Template by:
Free Blog Templates

21 May 2009

Mereka Yang Digugurkan Hilang?

Saya hairan kenapa susah sangat hendak menghubungi rakan-rakan Wakil Rakyat yang telah digugur atau tidak dipilih semula dalam kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kalau sebelum ini, mereka ini sangat senang hendak dihubungi dan bertemu, tetapi selepas tidak lagi dilantik semula dalam kabinet, mereka hilang entah kemana. Kiriman sms juga tidak mendapat balasan.

Saya memahami keadaan mereka, tetapi diharap mereka jangan lah merajuk atau membawa diri. Yang saya tidak faham ialah sebelum ini semangat mereka begitu berkobar-kobar memberi nasihat, tetapi sekarang jati diri mereka entah ke mana?

Jika hendak dikira mereka yang kecewa tidak terpilih atau dilantik dalam jawatan kerajaan, masih ramai. Itu tidak dikira dengan individu yang menjadi payung terjun dan mencetuskan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada orang-orang tempatan yang telah lama bertungkus lumus memperkuatkan menjaga bahagian.

Saya menyeru kepada rakan-rakan tadi agar tampil ke hadapan dan membantu barisan kepimpinan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib dalam membuat persediaan menghadapi PU ke 13.

Ingatlah nasihat saya ini walaupun ada di kalangan mereka yang hilang jawatan dan pangkat, tetapi jangan lah sampai diantara kita hilang kawan.

Semantara itu, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin dan bekas menteri yang menghantar rakyat Malaysia yang pertama ke Stesen Angkasa Lepas, Saya difahamkan beliau akan dilantik menjadi Duta, mudah-mudahan menjadi kenyataan.

2 comments:

Anonymous said...

biaselah tu datuk.. minda kebendaan yg digarap umno memang mcm tu lah akibatnya. masa tengah berada diatas berpidato/berhujah mengalahkan peguam hindustan,.tapi bila berada dibawah/disingkir lari membawa diri..lebih bahaya lagi kalau dah jadi SPY pembangkang.huhh.camni kah otak diaorng.

taipingmali said...

Datuk Seri,

Saya telah bercakap perkara ini selepas PRK 59. Semasa hari pengumuman calon di Padang Kota jaya , ramai bekas-bekas wakil rakyat muncul. tetapi sewaktu 7 hari berkempen di mana mereka?

Apalah salahnya jika dalam tempoh itu turun bertemu pengundi sekali dua untuk menarik pengundi supaya menyokong kita.

Pas lain, semangat mereka tinggi. yang tua datang bertongkat. yang dalam pantang mengusung anak. yang muda mengusung yang uzur.

Jika pengundi ada 30 ribu dan 50 ribu ahli umno yang turun rasanya tenggelam Pas..