Template by:
Free Blog Templates

15 May 2012

Surau terbuka













Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar kecewa kerana masih ada individu yang enggan tanahnya dijadikan sebahagian tapak kemudahan awam.

Ada kes projek membesarkan kemudahan sukan berbumbung lengkap dengan lampu limpah dengan kos sekitar RM 50,000 yang telah diluluskan Kerajaan terpaksa ditangguhkan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian ketika melawat tapak pembinaan dewan terbuka surau Kelian Gunung di Ulu Ijok bernilai RM 50,000 petang tadi.

Turut hadir ketua kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, Ketua UMNO cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein dan kontrektor yang terlibat.

Dewan terbuka itu lengkap dengan lampu limpah dan gelanggang sepak takraw dan badminton serta boleh juga digunakan untuk majlis kenduri dan perjumpaan.

Ia dijadualkan siap dalam masa tidak sampai sebulan dan merupakan projek pertama seumpama itu dibina di Dun Kubu Gajah.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah projek yang tertangguh akibat tiada kerjasama penduduk terpaksa dilakukan kerana untuk mendapat tempat baru.

Pekara ini bukan sahaja menimbulkan kesulitan, tetapi perpecahan kerana mereka yang mahukan kemudahan awam, tetapi terhalang akibat sikap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS tersilap buat projek.

Kalau dekat tanah saya tiada masalah. Buatlah apa projek pun.

Projek YMDS macam pipi tersorong2 atau hidung tak mancung.

Kenapa YMDS bersikap demikian? Adakah mereka ahli UMNO yang ikhlas?

Sebagai contoh rumah memperoses getah di Sungai Malau, terkubur.

Kalau buat dekat kebun getah kami. Kami masih menoreh getah hingga sekarang.

Turun padang pandang2. Jangan asyik dengar cakap JKKK sungai Malau dalam sahaja.