Template by:
Free Blog Templates

29 May 2009

PPP Ada 2 Drebar

Masalah dalaman Parti Progresif Penduduk ( PPP) nampaknya sampai ke kemuncak. PPP kini ada dua drebar.

Datuk M. Kayveas tetap mempertahankan haknya sebagai Presiden PPP yang sah manakala Senator T. Murugiah yang baru menerima gelaran Datuk Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dipilih sebagai Presiden baru dalam Mesyuarat Agung luar biasa (EGM).

Masalah mereka kini mencetuskan masalah kepada Barisan Nasional (BN) dan adalah tidak adil jika ia dibebankan kepada Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri yang saya percaya banyak lagi agenda lain yang lebih penting yang perlu diberikan keutamaan.

Tetapi, masalah PPP tidak boleh juga dipinggirkan begitu sahaja kerana ia boleh mejejaskan BN yang akan menghadapi Pilihanraya Kecil di Manik Urai, Kelantan bulan Julai depan.

Saya harap kedua-dua tokoh PPP ini segera berdamai. Jika tidak, selagi masalah mereka tidak selesai, adalah dicadangkan agar BN menggantung sementara kehadiran mereka ke Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) BN.

Sukar bagi BN untuk memanggil Wakil PPP ke mesyuarat tersebut jika mereka ada dua Presiden, kerana yang mana satu yang sah.

Kemelut PPP ini pernah berlaku sebelum ini di mana seorang pemimpin mereka di pilih sebagai Presiden dalam EGM selepas mendiang bekas Presidennya, Pramjit Sing meninggal dunia dan ketika itu jawatan masih disandang oleh S.I Rajah.

Saya masih ingat, disebabkan masalah dalaman PPP ketika itu tidak selesai, perlantikan politik yang melibatkan wakil mereka telah ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri.

0 comments: