Kemudian, selepas perlantikan ganeson diistyirahkan oleh Timbalan Speaker, dan Menteri Besar memakaikan Jubah Speaker, Hamidah mengusulkan penubuhan tiga Jawatankuasa Tetap Dewan iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan, Jawatankuasa Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kecuali Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan, Jawatankuasa yang lain adalah dipengerusikan oleh Speaker DUN.
Kemudian, dewan ditangguhkan selama satu jam. Bila disambung, Sebaik dewan disambung semula, Ganeson mahu mempengerusikan mesyuarat, tetapi dihalang oleh beberapa ADUN Pembangkang, hingga mencetuskan ketegangan dan pertikaman lidah.
Dewan ditangguh sekali lagi untuk selama sejam. Bila disambung balik, Ganeson sekali lagi dikepung oleh ADUN Pembangkang dan berlaku perbalahan. Apa yang dikesali sepanjang sidang, DUN Pembangkang bertindak menyerang hingga ke tempat duduk Anggota-Anggota Kerajaan.
Barangkali disebabkan tidak tahan dengan gelagat ADUN Pembangkang terhadap Ganeson, akhirnya, berlaku pergelutan di tempat duduk Siva pula. Siva, daripada mula kami masuk ke dewan hinggalah sampai beliau diminat meninggalkan dewan, sedikit pun tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker.
Ketika itu berlaku pergelutan. Ganeson akhirnya, berjaya mengambil tempat duduk Speaker walaupun dalam keadaan berdiri, telah menjalankan urusan memsyuarat dengan menyatakan dewan ditangguh seketika untuk beliau menjemput Tuanku Pemangku Sultan masuk bagi merasmikan sidang dewan.
Sebaik, Tuanku mengambil tempat duduk, ADUN-ADUN Pembangkang tetap berdegil dan berdiri beramai-ramai di tengah ruang berdepan tempat duduk Speaker. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamalauddin secara spontan bertanyakan Tuanku apa kah Speaker yang dipilih itu sah? Beliau dan Pengerusi DAP Perak, kemudian dilihat dititah naik mengadap Tuanku.
Sebaik turun, kesemua ADUN Pembangkang telah diarah oleh Nizar supaya kembali ke tempat duduk masing-masing.
Disepanjang titah Tuanku, ADUN kedua belah pihak begitu khusyuk mendengarnya. Pada akhir titah, Baginda turu dan bersalaman dengan kesemua ADUN, sebelum berangkat pulang setelah lebih 5 Jam meninggu untuk melakukan majlis perasmian.
Speaker kemudian menangguhkan sidang Dewan setelah diusulkan oleh Dr Zambry hingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Kebiasaannya ialah pada meluluskan bajet tahun 2010 sebelum akhir bulan November.
Sebelum dewan ditangguhkan pihak Kerajaan juga telah mengusulkan supaya segala urusan dan sidang dewan di bawah pokokyang dikendalikan oleh pihak Pembangkang pada awal bulan Mac yang lalu adalah tidak sah.
Dewan kembali reda selepas penangguhan itu. Saya sendiri berjabat tangan termasuk dengan rakan-rakan daripada pihak Pembangkang.
Persoalannya di sini ialah, Kenapa kejadian seburuk itu berlaku? Kenapa tergamak ada di kalangan ADUN yang bukan sahaja bertindak liar dan ganas, tetapi menghina Tuanku Pemangku Sultan Perak yang berangkat dan terpaksa menunggu berjam-jam untuk merasmikan sidang DUN?
Saya tidak dapat bayangkan jika ketegangan semalam berkesudahana sebagaimana yang berlaku di sidang dewan di luar Negara?
Alhamdullilah tiada siapa yang cedera. Sepanjang Saya menjadi Ahli Parlimen dan ADUN itulah peristiwa buruk dan memalukan yang pernah Saya lalui. Dua penggal di Parlimen, tidak pernah berlaku pergaduhan seumpama itu.
Justeru fikir-fikirkan lah,
8 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
siapakah yang memulakannya???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
bubar dewan, biar rakyat pilih wakil mereka. biarlah rakyat perak menentukan wakil mereka. klu BN menang , satu petanda kebangkitan... jgn takut ....
YB UMNO dan BN,
Kalau nak berseronok, joli dan berlagak macam orang2 besar, buatlah semampu boleh sekarang.. PRU akan datang akan menjadi laluan sukar bagi kalian YB UMNO dan BN semua. Kami, rakyat sekelian, menyaksikan semua kebodohan dan kesombongan yang menjadi-jadi dikalangan kalian, sehingga kelihatan setaraf dengan tahap IQ dan kelakuan mat-mat Rempit. Setiap kali saya melihat YB UMNO dan BN, sama seperti saya mendengar budak2 kurang akal dikalangan mat2 rempit bercakap... itulah nilai YB UMNO dan BN dibanding mat2rempit... ciri-ciri kedua-duanya adalah sama dan bila sampai ke satu tahap mereka akan buat apa sahaja.. Kalaupun membunuh tanpa rasa bersalah.
Saya percaya YB UMNO dan BN tak akan menyerah dengan mudah, tapi untuk kali yang akan datang ini Pakatan Rakyat hampir pasti akan menang besar.. YB dan yang lain2 seangkatan hanya bole mengenang segala dosa. jadi orang2 tua yang kelihatan bodoh dan hina..
Tunggu sahaja harinya pasti akan tiba.
Hahaha... wahai datok pengurus bola yg kaki bangku... cakap la suka hati kamu... rakyat PErak dah menggelegak tgk perilaku kamu org UMNO/BN ni.... bapak segala samseng....
Siva adalah Speaker yg sah... Dia meminta 10 org tu keluar dari dewan, tapi dgn muka tak malu mereka, tak nak tinggalkan dewan... tak payah la nak cerita panjang2 wahai datok pengurus bola yg kaki bangku...
Kami ni boleh menilai mana baik mana buruk... melainkan kaum2 haprak totok saje yg tak reti nak menilai....
LU PIKIR LA datok bola yg kaki bangku,,,
Setuju dengan ko orang Budak Kuala Kenas dan rinStarr..jenis kaki bangku, otak pun bangku. konon2 nak buat baik dan poyo seolah-olah macam BN/UMNO tu baik tak mencemar dewan dan menghormati Tuanku. Poorah.
Tempat Speaker yang sah dirampas - apa itu menghormati dewan? Di seret keluar Speaker - apa itu menghormati dewan? Bawa masuk polis dan lantik anjing-anjing polis jadi pegawai dewan - apa itu menghormati dewan?
Sudah lah dato'..pergi citer kat orang yang takde internet boleh la.
Post a Comment