Template by:
Free Blog Templates

14 May 2009

Dr Teng Jangan Celupar


Saya amat kesal dengan kenyataan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan yang meminta agar Dewan Negeri (DUN) Perak di bubarkan bagi menyerahkan kepada rakyat semula untuk membuat keputusan dan memberi mandat baru.

Jika, beliau seorang ahli politik yang matang dan berpengalaman, Saya ingin bertanya kepada beliau apa kah beliau benar-benar sedar dengan kenayaan seumpama itu. Apa kah beliau faham dengan situasi yang sedang berlaku? Masalahnya ialah pihak Pembangkang yang menjadi minoriti dalam DUN Perak, semenjak 6 februari lalu, tidak menghormati Majoriti yang telah diperolehi oleh BN bagi mentadbir semula Negeri Perak.

Dr Teng seharusnya bertanyakan Timbalan Presiden GERAKAN, Datuk Cheng Ko Youn mengenai isu dan kemelut Politik di Perak sebelum membuat sebarang komen yang membabi buta. BN tidak gentar menghadapi Pilihanraya, tetapi Kita kena faham apa kah jaminan Keamanan dan keselamatan jika ianya diadakan?

Pada Pilihanraya UMUM (PU) ke 12, GERAKAN tidak menang sebarang kerusi samada di peringkat DUN mahupun Parlimen, tetapi Ko Youn dilantik menjadi Penasihat kepada Menteri Besar Perak. Beliau kalah bertanding di kerusi Parlimen Beruas.

Sebagai rakan komponen BN, Teng seharusnya memberikan sokongan moral kepada kepimpinan BN Perak dalam menangani kemelut tersebut. Anehnya, Presiden GERAKAN, Tan sri Dr Koh Tsu Koon sendirpun tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tetapi, kenyataan Ting seolah-oleh menambahkan lagi desakan dan serangan Pembangkang terhadap BN sendiri dalam masalah yang sedang melanda Negeri Perak berhubung isu Menteri Besar.

Saya harap rakan-rakan komponen dalam BN lebih sensitif dan jauhilah sebarang tindakan yang boleh merugikan parti tersebut yang sekarang sedang menumpukan usaha pemulihan dalam menghadapi pilihanraya UMUM ke 13 tidak lama lagi.

Sebelum ini pun, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Lian Hoe yang juga Ahli Parliamen Gerik pernah mencetuskan kontrovesi kerana terlepas cakap.

Akurlah dengan nasihat Pemimpin supaya kita mengutamakan dalam menjaga keharmonian bersama dan bukan bertindak hingga mejejaskan tali persahabatan.

Saya mendesak agar Teng segera memohon maaf kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri dan Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Negeri Perak.

Teng seharunya memberikan tumpuan dalam memperkuatkan parti GERAKAN di Pulau Pinang untuk merampas kembali Kerajaan Negeri dalam PU akan datang, bukan sibuk menjaga " tepi kain orang."

Teng, bekas Anggota Kanan EXCO Kerajaan BN Pulau Pinang, juga kalah dalam mempertahankan kerusi DUNnya dalam PUN ke 12 yang lalu.

Saya harap Presiden GERAKAN memanggil dan memberi nasihat kepada Teng. Saya jauga telah menghubunggi Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Juan bagi menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Teng itu.

7 comments:

org yg bagi tahu said...

Saya sebagai anak tempatan di negeri perak menyokong sepenuhnya saudara Teng dari parti Gerakan.Jikalau tidak mengadakan pilihanraya semula,option kedua adalah mengadakan pilihanraya dia ketiga-tiga tempat untuk ahli bebas yang berpihak kepada BN(Berpihak kepada BN adalah kata ketiga-tiga YB sahaja,APA KATA RAKYAT YANG MEMILIH MEREKA???.Biarlah rakyat di ketiga-tiga tempat itu yang memilih bahawa siapakah yang mereka pilih....
Bagi saudara YB DUN KUBU GAJAH,masa politik lama telah berubah,terimalah suara rakyat!!!

Anonymous said...

tp kalau anwar anjurkan lompat parti,x pula PR nak suruh undi semula.

autar sungguh PR ni

mynameis... said...

tak paham kenapa semua tidak memahami politik sebenar! stop arguing with the nonsence matter! PR tu mmg menanguk di air yang keruh!

kepada YB > i'm a teen. but, i supprt BN even i was Anwar's fan! But, i have to say that he is a traitor!!

GuruBashid said...

Jika sebelum ini kerajaan di bawah pimpinan YAB DS Najib melihat PR Kecil yang kerap diadakan akibat ADUN yang meletakkan jawatan atas beberapa sebab, maka pembubaran DUN Perak dan seterusnya PRK bukanlah jawapan terbaik. Jika ada alternatif yang lain, alternatif itulah yang wajar diberi keutamaan.

USD said...

Salam Datuk, senangnya jgn bg muka Gerakan ni...dah mcm DAP pulak!

Anonymous said...

laaa...org dalam BN sendiri pun tahu keperluan PRN. ada pula unsur ugut mengugut sesama komponen? teruk betul la YB Kubu Gajah ni. ni mesti kes tak berani bersemuka dan bg tau Dr Teng sbb tu main tulis dalam blog ni jer. takde telur ke Dato' atau mmg bukan jantan ker...
guru bashid..klu bukan PRN, apa alternatif yang ada? boleh cadangkan?

Budak Kuala Kenas said...

YB this is an old style... No wonder those Chinese are looking one kind at us Malay.. You really sound STUPID, just like the old days..