Template by:
Free Blog Templates

20 May 2009

Zambry Tenang Menghadapi Semua Dugaan

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan majlis baca yassin dan solat hajat pada hari ini Selasa, 20 Mei 2009, kebetulan 100 hari menjadi Menteri Besar Perak.

Beliau dan isteri mengadakan majlis kesyukuran di kediaman Menteri Besar, di Jalan Sultan Idris Shah pada hari ini, Selasa 20 Mei 2009.

Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Negeri (DUN) Pangkor mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada hari Jumaat 6 Februari 2009 di Istana Iskandariah yang turut disaksikan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Selepas itu, kemelut politik Perak berpanjangan hingga ke hari ini dan esok . 21 Mei 2009 Mahkamah Rayuan Putrajaya akan membuat keputusan berhubung dengan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lepas berhubung isu Menteri Besar.

Mengikut sejarah politik Perak, Krisis ini adalah yang kedua. Selepas Pilihanraya UMUM 1974 tercetus krisis bekas Menteri Besar Perak, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi dengan Istana berpanjangan beberapa tahun.

Dr Zambry ketika menemui ketua-ketua UMNO Bahagian di mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri. Semalam kelihatan optimistik bahawa kemelut itu akan dapat ditangani secara bijak, cuma menunggu ketikanya sahaja.

Beliau berharap sokongan padu rakan-rakan Ketua UMNO Bahagian selepas dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang baru.

Dr Zambry yang tidak bertanding Majlis Tertinggi (MT) mendapat sokongan Timbalan Pengerusi UMNO Perak yang baru, Datuk Seri Husni Hanazlah yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Bendahari UMNO Malaysia.

Beliau bagaimanapun, menangguhkan pengumuman Perlantikan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan serta Pengerusi Biro-Biro ke suatu masa. Mesyuarat berakhir sekitar 12.30 malam.

1 comments:

Unknown said...

assalamulaikum..
begitu banyak perubahan yang berlaku di blog YB. Tahniah. Sekurang2 nya YB tau peri pentingnya bloging dalam dunia politik.

Saya cukup mengagumi usaha YB dalam menganjurkan debat terbuka. People will getting know who is better man to be PERAK MB~