Template by:
Free Blog Templates

25 May 2012

Jalan rosak












Banyak jalan-jalan kampung rosak akibat banjir dan kenderaan berat termasuk lori angkut pasir.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meminta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan jampung (JKKK) meantau agar jalan-jalan kampung tidak diguna oleh kenderaan berat.

Beliau tidak menafikan pentingya pembangunan, tetapi harus ada mereka yang bertanggungjawab keatas jalan-jalan kampung yang digunakan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian selepas melawat jalan kampung yang rosak di Tebing Tinggi.

Sebanyak RM 10,000 diluluskan bagi menaik taraf dan melebar jalan sepanjang lima rantai di tepi sungai Ijok di Tebing Tinggi.

Jalan tersebut juga sering ditenggelami banjir dan mendatangkan bahaya kepada penduduk kerana terletak tidak jauh dari sungai.

1 comments:

Anonymous said...

Kenderaan berat boleh meletakkan cagaran sebelum menggunakan jalan kampung

Apa yang dibuat oleh Haji Rejam ialah anak beliau meminta cengkeram bagi mereka yang ulang alik menggunakan jalan di tanah beliau. Jika mereka merosakkan jalan cengkeram di potong ikut nilai pembaikan.

Kunci gate melebihi paras kerita hendaklah diambil dari JKKK.