Template by:
Free Blog Templates

23 May 2009

Rumah-Rumah Daif Perlu Bantuan Segera


Saya telah dihubunggi oleh Pak Lang Halim, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persukutan (JKKKP) Sungai Ara dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah mengenai Rumah-Rumah Mohd Zafri bin Kassim, Rozana binti Abdul Wahab, Shamsiah binti Yoep, Sum dan Zol bin Wahab yang berkeadaan daif.

Saya telah mengarahkan agar pihak berkenaan mengambil tindakan segera dan jangan terlalu banyak birokrasi kerana bantuan berkenaan telah agak lama diminta. Saya sendiri akan membangkitkan semula hal ini dengan Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi dan Encik Zamberi Mohamed, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah.

2 comments:

taipingmali said...

Rumah-rumah tradisional Melayu ini mempunyai nilai yang tinggi, mana yang tinggi nilai pertukangannya elok dijadikan Homestay.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Dato bukan saya nak mengajar bab-bab agama dan urusan pentadbiran majlis agama negeri perak tetapi APAKAH FUNGSI PUSAT ZAKAT PERAK dan BAITULAML??

Bukankah umat ISLAM yg miskin ini adalah termasuk didalam ASNAF yang berhak? Apakah mereka ini tak layak menerima bantuan?

Seperti di Selangor ramai ibu tunggal dan fakir miskin yg tiada rumah tetapi banyak rumah (flat PKNS dan pemaju lain) yg terbiar tak terjual yang harga dah jatuh bawah RM10k..kenapa tak beli dan serahkan rumah itu kepada mereka-mereka ini?? Kenapa pula perlu bina BANGUNAN yg besar sebagai PEJABAT PUSAT ZAKAT dan BAITULMAL sampai berjuta-juta ringgit tetapi jika digunakan untuk membeli "raumah-rumah murah dan flat murah" saya rasa masalah menempatan ibu-ibu tunggal dan fakir miskin telah selesai..ini termasuk lah di SEMUA NEGERI DI MALAYSIA.. perkara-perkara remeh seperti jauh daripada punca rezeki bukan satu alasan utk membantu mereka..hendak seribu daya.
Namun semua yang HAK ini telah di POLITIK kan oleh semua pihak termasuk UMNO/BN dahulu.

Harap DAto dapat membuat kajian yg mendalam terhadap cadanagn saya ini.

Mintalah nasihat daripada MUFTI PERAK dan semua MUFTI-MUFTI dan semua ahli ULAMA' (jgn lama sangat) dan sediakan garis panduan utk dijadikan contoh kepada semua Pusat Zakat,dan kemudiannya minta PERKENAN ke SEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU untuk melaksanakannya..

Buat kempen ZAKAT utk mengalakkan UMAT ISLAM berzakat..

Harap Dato sebarkan perkara ini kepada semua PEMIMPIN UMNO ISLAM,PEMIMPIN PAS ISLAM dan PEMIMPIN PKR ISLAM untuk memikirkan perkara ini tetapi BUKAN PEMIMPIN ISLAM YG MUNAFIK.

wassalam


p/s: semua kawan-kawan saya,YOP dan YONG,malu dgn keadaan yg berlaku di PERAK.