir-fikirkanlah.

21 April 2009

Sidang DUN Perak sah

Saya mengadakan majlis taklimat dengan ketua-ketua cawangan UMNO dan ketua Kampung dalam bahagian Larut bagi memperjelaskan isu persidangan DUN Perak pada 7 Mei ini.


Saya memberitahu bahawa sidang tersebut adalah sah dan telah mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang juga akan berangkat merasmikannnya pada hari Khamis.

Saya juga memperjelaskan berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung dengan penyertaan Barisan Nasional (BN) di pilihanraya kecil Penanti

Simpati atas nasib Haji Salleh


Saya melawat rumah naib kadi Kubu Gajah, Haji Mohamed Salleh bin Haji Abdullah yang rumahnya dihempap pokok rambutan akibat ribut kencang malam tadi.


Namun, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam, beliau yang berusia sekitar 85 tahun terselamat kerana berada di tempat lain.

Saya telahpun menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan. Saya juga telah meminta pegawai khas saya untuk membantu membuat laporan polis berhubung dengan bencana tersebut.

Menurut Haji Salleh, usia pokok rambutan itu adalah sama dengan umur beliau iaitu 85 tahun.

Kenapa Mahal?

Kemudahan WIFI dah ada di mana-mana termasuk restoran-restoran nasi kandar. Agaknya, itulah salah satu cara mereka menarik pelanggan.

Kebanyak restoran mejual makanan segera juga menyediakan kemudahan tersebut.

Tetapi agak terkejut juga bila seorang kenalan mengadu ada sebuah hotel bertaraf bintang di jalan Sultan Ismail di bandaraya Kuala Lumpur mengenakan kadar bayaran RM 49 bagi setengah jam.

Logik kah? Seorang lagi teman pula mengadu, beliau juga mengalami pengalaman yang sama ketika cuba menggunakan kemudahan yang sama di sebuah hotel di sebuah negeri di Pantai Timur.

Apabila ditanya, pihak pengurusan hotel hanya memberitahu mereka tidak tahu apa-apa mengenai kadar bayaran tersebut kerana diurus oleh pihak lain.

Dimana kah sikap mesra IT? Justeru di harap, Kementerian berkenaan membuat pemantauan.

19 April 2009

Sultan Perak bertitah dengan Cukup Tegas








DYMM Paduka Sultan Azlan Shah menyampaikan titah ucapan yang cukup menarik perhatian dan menyengat semasa majlis penganugerahan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di istana Iskandariah, Kuala kangsar hari ini.



Baginda antara lain membidas tindakan kumpulan politik tertentu yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru hara selain turut mencemari institusi Raja.


Baginda juga bertitah bahawa baginda sentiasa mendengar dan mengikuti setiap perkembangan yang berlaku dan seseorang Raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka.







Terdahulu, dalam persembahan ucapan taat setia bagi pihak Raja-Raja bergelar, Raja Muda Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertekad untuk pastikan institusi Beraja di Negara ini terus dipertahan dan tidak dipersendakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kader ketika berucap turut menyatakan kesungguhan Kerajaan pimpinaannya membawa kemajuan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan Baginda Sultan.

Dr Zambry dianugerah SPMP


Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah diatas Penganugeragan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri bersempena ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak, kepada:



YAB Dato' Dr Zambry Abdul Kader, Menteri Besar Perak yang juga ADUN Pangkor



YB Dato' Ahmad Husni, Menteri Kewangan 11, merangkap Ahli Parlimen Tambun


YB Dato' Kong Cho Ha


Yang Amat Berbahagia Dato' Dr Abdullah Fadzil Che Wan, Orang Besar Jajahan Kinta

Ikhlas Daripada:

Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar

Dirgahayu DYMM Paduka Seri Sultan Perak


Dirgahayu DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah diatas Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Yang ke 81, dengan iringan doa semoga pemerintahan Tuanku sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T. dan Negeri Perak terus aman dan sejahtera.

17 April 2009

BERITA TERKINI

Sidang Dewan Negeri (DUN) Perak dijadualkan pada 7 Mei 2008 di Dewan Negeri, Bangunan Setiausaha Kerajaan, Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dijadualkan berangkat merasmikan pembukaan persidangan pada hari Khamis. Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader dan Anggota EXCO Kerajaan dan ADUN juga akan hadir.

DUN Perak mengandunggi 59 Kerusi. Barisan Nasional (BN) kini mempunyai 28 wakil, Bebas Tiga manakala di pihak Pembangkang, DAP 18, Keadilan 5 dan Pas 6.

Selepas Pilihanraya Umum Mac 2008, Perak ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang hinggalah Februari lalu, BN berjaya kembali Memerintah.


TOL:

Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah mengarah EPU cadangkan pada Kerajaan satu penyelesaian komprehensif tangani masalah kenaikan kadar tol yang merupakanm bebanan pada rakyat.


BALIK ke ASAL:

Berita utama (Bahasa Melayu) TV1 yang sebelum ini dipindah ke jam 9 malam akan kembali bersiaran pada pukul 8 malam mulai Isnin ini. - Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

16 April 2009

Sidang Dewan Perak

Sidang Dewan Negeri Perak dijangka akan diadakan dalam masa terdekat, barangkali awal bulan depan. Ini ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan bahawa Speaker tiada kuasa untuk mengantung Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader dan Enam Exco Kerajaan Negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Sidang DUN mesti diadakan selewat-lewatya pada 13 Mei iaitu enam bulan daripada tarikh terakhir DUN bersidang pada bulan November yang lalu.

Sidang kali ini pasti menarik perhatian ramai kerana ia adalah yang pertama kali diadakan selepas Barisan Nasional (BN) berjaya kembali mengambil alih kuasa mentadbir Negeri Perak, awal bulan Februari lalu daripada Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Difahamkan sudah ada pemerhati yang berhasrat membuat tempahan awal tempat duduk supaya tidak terlepas peluang menghadiri sidang berkenaan. Liputan daripada media asing adalah juga dijangkakan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak dijangka memberi perkenan Baginda bagi mengadakan sidang tersebut.

Berita-berita Terkini

MENANG: Mahkamah Persekutuan hari ini putuskan Speaker, V.Sivakumar tidak kuasa untuk mengantung Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader dan Enam Anggota Exco dari hadiri sidang Dewan Negeri (DUN).

BERES: Datuk Seri S.Samy Vellu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat hari ini dan MIC tidak akan menarik Menteri dan Timbalan Menterinya dari Kabinet. Isu tidak puas hati, tutup kes.

LANTIKAN: Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Sharizat Jalilh hari ini umum perlantikan Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Pergerakan tersebut.

PERJUMPAAN: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kader malam tadi mengadakan perjumpaan biasa di Ipoh dengan ADUN-ADUN BN. Juga dijemput ialah Tiga ADUN Bebas. Turut hadir bekas-bekas Menteri Besar Tan Sri Ramly Ngah Talib, yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali.

13 April 2009

Sabri Janji Menangani Harga Barang Naik


Jaminan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang baru, Datuk Ahmad Sabri Yaccob untuk berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah kenaikan harga barang keperluan harian sangat-sangatlah dialukan.

Masalah kenaikan harga barang cukup membebankan rakyat dan rakyat sentiasa mempersoalkan kenapa harga barang keperluan tidak turun, sedangkan harga petrol dan diesel sudah pun turun?

Walaupun, tugas berat menanti Ahmad Sabri dalam menangani masalah tersebut, tetapi beliau yang Saya kenali adalah seorang yang gemar berdepan dengan cabaran.

"manusia yang mampu berdepan dengan masalah, dia akan berjaya untuk berdikari" fikir-fikirkan lah.

"hanya mereka yang ikhlas mampu memberi, kritikan yang membina." fikir-fikirkanlah.

12 April 2009

MIC mahu Tarik Diri daripada Kabinet

Pucuk Pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya tunduk kepada sebarang ugutan daripada mana-mana Parti komponen yang mahu tambah wakil mereka dalam Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN pusat diharap jangan bertolak ansur. Difahamkan MIC, dikatakan tidak berpuas hati dengan bilangan wakil mereka yang dilantik dalam barisan kabinet baru Najib.

Saya amat kesal jika benar dengan laporan dalam sebuah Akhbar tempatan, Berbahasa Inggeris yang mengatakan bahawa MIC, sedang menimbang cadangan supaya, seorang menteri dan dua timbalan menterinya menarik diri dari Kerajaan kerana merasakan mereka tidak lagi penting.

MIC dalam Kabinet baru yang diumumkan Najib baru-baru ini, diwakili oleh seorang Menteri, Datuk Dr S. Subramaniam yang dilantik semula di Kementerian Sumber Manusia. Dua Timbalan Menterinya ialah, Datuk M.Saravanan di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Datuk S.K. Devamany di Jabatan Perdana Menteri, yang juga dilantik semula.

Berdasarkan prestasi MIC yang hanya menang tiga kerusi Parlimen dalam Pilihanraya UMUM ke 12 Mac 2008, Parti yang mewakili Masyarakat India, itu telah memperolehi 100 peratus dalam perlantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri dalam Kabinet barunya.

Tetapi, MIC merasakan Kementerian Sumber Manusia bukanlah Jawatan Kanan dan telah meminta portfolio Kerja Raya yang sebelum ini pernah disandang oleh Presidennya Datuk S.Samy vellu hingga beliau tewas di Parlimen Sungai Siput pada Pilihanraya Umum lalu.

MIC sebelum ini juga pernah menyandang jawatan Menteri Pengangkutan oleh bekas Presidennya, mendiang Tan Sri V.Manickavasagam dan mereka agak kecewa kerana ada rakan komponen BN yang telah diberi kerusi tambahan dan portfolio yang baik.

Menurut laporan tersebut, jika pun mereka menarik diri daripada Kabinet, tetapi MIC tetap kekal dalam BN, cuma akan tumpu hanya kepada masyarakat India.

Di Perak, walaupun MIC gagal memenanggi sebarang kerusi di peringkat Dewan Negeri dalam Pilihanraya Umum, lalu, tetapi wakil mereka, Datuk S.Veerasingam telah dilantik menjadi Penasihat Kepada Menteri Besar Perak bertarah EXCO Kerajaan Negeri.

Difahamkan MIC juga telah meminta seorang pemimpin mereka dilantik sebagai Senator dan diberi jawatan Timbalan Menteri.

Selepas Kekalahan Tiga Kerusi Parlimen dan satu Dewan Negeri, Saya merasakan rakan-rakan komponen wajar mennjauhkan diri daripada berbalah, sebaliknya menumpukan kepada memperkuatkan lagi Jentera Parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Kecewa dengan RUSUHAN

Saya amat kecewa dengan kekacauan dan rusuhan yang melanda, negara jiran hingga menyebabkan Sidang ASEAN yang amat penting itu terpaksa dibatalkan.

Namun, syukur alhamdullilah kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri, Datin Deri Rosman Mansur dan rombongan selamat pulang ke tanah air. Najib sendiri kecewa kerana tidak berpeluang menemui pemimpin-pemimpin yang hadir di sidang tersebut. Ia adalah tugas resmi beliau di luar negara, semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Persoalanya ialah apah kah, masyarakat antarabangsa yang seringkali menuntut keamanan dan kesejahteraan sejagat, tetapi pada masa yang sama, terjebak dengan rusuhan dan kekacauan?

Kita bimbang, perkara buruk seperti ini jika tidak dibendung, apa jua sidang antarabangsa yang diatur akan menghadapi kegagalan dan akhirnya merugikan semua kerana banyak masalah yang tertangguh.

Begitupun, pujian seharusnya diberikan kepada pihak berkuasa Thailand kerana berjaya menyelamatkan pemimpin-pemimpin negara asing yang hadir di sidang tersebut, keluar dari pattaya untuk pulang ke negara masing-masing.

Kita mendoakan,agar gelora yang sedang melanda negara jiran kita itu dapat segera dipulihkan, moga-moga apa yang berlaku itu dijadikanlah iktibar kepada kita yang tinggal di Malaysia.

10 April 2009

Team Masa Depan Negara


Tan Sri Muhyddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri yang diberi tanggung jawab besar mengetuai Kementerian Pelajaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam pembentukan Kabinet barunya.

Saya percaya, Najib pasti yakin dengan Muhyiddin jika tidak masakan beliau diserahkan tanggung jawab di Kementerian berkenaan, yang sering menjadi kontrovesi. Muhyiddin adalah seorang yang berpengalaman luas kerana pernah berada di beberapa Kementerian sebelum ini di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Samalah juga dengan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang diberi kepercayaan oleh Najib di Kementerian Dalam Negeri, satu lagi Kemenerian yang sebelum ini disandang samada Perdana Menteri atau Timbalannnya.

Dalam pengumuman kabinet baru Najib, beberapa orang kenalan Saya semasa menjadi Ahli Parlimen, turut juga diberi kepercayaan menjadi Menteri. diantaranya, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadziah, Ahli Parlimen Tambun (Kementerian Kewangan 11), Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis (Kementerian Luar) dan Datuk Kong Cho Ha, Ahli Parlimen Lumut (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Mereka yang dikekalkan pula diantaranya ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh (Kementerian Pertahanan), Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Semporna (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Kementerian Belia dan Sukan), Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang (Kementerian Pengajian Tinggi), Datuk Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Ismail Sabri Yaakob (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Ahli Parlimen Jelebu (Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan) dan Datuk Shaziman Abu Mansor, Ahli Parlimen Tampin (Kerja Raya).

Sementara yang dilantik Timbalan Menteri pula ialah Datuk Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Kementerian Belia dan Sukan) dan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ahli Parlimen Papar yang juga Ketua Puteri (Kementerian Kesihatan).

Manakala yang dikekalkan Timbalan Menteri diantaranya ialah Datuk Dr Wee Ka Siong (Kementerian Pelajaran), Jelaing Anak Mersat (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Joseph Salang Gandum (Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan), Datuk Johari Baharum (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk S.K. Devamany (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pengangkutan), Datuk Rohani Abdul Karim (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Robert Lau Hoi chew (Kementerian Pengangkutan), Noriah Kasnon (Kementerian Tenaga,Teknoloigi Hijau dan Air), Datuk Jacob Dungau Sagan (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI), Datuk Dr Abdull Latiff Ahmad (Kementerian Pertahanan), Datuk Tan Lian Hoe (Kementerian Perdangagan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Chor Chee Heung (Kementerian Kewangan), Datuk Hassan Malek (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Fadillah yusof (kementrian Sains, Teknologi dan Innovasi) dan Datuk Yong Khoon Seng (Kementerian Kerja Raya).

Turut Kembali ialah Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan, Datin Paduka Chew Mei Fun (kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. kedua-duanya dilantik Senator.

Senator Datuk Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin yang dilantik Menteri Wilayah Persekutuan adalah kenalan Saya semasa sama-sama menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Dua lagi muka baru yang turut dilantik ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, yang saya kenali ketika sama-sama berada di dalam Biro Antarabangsa UMNO Malaysia selaku Timbalan Menteri MITI dan Dr Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat, Timbalan Menteri Pelajaran.

Tahniah dan Syabas serta Selamat Bertugas untuk masa depan Negara. di bahu mereka kini, tergalas tanggung jawab besar sebagai pasukan pimpinan Najib untuk memacu kejayaan yang diharapkan oleh rakyat jelata.

Dosa Fitnah Amat Besasr

Jauhilah daripada membuat fitnah, kerana memfitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. Renungan hari Jumaat. Fikir-fikirlah kebaikan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang pernah menegaskan bahawa jangan membuat dosa kering dengan cara memfitnah.

9 April 2009

Kabinet baru Memacu Masa Depan Negara


Kebinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang diumumkan hari ini dilihat mampu memacu kecermelangan bagi masa depan Negara.

Perlantikan TanSri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beberapa muka baru dalam kabinet amatlah di alu-alukan.

Sudah tentu ada sesuatu yang istimewa dan diharapkan oleh Najib bila meletakan orang nombor 2nya, Muhyddin dalam Kementerian Pelajaran.

Apapun Syabas dan Tahniah Najib dan barisan Kabinet barunya.

Terkini 3 ADUN sah

Mahkamah persekutuan putuskan tiga ADUN, 2 PKR dan 1 DAP yang lompat jadi bebas (sokong BN) masih ADUN sah.

5 April 2009

Dr Mahathir Kembali


Selamat kembali diucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Dr Siti Hasmah, semoga UMNO akan terus kuat,mantap dan unggul sebagai parti terulung membela dan memperjuangkan nasib bangsa agama dan Negara.

Saya percaya seluruh ahli Parti gembira dan mengalu-alukan kemasukan semula bekas Perdana Menteri dan Isteri ke dalam UMNO. Ia sebagai petanda yang baik bagi masa depan Negara, terutama selepas perlantikan Datuk Seri Mohad Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Dr Mahathir dan Isteri telah menyerahkan borang menyertai semula UMNO kepada Najib yang juga Presiden UMNO di kediaman beliau pada hari sabtu, 4hb April, sambil disaksikan oleh Keluarga terdekat, termasuk Datuk Mukhriz, yang juga Ahli Parlimen Jerlun.

Kemasukan semula Dr Mahathir dilihatakan bertepatan dengan usaha Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Negeri Selambau, Kedah serta mempertahankan Kemenangan di Dewan Negeri Batang Ai. Sarawak dalam Pilihanraya Kecil pada 7hb April.

Kemasukan semula Dr Mahathir mestilah dilihat dari sudut yang positif oleh semua pihak termasuk di pihak Pembangkang.

Dr Mahathir dijadualkan turut membantu ceramah BN di Bukit Gantang pada 6 April. Ribuan dijangka hadir termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jentera Pilihanraya BN.

3 April 2009

Tahniah Najib PM Baru M'sia


Tahniah Diucapkan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke enam.

Terima Kasih juga diucapkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas segala khidmat beliau sebelum ini, sebagai Perdana Menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamed.

Rakyat Malaysia mengalu-alukan perlantikan Datuk Seri Najib dan berdoa agar Negara terus Maju, Aman dan Sejahtera. Kita juga berdoa agar beliau mampu mengembalikan semula kestabilan politik dan ekonomi Negara.

Datuk Seri Najib adalah Seorang Pemimpin yang tidak asing kepada Masyarakat serantau kerana pernah menerajui beberapa Kementerian dan ramai yang percaya diatas kemampuan beliau untuk membawa perubahan.

Begitupun, beliau seorang tidak akan menjamin apa yang diharapkan itu akan mencapai kejayaan tanpa kerjasama semua pihak termasuk Pembangkang. Kita tidak menolak kehadiran Pembangkang, tetapi biarlah Pembangkang yang mampu memberi pandangan dan kritikan yang membina.

Dengan gandingan Tan sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden dan bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Kita percaya ia dapat membantu Datuk Seri Najib untuk membawa Malaysia ke peta Dunia yang lebih hebat dan dihormati.

Datuk Seri Najib merupakan anak kedua dari Pekan, Pahang dilantik menjadi Perdana Menteri, selepas Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein manakala Tan Sri Muhyiddin adalah Timbalan Presiden dari Johor selepas era Tun Musa Hitam.

Selepas Datuk Seri Najib kini sah menjadi Perdana Menteri, ramai yang ternanti-nanti siapa kah pula bakal dilantik barisan Kabinet baru Beliau. Kita tunggu barangkali pada 8 April ini?

22 March 2009

Ruang Mesjid Semakin Sempit

Jumaat kelmarin, Saya kebetulan berada di Kuala Lumpur dan menunaikan solat jumaat di sebuah Mesjid bersama seorang rakan rapat yang sekarang bermastautin di Ibu Negara.

Kerana terlalu ramai, kami bersama yang lainnya hanya sekadar berada di ruang luar tepi Mesjid berkenaan dan berhampiran dengan anak tangga ke tingkat dua. Begitupun, Saya tetap bersyukur kerana masih dapat menunaikan solat Jumaat, sekalipun sedang musafir.

Bagi, Daud Datuk Haji Taib, ruang yang semakin sempit di situ setiap kali solat Jumaat telah menjadi kebiasaan. Kalau di Mekah dan Madinah, Sembahyang berhimpit-himpit, hingga melempah ke atas jalan raya adalah perkara biasa kerana terlalu ramainya manusia, terutama di musim haji dan di bulan Ramadan.

Saya juga pernah melalui pengalaman menunaikan solat Jumaat pada suatu bulan Puasa di Tempat Meletak Kenderaan di lantai bawah, sebuah Negara Jiran.

Saya bertanyakan Daud, apakah tidak ada usaha untuk memperbesarkan Bangunan Mesjid berkenaan? Beliau hanya tersenyum membisu, sambil menuju ke kereta untuk menghantar Saya ke Hotel Penginapan.

Bagi menggelakan sebarang kesulitan, terutama jika waktu hujan dan panas terik, Mesjid yang mengalami masalah ruang yang sempit, pihak Jabatan Agama Islam wajarlah memantau dan mengambil tindakan segera.

Tabung kutipan sumbangan Orang ramai, tidak cukup bagi menampung bajet memperbaiki bangunan Mesjid, tanpa bantuan pihak yang berkenaan.

Mesjid Baru Pekan Batu Kurau yang menelan belanja RM 1.5 juta, kini telah pun siap, tidak mungkin dapat didirikan tanpa bantuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak yang meluluskan Satu Juta Ringgit. Saya juga mohon sokongan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Sebuah lagi Mesjid Baru yang telah didirikan di Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah ialah di Bagan Bahru.

20 March 2009

Kebebasan Akhbar

Saya tidak bersetuju jika ada mana-mana pihak menghalang MEDIA membuat liputan. Kenapa Kebebasan mereka mesti disekat? Kita seharusnya berterima kasih kepada MEDIA yang selama ini telah banyak memberi kerjasama dalam membantu membuat liputan dan menjadi penyebar maklumat.

Di Barat dan Negara-Negara Maju, kebebasan akhbar sentiasa diberikan perhatian dan keutamaan. Justeru Kita juga seharusnya bersikap posiitif menghormati Kebebasan akhbar andainya Kita mahu terus Maju kehadapan.

Tindakan semua Exco Kerajaan Pulau Pinang tidak membenarkan akhbar New Straits Times buat liputan acara dan sidang akhbar mereka, amatlah dikesali dan ia bukanlah langkah yang BIJAK.

Kita bukanlah lagi seperti di zaman Katak di bawah Tempurong.

Aneh juga sikap Pembangkang sejak kebelakangan ini. Di Perak, Pakatan Pembangkang bertindak mengadakan sidang Dewannya di bawah Pokok.

Di mana slogan KEBEBASAN BERSUARA sebagaimana yang sering dilaung-laungkan oleh Pembangkang?

Bukan Kambing Hitam

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak dijadikan KAMBING HITAM berhubung tindakan yang diambil oleh Lembaga Displin UMNO,demikian menurut Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Beberapa Pemimpin Parti yang lain.

Ramai Pemimpin dan Ahli UMNO yang bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh Ali Rustam termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri RahimThamby Chik.

Di Majlis Memperkenalkan Calon-CalonMajlis Tertinggi UMNO (MT) di seremban Malam tadi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan juga melahirkan rasa simpati beliau dan memuji sikap rakan sejawatan beliau dari Melaka itu yang berjiwa Besar dan masih bersedia hadirkemajlis anjran UMNO tanpa menunjukan sebarang reakasi yang negatif.

Ali Rustam juga menerima tindakan Jawatankuasa Displin itu dengan Hati Terbuka. Jusdteru Kita berharap janganlah ada pandangan-pandangan negatif. Tan Sri Mahyuddin Yassin juga telah menolak sebarang Fitnah yang mengasitkan diri beliau dengan isu tersebut.

Demi Masa Depan UMNO Perpaduan itu amatlah penting, seperti kata Menteri Luar,Datuk Seri Rais Yatim, berilah perluang perubahan kepada pucuk Pimpinan Baru.

Nasihat Berguna Raja Muda Perak

Saya amat tertarik dengan Titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin yang telah Menekankan betapa Melayu Jangan Jadi Alat Runtuhkan Institusi Melayu.

Kita Berbangga adanya Seorang Raja Pemerintah yang Berpandangan Jauh demi masa depan Orang Melayu itu sendiri.

Ibarat kata,Ibu Bapa dikasihi, Masyarakat dihormati, Ulama disegani dan Raja ditaati.

Justeru pada Hari Yang Baik ini,MarilahKita sama-sama renunggi Nasihat tersebut demi kebaikan semua, Rakyat yang cintakan Keamanan dan Kesejahteraan.

16 March 2009

MBI BERTINDAK

Tindakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meroboh papan Tanda berdekatan Pokok tempat yang dikatakan berlangsungnya Persidangan Tergempar Dewan Negeri Pakatan Rakyat,mestilah dilihat dari sudut positif.

Barangkali iaboleh dijadikan panduan berguna kepada sesiapajuga,kerana apa juga yang hendak dilakukan keatas Tanah Milik Sesiapa juga wajarlah mendapat izin Pemiliknnya.

15 March 2009

BN KEMBALI TADBIR PERAK

Asalamuaikum, Apa khabar, Saya kembali untuk update blog Saya. agak sibuk juga kebelakangan ini. Maklumlah Kerajaan Barisan Nasional kembali metadbir Negeri Perak, selepas kira-kira sebelas bulan, Negeri bijih timah ini diterajui oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Ramai yang ingin tahu keadaan sebenarnya yang berlaku di Perak selepas Menteri Besar Perak yang baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir mengangat sumpah jawatan atas perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Begitupun, Kejayaan BN mengambil alih semula Negeri Perak adalah berkat Kehadiran, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang Menerajui Badan Perhubungan UMNO dan BN Negeri.

Saya sendiri telah memberi taklimat khas kepada Ahli-Ahli UMNO di Bahagian Larut mengenai dua isu yang berbangkit. Penjelasan berhubung dengan penubuhan Kerajaan Baru BN Perak, selepas majlis angkat sumpah Anggota EXCO dan terbahru mengenai pertikaian Sidang Tergempar Dewan bawah Pokok.

Penjelasan itu perlu dilakukan bagi menggelakan sebarang kekeliruan di kalangan Rakyat. Ramai yang kecewa dengan tindakan demonstrasi segelintir mereka yang tidak bertanggung jawab hingga menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar. Ada yang tergamak menghalang Kenderaan DYTM Raja Muda Perak.

Perbuatan itu sungguh memalukan. Kita melaungkan slogan mempertahankan Ketuanan Melayu, tetapi pada masa yang sama ada juga yang bersikap terlampau yang menjejaskan institusi Raja-Raja.

Barangkali ada yang lupa bahawa Raja-Raja Adalah Payung Perpaduan. UMNO dan BN sentiasa mempertahankan instisusi tersebut dan mendaulatkannnya. Pendaan Perlembagaan sepertimana yang dilakukan adalah semata-mata bagi memperjelaskan lagi Kuasa Raja.

Satu Persoalan yang timbul, ketika Kerajaan Pakatan Rakyat berpeluang mendirikan Kerajaan Perak, Tuanku Sultan yang sama yang memberikan perkenan. Ia juga mengikut proses undang-undang yang sama. Tetapi, ketika BN pula berpeluang berbuat demikian, kenapa mereka tidak boleh menerima hakikat yang sebenar? Ketika itu, mereka tidak pula diganggu oleh BN.

Barangkali selepas Kerajaan BN Negeri Perak setelah mendapat perkenan Tuanku bagi mengadakan sidang Dewan Negeri sebelum berakhir Mei ini, segala kekusutan akan terlerai dan pentadbiran Dr Zambry akan beradala di landasan yang betul bagi membawa kemajuan seterusnya.

Yang Pasti, Kerajaan BN sekarang adalah Kerajaan Negeri yang sah. Saya sendiri berpeluang memberi penjelasan, mengenai kedudukan yang sebenar mengenai kestabilian politik di perak ketika di temui rakan dan orang ramai di beberapa Negeri yang Saya lawati.

Mereka juga bertanya apa kah di zaman moden ini, masih ada Manusia yang sanggup bersidang di bawah Pokok? Mereka ini, Saya rasa eluklah juga menonton Filem DO RE ME arahan dan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, barangkali Mereka boleh ambil sedikit tauladan agar mereka jangan lagi berada di bawah tempurung.

Nasihat Saya jika ada Sidang Dewan Negeri, datang-datanglah untuk mengikutinnya supaya Mereka boleh tahu sejauh mana Kuasa yang ada kepada Speaker. Saya juga harap Persidangan itu juga akan terus dilayari di laman web Kerajaan Negeri secara langsung bagi Mereka yang tidak ada masa untuk ke Dewan.

Akhir kata, semoga Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan kembali semula ke tangan BN, sebagaimana BN Perak berjaya mendapatkan semula pentadbiran Kerajaan Negeri. Semuanya ini adalah berkat UMNO dan BN Perak diterajui oleh Dato' Seri Mohd Najib.