Kemelut Politik Perak, semakin menjadi perhatian. Di mana-mana, ramai yang asyik bercakap mengenai masa depan negeri tersebut, jika tiada pelaburan, sedangkan agenda untuk membasmi kemiskinan masih menjadi keutamaan.
Satu persoalan yang timbul di kalangan beberapa orang individu ialah mengenai kedudukan kemiskinan tegar di Perak yang dikatakan bilangannya yang tertinggi di kalangan Negeri-Negeri di Semenanjung hingga ke paras melebihi 3,000 orang.
Jika benar usaha untuk membasmikannnya tidak lagi boleh dilenggahkan. Saya sendiri berharap perhatian yang lebih serius wajar diberikan kerana ia amat mengejutkan saya setelah setahun menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) selepas menang dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu.
Justeru, pelaburan amat penting, jika rakyat ingin melihat pembangunan terus berjalan lancar dan dilaksanakan mengikut jadual terutama bagi membasmi kemiskinan tegar di kawasan-kawasan yang memerlukan perhatian serius termasuk di DUN saya sendiri di Kubu Gajah.
Tetapi, jika suasana politik di Perak masih bercelaru, bagaimana ia dapat memikat dan meyakinkan pelabur? tanya Ahli Perniagaan, Datuk Ismail Mokhtar Mohd Noor dan Encik Razali Khalid, bekas Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Perak, kini Ahli Perniagaan yang disambut oleh Encik Mohd Ghazali Tan Sri Osman yang juga Ahli Perniagaan,Dr Murshid Che Chik serta bekas Pengarah Penguatkuasa Imigresen Malaysia, Datuk Ishak Mohamed (Pak Sako), yang turut mempersoalkan mengenai angka kadar kemiskinan tegar di Perak yang dikatakan paling tinggi.
Dalam pertemuan ini kami sama-sama memikirkan masalah yang sedang dihadapi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terus menerima serangan daripada pihak pembangkang mengenai peralihan kuasa Negeri Perak kepada BN.
29 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Apa tindakan Datuk Seri bagi menangani masalah ini, terutama DUN Kubu Gajah.
Post a Comment