Template by:
Free Blog Templates

27 May 2012

Rumah
















Hasrat sepasang keluarga miskin di kampung Redang Panjang dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, akhirnya tercapai.

Penoreh getah, Mohd Hamidi B. Shaari, 54 tahun menunggu kira-kira 18 tahun untuk mencapai cita-cita memiliki rumah baru yang lebih baik.

Beliau begitu gembira dan terharu menerima bantuan rumah rakyat miskin yang disampaikan oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar, hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis ringkas penyerahan kunci rumah tersebut ialah ketua UMNO cawangan Redang Panjang, Khairul Azizan B. Md Dali. isteri dan anak-anak Hamidi.

Kerajaan membelanjakan RM 33,000 bagi membina tumah tiga bilik dibawah projek perumahan rakyat miskin (PPRT).

Hamidi yang mempunyai sembilan orang anak termasuk yang kecil amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Rumah Hamidi yang sebelum ini bukan sahaja uzur, tetapi kecil dan tidak berbilik terletak diatas tapak berdekatan sungai Ijok.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS

Saya menoreh 40 pokok getah dapat 40 ringgit. Bayangkan kalau saya rajin memotong 2 ekar tanah getah. Tapi saya tak rajin macam belia yang trang tang tang.

Sebab itu saya tidak minta PPRT dll