Template by:
Free Blog Templates

15 May 2009

Dr Mahathir Pun Tidak Setuju Bubar DUN Perak


Ramai yang bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahaathir Mohamed bahawa rakyat dah bosan dengan pilihanraya jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarbarkan. Justeru beliau mencadangkan Barisan Nasional (BN) kemukakan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin di DUN.

Bekas Perdana Menteri yang berkhidmat lebih 20 tahun itu pasti lebih faham dengan situasi politik sekarang maka sebab itu tidak setuju DUN Perak dibubar sebagaimana pendapat setengah pihak termasuk Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, kelmarin.

Pilihanraya bukan jalan penyelesaian Krisis Politik di Perak, sebaliknya kekalutan adalah disebabkan pihak Pembangkang,masih berkeras tidak mahu menghormati kedudukan majoriti yang diperolehi oleh BN di DUN pada masa ini.

Jika Pembangkang bersikap Gentleman dan bekerjasama dalam hal ini, isu kemelut tersebut telahpun lama selesai. Rakyat keliru disebabkan mereka lah yang mengelirukan fakta yang sebenar.

Soal 3 ADUN Pakatan Pembangkan yang keluar menjadi ahli BEBAS dan menyokong BN, itu adalah keputusan mereka sendiri. Kenapa, mereka keluar daripada Pakatan, tanyalah mereka sendiri, mereka yang lebih tahu.

Mereka bukan melompat masuk BN, mereka masih menjadi ADUN Bebas, tetapi menyokong Kerajaan BN. Tetapi bagaimana pula, bila ada seorang daripada ADUN BN (Datuk Nasaruddin Hashim) sebelum ini menyertai mereka, mereka kata tidak salah pula???

Justeru jangan lah asyek, bila untung kepada mereka semulanya halal, tetapi kalau BN, semuanya tidak betul. Kita tidak pernah mempertikaikan keputusan Mahkamah, tetapi bagaimana pula dengan mereka?

4 comments:

taipingmali said...

Harap DS Raja dedahkan kejadian Dap yang mengganas pada 7 Mei 09 dalam DUN lalu.

ALAM said...

HANYA ORANG YANG BODOH SAHAJA YANG SANGGUP UNTUK MENAFIKAN BAHAWA 28 LEBIH BESAR DARIPADA 31. ORANG-ORANG YANG BODOH INI TIDAK SEPATUTNYA MENJADI PEMIMPIN UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

TERUSKAN PERJUANGAN YB, SEMOGA ALLAH MERESTUI PERJUANGAN YANG YB LAKUKAN.

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN.

Anonymous said...

Taiping Mali..lu tengok itu Malaysiakini punya website atau YouTube. Lu boleh jumpa itu videoklip insiden dalam itu dewan. Lu tatau baca olang puteh ka? Itu video dalam, dia olang tatak cakap olang puteh, tapi cakap Melayu. Lu mesti boleh paham punya.
Alam..itu 3 olang lebih punya, itu UMNO/BN sudah bawa lali oo..sudah kina culik. Dia olang tatak belani lawan itu juta juta duit punya. So tatak nilai ooo...
Untuk YBku Dato Raja..cuba tulis bagi habis. TDM cakap tak perlu ada PRN sebab takut BN kalah. Cerita tak abis, tu yang jadi masalahnya sebab tu warga UMNO tak pernah dapat maklumat lengkap. Dah la bodoh, bangang lagi pulak tu.
Sudah la..tunggu PRU jer la nanti kalau PRN tak jadi..

taipingmali said...

Malaysia kini tak boleh pakai, Siapa tuanpunya Malaysiakini kalau bukan Soros.