Template by:
Free Blog Templates

15 May 2009

Alfatihah Kepada Allahyarham Jamai Arop

Saya dan Keluarga ingin merakamkan raaa dukacita dan Takziah kepada Saudara Aziz, Ketua UMNO cawangan Kampung Mesjid, Ijok dalam Dewan Undangn Negeri (DUN) Kubu Gajah, diatas kepulangan Ayahndanya Allahyarham, Haji Jamai bin Arop. 66 tahun yang telah pulang ke rahmatullah, semalam.

Menurut Aziz, Jenazah Bapanya, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan, Kampung Mesjid, selepas Asar. Dengan doa semoga rohnya diletakan disisi orang-orang yang solleh. Alfatihah.

Sementara itu, masalah yang telah dibangkitkan oleh Pak Lang Halim mengenai keadaa beberapa rumah daif dan memerlukan perhatian, wakil daripada pejabat saya telahpun melawat dan mengambil beberapa gambar. Kita akan cuba membantu secepat yang boleh, bergantung kepada peruntukan yang diperolehi.

Semalam juga, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah telah turun ke Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah untuk menemui penduduk yang memerlukan bantuan segera. Terima Kasih, tetapi Saya minta maaf kerana tidak dapat bersama, kerana tugas-tugas lain berhubung kain dengan kemelut politik Perak ketika ini.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kes mengenai Menteri Besar Perak, Kami ADUN terpaksa "Stand-by" menghadapi sebarang panggilan, mesyuarat dan perjumpaan. Justeru banyak program yang telah disusun terpaksa dijadual semula mengikut keadaan. Mengikut Jadual, Saya sepatutnya mengadakan majlis Penerangan Mengenai sidang DUN pada hari Selasa lalu. Begitupun, Jika ada apa-apa mereka boleh menghubunggi pusat Khidmat Saya di Kubu Gajah. Hubunggi Pegawai Khas Saya, Mohamed Ibrahim di HP 5785462 atau Pejabat 05 8393460.

0 comments: