Template by:
Free Blog Templates

7 May 2009

DEWAN PERAK KECOH

Saya cukup kecewa dengan apa yang telah berlaku sepanjang sidang Dewan Negeri Perak (DUN) pada hari.

Suasana tegang dan tidak berdisplin yang tidak seharusnya dipamerkan oleh anggota-anggota pembangkang. Sebagai pengubal Dasar dan Undang-Undang, mereka seharusya akur dan berpegang kepada semangat untuk menjalankan tanggung jawab dengan penuh didikasi.

Sekalipun berdepan dengan tentangan hebat daripada pihak pembangkang, bekas ADUN Sungkai, Datuk R.Ganeson akhirnya dipilih Speaker Dewan Negeri Perak (DUN) yang baru.

Nanam beliau dicalonkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambery Kadir dan disokong oleh Exco Hamidah Osman dan disambut sebulat suara oleh 28 anggota Barisan Nasional (BN) dan Tiga dari Bebas.

DUN menjadi kecoh apabila bekas Speaker V. Sivakumar dari pakatan Pembangkang enggan memulakan sidang, walaupun Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah sedia menunggu bagi melakukan majlis perasmian.

Pertikaman lidah dan suasana tegang dapat dilihat di antara dua belah pihak yang tidak berpuas hati dengan cara Speaker mengendalikan urusan Mesyuarat.

Baginda bagaimanapun, akhirnya dijemput masuk oleh Ganeson bagi memulakan majlis perasmian. Tuanku Raja Muda yang diiringi Tuanku Raja Puan Besar Perak kemudian bersalaman dengan semua anggota DUN sebelum berangkat pulang.

Sidang kemudian ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

2 comments:

Melayu Boleh said...

harap dewan terus aman damai untuk mmbincangkan masaalh rakyat bukan masaalh wakil rak yat .haprak tullah

Anonymous said...

Tahniah Dato' kerana berjaya di dalam rampasan kuasa di Dewan Undangan Negeri Perak. Memang hebat betul ADUN BN. Saya kagum dengan kerakusan dan juga kebijaksanaan BN dalam menggunakan segala kekuatan yang ada (menggunakan polis, FRU dsbNya) untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Perak. Hebat, memang hebat. Tapi harus diingat, kehebatan Dato' dan juga ADUN BN yang lain dalam menelanjangkan DUN akan diajar melalui PRU13.