Template by:
Free Blog Templates

27 May 2009

Pak Sako, Masih dirindui

Masih ingatkah dengan Pak Sako atau Datuk Mohamed Ishak, Pengarah Penguatkuasa Imgresen Malaysia yang sangat tidak disenangi oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Pak Sako disenangi oleh media dan sering menjadi tumpuan bila ada operasi. Namum publisiti yang terlalu luas diberikan, mencetuskan rasa tidak senang oleh pihak atasan, menyebabkan beliau ditukarkan serta merta ke Selangor. Beliau tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima, akhirnya mengambil keputusan bersara awal dari perkhidmatan kerajaan lebih 30 tahun.

Anak kelahiran Parit ini, bukanlah seorang selebriti seperti A.R. Tompel tetapi amat popular di golongan tertentu di Negeri Perak khususnya. Beliau adalah seorang Penglipurlara dan Pengacara yang sering menjadi undangan majlis yang dihadiri oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Bahkan, beliau yang kaya dengan telatah lucu sering mendapat undangan dikalangan korporat. Yang terbaru ialah ketika majlis perkahwinan anak bongsu, Datuk Zainal Abidin Kadir, Presiden Persatuan Pelancong Malaysia di Ipoh.

Kemana Pak Sako menghilang?

Beliau yang sering saya temui di Ipoh kini adalah seorang tauke minyak. Semalam, beliau yang ditemani beberapa orang rakan yang lain,termasuk Usahawan, Datuk Ismail Mokhtar Mohd Noor, Dr Murshid dan Cikgu Azizan Hashim sempat memberi pandangan dan melahirkan rasa kesal dengan tindakan Mogok Lapar yang dilancarkan oleh pembangkang.

Katanya ringkas, barangkali ada hikmahnya apa yang berlaku supaya rakyat dapat lihat dengan mata dan kepala mereka sendiri kerenah pembangkang bila kehabisan modal.

Kalau dahulu beliau berkuasa menahan dan menangkap orang, bezanya sekarang walapun masih tidak cukup tidur, beliau masih boleh tersenyum dan tidak lagi dikutuk, tetapi " masyukkkk" banyak.

Sesiapa juga yang mengenali Pak Sako akan merasa senang, kerana beliau gemar bergurau dan kaya dengan cerita-cerita yang melucukan.

0 comments: