Template by:
Free Blog Templates

24 May 2012

UMNO











Ahli-ahli UMNO diseru agar tidak patah semangat dan mudah kecwa dalam memperjuangkan nasib bangsa,agama dan tanah air.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menegaskan pentingnya semangat perjuangan dikekalkan demi masa parti dan orang melayu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung cawangan pekan Selama, petang tadi.

Turut hadir timbalan ketua UMNO bahagian, Datuk Daud Yusop, ketua wanita bahagian, Saripah Yahya dan ketua UMNO cawangan pekan Selama, Zakaria Saat.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah, UMNO akan terus mempertahankan hak dan kepentingan orang melayu, tetapi tidak menjejaskan peluang orang lain.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Larut akan berjuang habis-habisan menggekalkan kesemua empat kerusi yang dimenanggi di Paelimen Larut.

Beliau juga menyeru seluruh ahli UMNO mengutamakan perpaduan demi menjamin kemenangan pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

0 comments: