Template by:
Free Blog Templates

27 May 2009

Awang Adek Yang Tidak Mudah Mengalah


Rabu, 27 Mei 2009 - Saya menemui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Husein di pejabat Putrajaya dan berpeluang membincangkan masalah yang boleh membantu rakyat.

Beliau yang kelihatan ceria menyifatkan dirinya bagaikan "mati hidup semula" dalam politik. Setahun Dr. Awang menggangur, selepas kalah dalam Pilihanraya Umum (PU) ke-12 yang lalu di Parlimen Bacok. Tetapi, dalam pembentukan kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Kewangan menggantikan Datuk Seri Husni Hanadzlah, yang dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kewangan kedua.


Dr. Awang amat berterima kasih kepada Najib yang telah melantik beliau sebagai Senator. Beliau yang berjaya menggekalkan Majlis Tertinggi (MT) juga diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dr. Awang yang saya kenali adalah seorang pemimpin mudah dihubungi dan tidak perlu buat sebarang temu janji. Beliau kerap turun ke padang untuk mendekati rakyat. Ramai ahli parti yang senang dengan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara ini yang kuat bekerja. Pernah ketika saya menghubungi beliau, beliau masih lagi berada di pejabat.

Bagi Dr. Awang, kawan-kawan adalah sumber inspirasi dan tanpa mereka siapalah beliau hari ini.

0 comments: