18 May 2009
Cacatan Mingguan
Pagi semalam (16 Mei 2009, Sabtu), Saya singah di sebuah kedai mamak jual roti canai di bandaraya Ipoh untuk minum pagi. Saya gemar ke situ, kerana dekat dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak (SUK) tempat lama semasa bertugas dengan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Saya berkhidmat dengan beliau lebih kurang 17 tahun lamanya.
Ketika sedang bersarapan lagi, seorang yang memperkenal dirinya persara menegur dan memberi salam, sambil bertanya khabar? Beliau selanjutnya ingin tahu mengenai kemelut politik Perak. Begitupun, beliau berdoa agar segala-galanya selesai dengan cara yang baik.
Beliau amat kesal kerana insitusi Raja-Raja yang menjadi teras dan kemegahan ketuanan melayu kini telah dicemari atas tindakan mereka yang rakus untuk berkuasa secara paksaan dan menyulitkan rakyat.
Kenapa tergamak ada orang yang sanggup menderhaka kepada Raja sendiri? tanya lagi. Beliau juga merasa malu dengan kejadian di sidang Dewan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei lalu. Ia bukan sahaja kecoh, tetapi ganas dengan tindakan serang menyerang.
Bagus, katanya, berdasarkan laporan dan tontonan vedio, ADUN Barisan Nasional (BN) tidak bertindak balas. Rakyat dapat lihat gelagat buruk mereka yang terlibat.
Secara ringkas, Saya beritahu, kemelut itu boleh selesai jika Pembangkang menghormati proses demokrasi kerana sudah hilang suara majoriti di DUN. Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Bekas Speaker, V. Sivakumar pun begitu juga, jika mereka ini dan barisan Pembangkang yang lain menerimanya dengan hati yang terbuka, segala kemelut itu selesai.
Mereka tidak perlu menegak benang yang basah. Semasa, mereka memiliki majoriti selepas Pilihanraya UMUM (PU) yang lalu, bila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli mencadangkan bubar sahaja DUN, mereka menolak dengan tegas kerana mereka adalah majoriti.
Justeru, kenapa sekarang mereka pula yang beria-ria mahukan dewan dibubarkan. Persara itu sebaliknya bertanyakan kepada Saya, jika mereka yang dahulu mahukan DUN di bubarkan, sanggupkah mereka dahulu yang menggosongkan kerusi masing-masing, kalau mereka hendak sangat berbuat demikian?
Agaknya, kata beliau lagi Pakatan Pembangkang merasa terkejut dan malu barangkali selepas kehilangan kuasa, akibat tiga wakil mereka, 2 daripada Keadilan dan 1 DAP, bertindak keluar, dan sekarang menjadi BEBAS?
Pergaduhan dalam DUN, sebuah Insitusi penggubal dasar pun mereka tidak dapat mengawal diri, apa kah jika ada pilihanraya, mereka boleh menjamin keadaan aman dan tenteram?
Justeru, katanya pembubaran DUN bukanlah jalan penyelesaian, banyak yang akan rugi dripada untung. Takdirnya mereka kalah, sekiranya diadakan pilihanraya, apa kah mereka akan berpuas hati dan akan minta supaya diadakan pilihanraya semula?
PU 2004-2008, beza PAS - BN di Kelantan,cuma ssatu kerusi, tetapi BN tidak desak bubar DUN, tetapi di Perak BN kini memperolehi majoriti 3. Ini bukan soal BN takut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Takkan Dato' pun nak kelembong buat cerita bohong macam kita orang Perak ni bodoh.
Setuju sahaja lah bubarkan Dun TU dan biar rakyat yang buat pilihan. Jangan lah nak berbelit belit kalau itu lah, kalau ini lah.... se Malaysia tahu UMNO takut.
Kalau nak jadi bodoh biar lah bodoh sendiri tapi jangan ingat orang lain pun sama macam kamu. Maaf lah sebab nak bagi sedar yang orang Melayu tak bodoh macam orang UMNO.
Tak payah nak pusing-pusing cerita, pusing tang mana pun UMNO dah tak sesuai untuk orang Melayu lagi. Dato' pun tahu hakikatnya. Sebagai orang berpelajaran, saya nak tanya Dato' satu soalan mudah..betultak kemelut ini berpunca dari mereka yang tamakkan kuasa sehingga sanggup merampas, kalau betul UMNO jujur/bagus untuk melayu, ngapa tak yakinkan rakyat dulu, ngapa sggp merampas.
Saya setuju dengan anonymous tu,
Dato' jangan bodohkan rakyat Perak mereka semua sudah tahu siapa yang menipu siapa, jangan terlalu banyak kelentong akibatnya pada PRU 13 nanti amat lah parah bagi umno. Saya juga ahli umno tapi kami dah sedar tolonglah balik kepangkal jalan. Jangan malu dan terimalah akan kebenarannyan.Amin
Its fair if the party that won majority in election runs the state. But trully & really disheartening that certain party force itself in (not by rakyats wish) to take over the States by claiming majority.
Of course lah..rakyat anoyed since certain Party kept claiming itself Majority & in reality is not rakyat's majority.
The backdoor take over is so obvious under the eyes of Rakyat.
As said..I'm OK with BN rules but not such manner as if its power grab..like its bought over. Not proper..perhaps Vote of Confidence then seek Sultan's for prefered MB.
Party's pay the price for been clumsy & hungry.
BORN-IN-Perak.
Nampak sangat bn takut adakan pilihanraya sekali lagi, mahkamah tinggi kata bn ada mb haram, haram ajelah, kalau ada teluq jgn buat rayuan, pilihanraya semula. dok crita PR buat kecoh, usung speaker keluaq tak tunjuk. Samseng bn masuk dewan tak tunjuk. Sudah lah datuk jgn dok bodoh bodokkan orang perak.Simamat jumpa datuk tu otk karat tengok tv 3 suku dan rtm 4 suku, saya tengok media alternative tahu di mana kebenaran nya. Sampaikan salam saya pada datuk daud dun selama. Next time boleh kita kena teh tarik di pekan kubu gajah
kah kah kah...kesian Dato Kubu Gajah....konon konon nak raih simpati pembaca, tup tup...kena kutuk...perghhhh....PADAN MUKA. UMNO tak tau malu...dari pemberita kepada pembaca berita dan wakil rakyat...semua pemutar belit..cerita tak abis. poooraah
Kenapalah tulisan begini yang YB paparkan? Ini semakin menelanjangkan kemunduran akal wakil rakyat UMNO.
Saya amat yakin dan percaya penyokong UMNO semakin kecewa melihat gelagat UMNO kebelakangan ini. Sebahagian besar rakyat tahu UMNO tidak mahukan pilihanraya semula kerana, seperti kata 'cek det' - it will be a foregone conclusion... kekalahan hampir pasti tak dapat dielakkan. Kesian UMNO..
YAB PM baru umumkan BN tidak akan bertanding di Penanti.. Apa kata penyokong diPenanti? Pilihanraya UMUM nanti nak guna helah apa pulak? Buatlah apa yang boleh semasa masih berpeluang... Ooopps, saya kena sebutkan disini - YB kaki kelentong!!
HAHAHAHA... SESAMAISLAM BUAT LAWAK... SOALAN BODOH MANA DIA TANYA NIH... HAHAHA,, KELAKAR, SUSAH NAK JUMPA ORANG MELAYU YANG BODOH MACAM NIH.. HAHAHAHA..
Post a Comment