Template by:
Free Blog Templates

27 May 2012

Reunion




























Setelah sekian, akihirnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, bertemu semula rakan sekolahnya di satu majlis kenduri kahwin di Matang Gerdu, Jalan Kuala Kurau dekat Bagan Serai, hari ini.

Pertemuan dengan rakan dan guru itu berlaku di kenduri kahwin anak lelaki Hajanan bin Awang, Mohd Hazri, seorang pegawai Tentera yang melangsungkan perkahwinannya dengan, Fazliana Suriani binti Fadzil.

Beliau amat terharu bercampur gembira kerana dapat bertemu semula dengan rakan lama sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Ada diantara mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, Kedah dan juga yang masih di Bagan Serai.

Datuk Seri Raja AhmadZainuddin menghabiskan masa lebih dua jam untuk bertemu dan bergambar kenangan dengan rakan-rakan sekolah dan guru beliau.

Hajanan adalah juga Pegawai Khas kepada Penyalaras Barisan Nasional (BN) Bagan Serai, Datuk Zali Cha.

Sebelum itu, beliau juga menghadiri majlis kenduri kahwin, Mohd Saiful Akmal bin Lodin yang melangsungkan perkahwinannya dengan Nursakinah binti Mohd Hafiah di Kampung Mesjid, Ijok.

Kemudian, beliau ke majlis perkahwinan Wan Mohd Faiz bin Wan Yakub dengan pasangannnya Norazawa binti Mat Isa di kampung Sungai Lempong, dekat Felda Ijok.

Beliau juga menghadiri majlis kenduri kahwin Mohd Fadil bin Noh dengan pasangannya Rohayati binti Abdullah Habali di Kulim, Kedah dan majlis kenduri kahwin anak lelaki Abdul Rahim, ahli jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) Sungai segar, dekat Ijok.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,
Yang akan membantu YMDS dalam PR 13 ialah mereka yang sedarjah dan yang satu sekolah dengan YMDS di kawasan ADUN Kubu Gajah, Buatlah reunion murid tua SK Tebing Tinggi Dan Bagan Serai yang berasal dari kawasa ADUN Kubu Gajah.

Mereka juga akan terharu jika YMDS buat perjumpaan tersebut.

Saya tahu ramai mereka ni hendak tolong YMDS tapi YMDS asyik jumpa penyokong politik sahaja hingga terlupa mereka ini.

Saya ingatkan YMDS penyokong politik berbeza dengan pengundi BN.

Kelemahan wakil rakyat kita ialah mereka tidak dapat membezakan pengundi BN dengan pengundi calon UMNO (politik).

Dunia sekarang sudah berbeza terutama sekali di Krian dan LMS.