Template by:
Free Blog Templates

16 May 2012

Lawatan Felda


















Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar turun ke bawah menyampaikan sendiri wang durian runtuh kepada beberapa orang peneroka FELDA, Ijok yang uzur, petang tadi.

Mereka adalah diantara seramai 599 orang peneroka yang menerima durian runtuh sebanyak RM 2.99 juta pada majlis penyampaian cek yang diadakan Isnin lalu, tetapi tidak dapat hadir kerana uzur.

Diantara penerima tersebut ialah Sallehuddin bin Mohamad,61 tahun yang baru sahaja menjalani pembedahan dan sedang berihat di rumahnya.

Manakala penerima yang lain ialah, Mohamed Daud bin Abd Wahab,69 tahun, Menya binti Abdullah, 44 tahun dan Shamsuddin bin Hassan, 65 tahun.

Mereka yang begitu terharu diatas kedatangan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, masing-masing menerima RM 5,000.

Turut hadir ialah Pengurus FELDA, Ijok Haji Shahuddin Dat dan Ketua Kampung FELDA, IJok, Haji Shukur Haji Jaman serta Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin sempat juga menziarah keluarga Allahyarham Mohd Sobri bin Sabran, 84 tahun, seorang peneroka yang meninggal dunia awal pagi di rumahnya di peringkat 4, FELDA, Ijok.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saham IPO FGVH 17X lebih langanan.

Saya takut harganya semasa debut turun hingga $4.50 kerana yang membeli IPO saya lihat ramai dari golongan spekulator bukan penyimpan tetap.

Maklumlah banyak yang ada di FELCRA pokok tua yang hanya boleh dikait oleh orang Indon berdasarkan gaji minimum yang ditetapkan. Antara 37%-51% pokok tua. Untung juga berkurangan kerana gaji mereka naik.

Spekulator Melayu bukan hendak meningkatkan 30% ekuiti Melayu. Mereka hanya hedak dapatkan untung durian runtuh.

Hari ini debut Sapura Kencana hanya mendapat untung 10 sen. Besok munkin jatuh lagi kerana big
brother belum masuk padang lagi.

Kalau YMDS letak harga 2 ringgit untuk belian pun boleh dapat tapi jagan awal pagi.

Anonymous said...

YMDS,

Dengan 5 ribu hanya dapat beli satu lot FGVH.

Kalau yang membeli IPO ramai dari golongan proxy PR 13 sudah tentu harganya menurun kerana mereka ini akan menjual saham mereka bila ia mulai dijual di bursa kerana untungnya hendak digunakan dalam PR 13.

Begitu juga saham GAS bagi pandangan saya yang tak boleh pakai.