Setuju atau tidak sekiranya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berdebat dengan Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung kemelut politik Perak?
Debat itu Saya cadangkan dibuat secara siaran langsung oleh mana-mana stesyen televisyen tempatan di Bandaraya Ipoh. Penganjurnya diserahkan kepada Agendadaily, Berita Portal yang berpengalaman dalam hal ini.
Agendadaily pernah menjadi penganjur bersama TV 3 dalam debat antara Ahmad Shabery Cheek VS Anwar Ibrahim yang diadakan di Bangunan Dewan Bahasan dan Pustaka, Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat.
Jika debat ini diadakan Saya percaya umum dapat penjelasan sebenar punca krisis politik di Perak, selepas Kerajaan Pakatan Pembangkang kehilangan suara Majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
4 comments:
bagus tu... tapi takut nanti abang2 polis pulak yg dijemput menjadi VVIP dan rakyat pulak dijemput kebalai minum teh tarik..
Salam yb.Bagus juga cadang yb ini,saya setuju sangat.saya rasa seluruh rakyat perak akan terima idea yb ini.tetapi dengan syarat debat itu kita buat kat padang pasar malam sg.tapah.debat hendahlah di siar secara langsung ke seluruh negara.sebab saya syorkan tempat debat tu kerana jangan ada campor tangan polis.kalau buat debat di kampong melayu bagus sebab orang melayu akan lihat sendiri gelagat pemimpin pujaan mereka.macam mana yb setuju ke cadang saya ini?,jangan buat dekat balai polis pulak.kalau tak setuju kat sg.tapah kita buat dalam kem renjer tambun lagi bagus tentera boleh kawal.yb kena faham kehendak rakyat sebab dah hilang kepercayaan pada polis dan bn.kalau najib kata rakyat jangan salahkan dia dalam kemelut di perak.rakyat pulak nak juga cakap kat najib jangan salahkan rakyat sebab telah nampak semua apa yang dia dan buat.sekian yb.
YB Datuk. Satu cadangan yang boleh difikirkan tetapi belum ada debat yang berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Jika debat masih berguna, YAB DS Zambry tidak perlu turun memandangkan beliau ialah MB yang sah sedangkan YB Nizar hanyalah ahli parlimen dan ADUN. Untuk berhadapan dengan Nizar seorang ADUN biasa pun sudah memadai. TK
YB Dato Raja...kenapa dipromosikan hal debat tu di sini. Kan lebih baik diusulkan kepada empunya tubuh. Tanya pada yang membaca, tentula setuju, apatahlah kalau kami di pihak Pakatan Rakyat. Saya belum lagi come across wakil Pakatan Rakyat yang menolak cadangan debat. YB Dato Raja tanya dengan YB Pangkor samada dia berani atau tak. Kalau dia berani, saya tak nampak YB Dato Seri Nizar akan tolak.
Ini buang masa saja sekadar nak penuhkan blog YB Dato Raja. Polis suruh duduk dalam balai dan berek masing masing saja, jangan ganggu debat ni.
Tentang komen Guru Bashid, saya setuju partly bahawa debat itu sekadar mencanangkan populariti tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah, tetapi tidak setuju tentang calon yang nak turun debat. Kenapa pulak tak bagi YB Zamri berdepan dengan YBDS Nizar? Sebab YB Zamri takde kualiti ker? Kalau nak buat juga, memang wajar YB Zamri dan YBDS Nizar bersemuka sebab mereka adalah calon MB Perak. Amacam cikgu?
Post a Comment