Template by:
Free Blog Templates

17 May 2009

Zambry Umum JK Perhubungan UMNO Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dijangka mengumumkan perlantikan Jawantankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak pada mesyuarat Selasa ini (19 Mei 2009).

Mesyuarat tersebut adalah yang pertama dipengerusikan oleh Dr Zambry selepas dilantik Pengerusi UMNO Perak yang baru. Di mesyuarat itu, beliau akan mengumumkan Setiausaha Perhubungan yang sekarang disandang oleh Anggota EXCO, Datuk Ramly Zahari yang juga ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Bendahari Datuk Haji Mohd Zaim Abu Hassan, Ketua UMNO Bahagian Parit dan Ketua Penerangan sekarang dipegang oleh Datuk Azian Osman yang juga Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur dan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak ialah Datuk Seri Husni Hadzlah yang juga Menteri Kewangan 11 dan Ketua UMNO Bahagian Tambun.

Dr Zambry, yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut juga dijangka menubuhkan Biro-Biro dan melantik Pengerusi-Pengerusinya. Ketua-Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Negeri yang baru juga dijangka hadir di mesyuarat tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan berpendapat tidak perrlu diadakan Pilihanraya Negeri Perak. Cara terbaik selesai krisis ialah dengan adakan sidang khas Dewan Negeri DUN (undi tidak percaya pada Nizar).


Status Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Muurugiah jadi tidak menentu bila beliau dan 6 lain disingkir dari PPP oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu semalam.


Lima disahkan layak bertanding Timbalan Presiden PAS. Mereka ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Dr Harun Din, Datuk Husam Musa, Mat Sabu dan penyandang Nasharuddin Mat Isa.


Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi UMNO Selangor semalam mengumumkan perlantikan Datuk Satim Diman sebagai Setiausaha, Datuk F D Iskandar Bendahari, Shukur Idrus Ketua Penerangan dan Datuk Seri Dr khir Toyo selaku Ketua Pemikir badan Perhubungan UMNO Selangor.

0 comments: