Template by:
Free Blog Templates

8 May 2009

DUN PERAK, TRAGIDI PAGI KHAMIS

Saya akan menceritakan segala yang berlaku sepanjang sidang Dewan Negeri (DUN) sepanjang ingatan Saya dalam blog ini, secepat mungkin semoga kita dapat berkongsi bersama.

Detik dan peristiwa yang cukup malu, ngeri dan menakutkan. perasaan ini turut dikongsi bersama oleh bebrapa pemerhati yang hadir dan menceritakan kepada Saya.

Bekas seorang Speaker juga melahirkan rasa takut ketika menghadiri sidang tersebut. Ramai juga teman-teman ADUN termsuk di sebelah pihak pembangkang yang juga ternyata-nyatakan dan merasa hairan kenapa sepanjang sidang tersebut Saya banyak berdiam diri dan bertindak menyabarkan rakan-rakan ADUN yang lain dan tidak sebagaimana biasa bila ada sidang dewan.

Rakan-rakan daripada Media juga merasa hairan dengan perangai Saya semalam. Saya cuma tersenyum ketika memnjawab pertanyaan mereka.

Sehari sebelum sidang bermula, Kami ADUN-ADUN BN telah berkumpul di Kediaman Menteri Besar Perak, bertemu dan membincangkan mengenai hal dewan yang akan kami hadapi keesokan harinya.

Saya tiba agak lewat kerana pulang daripada Kuala Lumpur. Begitupun, Mesyuarat yang dijadual bermula jam 8.30 malam masih belum bermula kerana menunggu ketibaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dari satu majlis lain.

Semua ADUN BN hadir dan mendengar taklimat daripada Menteri Besar. Saya dan beberapa orang rakan yang lain juga ada memberi pandangan dan pendapat semasa sesi perbincangan tersebut.

Selepas pertemuaan kami berakhir, kami semua meninggalkan kekdiaman Menteri Besar. Saya tetap seperti biasa, tidak panik dengan sidang yang akan berlangsung keesokannnya, walaupun tidak menolak berlaku ketegangan sebelum sidang dewan bermula.

Namun, bagi menenangkan fikiran Saya bersama berberapa orang teman keluar untuk minum di sebuah restoran di Bandaraya Ipoh, menjelang pagi. Kebetulan restoran itu buka 24 jam dan ramai pelanggan sedang menonton perlawanan separuh akhir bola sepak antara Kelab Chelsea dan Barcalona.

Kebetulan ada juga beberapa orang teman yang sedang minum di situ. Selepas berakhirnya perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dan riuh rendah dengan sorakan, saya percaya penyokong kedua belah kelab, jam telah menunjukan pukul 5.30 pagi. Kami pun pulang.

Pada awal pagi Khamis, 7 Mei, setelah bersiap-siap Kami berkumpul di Pejabat Menteri Besar di Banguna Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab untuk sarapan pagi bersama Dr Zambry dan tetamu yang lain.

Kami sempat lagi berborak kosong sehingga semuanya telah berkumpul, kami bergerak keluar ke bagunan sebelah bagi menyambut keberangkatan Tuanku Pemangku Sultan Perak ke majlis pembukaan sidang dewan.

Keberangkatan tiba, Tuanku disambut Menteri Besar dan Speaker DUN serta isteri masing-masing. Selepas upacara memeriksa perbarisan selesai, Kami semua beredar ke Dewan persidangan.

Semua yang hadir termasuk kami diwajibkan melalui pemeriksaan keselamatan, sekaipun kami telah disediakan pas khas oleh pejabat SUK.

Dalam dewan, seperti biasa kami akan duduk di tempat duduk yang telah ditetapkan oleh pejabat Speaker. Sebagaimana amalan biasa, Menteri Besar dan barisan EXCO serta ADUN daripada Kerajaan akan duduk di barisan sebelah kanan daripada tempat duduk Speaker.

Tetapi, setibanya kami, tempat duduk kami telah ditetapkan juga di tempat lama dan kami tidak terkejut dengan keadaan itu kerana kami telah menjangkakan ia akan berlaku.

Speaker DUN (V.Sivakumar) kemudian memaklumkan bahawa beliau telah menetapkan tempat duduk semua ahli dewan termasuk termasuk tempat duduk Setiausaha Kerajaan (SUK), Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan.

Beliau juga telah memerintahkan timbalan Speaker, SUK, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan agar mengambil tempat yang telah beliau tetapkan.

Namun, kerana didapati mereka enggan berbuat demikian, Speaker telah menggunakan haknya untuk meminta mereka keluar meninggalkan dewan.

Ketegangan mula tercetus, sebaik beliau meminta Menteri Besar dan Kesemua Enam EXCO keluar meninggalkan dewan. Beliau juga mengarahkan supaya ketiga-tiga DUN yang kini menjadi ahli Bebas meninggalkan dewan.

Setiasauha Dewan cuba menjalankan tugasnya, tetapi telah di halang. daripada tempat duduk asalnya hingga lah ke mana juga Encik Abdullah Untong cuba mendapatkan micro phone di mana-mana meja ADUN untuk bercakap.

Tetapi, Speaker tetap bertegas menyatakan bahawa sidang tidak akan bermula selagi, perintah beliau tidak dituruti. Pada ketika itu, Tuanku Pemangku Raja berada di Kamar Diraja menunggu untuk bertitah merasmikan sidang Dewan.

Akhirnya, Menteri Besar terpaksa mengusulkan Perlucutan Speaker. Di sini lah drama bermula. Dalam keadaan cuba dihalang oleh segelitir ahli pembangkang, Dr Zambry tetap meneruskan usul melantik Speaker Baru dengan disokong oleh Anggota Exco Hamidah Osman yang telah disambut sebulat suara 31 ADUN sebagai tandapa majoriti memilih Datuk R.Ganesoin. DUN Perak mempunyai 59 kerusi.

Bersambung.

0 comments: