Hingga ke hari ini, masih ramai yang bertanya dan ingin mendengar cerita sebenar yang berlaku di sepanjang sidang Dewan Negeri Perak (DUN) Khamis lalu.
Mereka yang bertanya termasuk dari kalangan NGO. Bahkan, semasa sidang dewan sedang berlangsung pun Saya terima banyak panggilana dan SMS, hinggakan tidak menang tangan untuk membalas.
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pun ada yang telah menalipon dan meminta untuk berjumpa kerana ingin mendengar cerita sebenar. Ada beberapa orang rakan sempat "mengusik jangan pulang rumah dulu, datang sini lah, dulu, kami tunggu ni."
Seorang rakan Saya juga terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke Ibu Kota, Kuala Lumpur, kerana tidak sabar hendak mendengar cerita sebenar berlaku di sidang berkenaan.
Dan ternyata ketika memperjelaskan perkara sebenar berlaku di sidang dewan Khamis lalu, ramai yang merasa dukacita dan tidak terfikir langsung keadaan seburuk itu.
Mereka cukup sedih kerana Pemangku Sultan Perak yang berangkat untuk merasmikan sidang dewan telah dihina sedemikian rupa hingga terpaksa menunggu berjam-jam lamanya sebelum berjaya masuk ke dewan untuk bertitah.
Ada di kalangan mereka juga terkejut bagaikan tidak percaya dengan sikap "cool" Saya malah bertindak pula menghalang rakan-rakan ADUN BN yang lain daripada bertindak menyerang pihak Pembangkang. Saya hanya melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih.
Kata Saya, Apa yang berlaku dalam sidang dewan khamis lalu adalah sejarah dan saya tidak mahu mengotor sejarah hidup saya dengan tindakan yang berbau kotor. Berdiam diri bukan bermakna kita mengalah. Mereka yang bertindak ganas dan liar pula bukanlah seorang hero.
Seorang kenalan berbangsa cina juga menyatakan kepada Saya betapa malunya mereka melihat kejadian yang berlaku dalam sidang dewan dan mereka tidak menyangka perkara seumpa itu boleh tercetus di Negara ini.
Katanya, Masyarakat Luar Negara beliau pasti turut mengikuti insiden buruk samada melalui Internet, media elektronik atau cetak dan beliau tidak dapat bayangkan jika ketika ini sedang berada di luar Negara dan dihujani dengan pertanyaan mengenai sidang dewan Perak.
Saudara Saya yang tinggal di Negara Jiran juga merasa hairan bagaimana peristiwa seburuk itu boleh tercetus dan memalukan. katanya, beliau berdoa agar perkara seperti itu tidak berjangkit ke tempatnya.
9 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bro, saya bukan ahli DAP, PKR atau PAS. Tapi saya pasti tidak boleh menerima cara UMNO dan BN... kalau kita bersemuka di hotel minum kopi pun susah saya nak terima penerangan YB.. Apa pun pilihanraya semula adalah yang terbaik bagi semua..
salam...
Siapa pun anda...budak kuala kenas....tak penting..yang penting mengapa ada double standard dalam menilai parti politik di Malaysia?
Jika Pakatan Rakyat inginkan peralihan kuasa melalui Pujukan 30 MP BN pd 16 September 08, Mengapa pakar undang2, dan semua berdiam dan seolah2 menerima cara tersebut?
Mengapa apabila Sorang Adun BN dari perak pergi ke PKR...ramai yang sambut dengan berlapang dada....
DAN
apabila berlaku sebaliknya...3 ADUN PR menjadi bebas dan menyokong BN....BN dilihat bersalah dan dinilai sebaliknya...Mengapa???
Mengapa Eliz Wong diampunkan dan jika dia dari BN...pasti disumpah seranah...Mengapa??
Kerana anda dan semua rakyat meletakkan standard yang tidak sama untuk PR dan BN....
Fikirkan Kelantan yang pada 2004 hanya berkelebihan 1 kerusi mampu diperintah dengan aman....mengapa?
Alahai pakteh...takyah dok tanya la mengapa. Tunggu PRU 13 atau tunggu pembubaran DUN Perak. Kita tengok siapa yang kena...
Mungkin mata hati dan kepala pakteh dah buta tak tahu nak menilai.
Untuk YB Tok Raja, takyah nak lagak citer perkara yang sebenor, memang dalam UM, BH, NST, Star, Kosmo, Sinar Harian, takda cerita dan gambar insiden dalam DUN. Pakteh buka Malaysiakini.com dan tengok dengan mata kepala sendiri apa yang sebenornya berlaku dalam DUN.
Dato..amacam? Tak nak tulis pulak ke apa yang orang ingin tahu cerita di kamar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur? Tolong la ceritakan! Ramai yang nak tahu sebab die orang tak tahu. Berita dalam UM/BH/Kosmo/TheStar/NST lambat keluar. pakteh tertunggu tunggu tulisan Dato untuk die komen.
Allahu Akhbar. Allah itu maha kaya dan maha adil. Di akhir zaman ini, Allah tidak menunggu lama untuk membalas setiap perbuatan maklukNya, samada yang baik mahupun yang jahat.
Kita tunggu nanti keputusan YB MB DS Nizar mengadap Tuanku Sultan atau Pemangku Sultan bagi membubarkan DUN Perak.
Post a Comment