Semalam, Isnin 25 Mei 2009, Saya berpeluang bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri da Hal Ehwal Pengguna (KDNDHP), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang sudi melapangkan masa bertemu dengan kawan-kawan lama (bukan di Pejabat), sambil membincangkan isu-isu semasa terutama mengenai perkara di bawah bidang kuasa beliau.
Pertemuan yang tidak dirancangkana itu, ternyata Ismail Sabri sanggup turun ke bawah dan mudah didekati bagi mendengar masalah orang ramai. Perjumpaan semalam adalah kali pertama kami bertemu semenjak dilantik Menteri Kabinet selepas pilihanraya Umum (PU) yang Mac 2008.
Ketika menerima panggilan telefon Ismail Sabri, Saya sedang berbuat dengan Datuk Ir Hasni Mohamed, Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Benut. Sebelum PU 12, Hasni adalah Ahli Parlimen Pontian. Hasni dan Ismail Sabri, ketika Saya menjadi Pengerusi Kelab Penyokng Kerajaan Parlimen Malaysia (BNBBC), mereka berdua adalah Penolong-Penolong Setiausaha Kepada Kelab.
Kami sering berbincang di luar masa Parlimen. Semalam bila berjumpa banyak lah yang sempat kami bualkan. Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian masih lagi menjadi Pengerusi Perbadanan Nenas Nasional.
Barulah faham bahawa tidak semua hal di bawah bidang kuasa KDNDHP, kecuali harga pasaran runcit, misalnya mengenai masalah ayam, Ismail Sabri memberitahu ianya terserah kepada Kementerian Pertanian. Ianya timbul apabila beliau mengambil keputusan membenarkan ayam di bawa masuk ke Negara bagi menggelakan harga ayam dinaikan sewenang-wenangnnya.
Ismail Sabri binggung kerana kedegilan Penternak yang masih mahu naik harga ayam, sekalipun kerajaan tidak membenarkannya. Masalah mengatasi kemasukan ayam,katanya telah diserah kepada Datuk Noh Omar yang juga Menteri Pertanian.
Banyak lah juga hal-hal yang dapat kami bincangkan dan Saya merasakan jika lebih ramai Menteri yang bersikap seperti Ismail Sabri yang tidak mementingkan protokol, KPI yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan berkesan.
Namun tidak keterlaluan jika dikatakan, ada juga mereka yang telah dinaikan pangkat, mula lupa kawan-kawan. Ada yang bukan sahaja sukar hendak membuat temu janji, tetapi lebih mendukacitakan, enggan menjawab telepon, itu daripada kenalan, bagaimana agaknya mereka melayan orang biasa?
Bagi Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera barangkali banyak pelajari pengalaman dan dapat sama merasai ketika kami sama-sama pernah menjadi Ahli Parlimen dahulu dan melihat bagaimana rakan Menteri lain sering ditegur.
Ismail Sabri, bekas Setiausaha Politik Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, sebelum ini adalah Menteri Belia dan Sukan dan pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Barangkali sudah ketentuan Allah S.W.T, kerana ketika kami sedang berbual, muncul pula Menteri Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kesihatan di tempat yang sama.
Sebelum ini pun, saya pernah terserempak dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor yang singgah makan tengahari di sebuah gerai ikan bakar di tepi jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur.
Bagaimanapula dengan mereka yang telah menghilangkan diri selepas digugurkan daripada Kabinet Najib?
Saya di fahamkan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jerjis, yang juga bekas Menteri yang bertanggung jawab, menghantar rakyat Malaysia pertama ke Angkasa Lepas, akan dilantik sebagai Duta bertaraf Menteri. Katanya ke USA?
26 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment