Template by:
Free Blog Templates

30 May 2009

Miskin dan Buta Hati

Jika benar bilangan kemiskinan tegar di Perak masih tinggi, dibandingkan dengan negeri-negeri lain, ia merupakan isu yang sepatutnya dipandang serius dan diberikan tumpuan khusus oleh semua pihak dan membantu Kerajaan Negeri.

Dalam erti kata lain, inilah masanya kita sama-sama gembelingkan tenaga dan menghulurkan bantuan, membantu masyarakat yang daif agar dapat mengubah kehidupan mereka supaya tidak menimbulkan masalah lain. ( seperti demonstrasi, mogok lapar dan baring tengah jalan) bagi kepentingan politik pihak tertentu.

Kerajaan Negeri perlu mencari sumber pendapatan untuk meneruskan program meningkatkan kemudahan luar bandar seperti membina dan menaikkan taraf jalan-jalan, membina dan memperbaiki serta menggantikan titi-titi gantung yang tidak lagi sesuai di zaman serba moden ini.

Di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah sendiri banyak lagi yang perlu diberikan perhatian. Banyak rumah-rumah yang daif dan memerlukan bantuan. Kawasan yang sering dilanda banjir juga perlu mendapatkan peruntukan bagi memperbaiki saliran dan sungai yang mendatangkan masalah.

Banyak lagi DUN yang lain yang perlu diberikan tumpuan termasuk Kawasan Menteri Besar Perak sendiri. Tetapi jika pihak tertentu asyik dengan ragam dan sikap yang tidak bertanggungjawab ini berterusan akan menimbulkan kacau bilau, bagaimana program pembangunan boleh dilaksanakan dengan lancarnya?

Justeru, usaha pihak pembangkang untuk terus mendesak DUN dibubarkan hanyalah untuk kepentingan politik mereka dan yang rugi hanyalah rakyat itu sendiri.

Lebih membimbangkan kita ialah jika ada pelabur yang berminat hendak datang ke Perak, terpaksa mengubah fikiran mereka jika keadaan yang tidak stabil ini berlarutan.

Semalam, saya tertarik dengan khutbah yang disampaikan oleh iman sebuah masjid bahawa Allah S.w.t. telah menganugerahkan kita pancaindera yang seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin dan betul.

Mata dan mata hati itu adalah anugerah besar Allah S.W.T jadi pergunakanlah ke jalan yang mendatangkan menafaat yang berguna.

Saya masih ingat Titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak sebelum ini, bahawa Baginda ada mata bukannya buta, ada mulut bukannya bisu dan ada telinga bukannya pekak.

Oleh itu Fikir-Fikirkan lah.

0 comments: