Template by:
Free Blog Templates

28 May 2012

Sungai




















Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar meluangkan masa bersama pegawai jabatan parit dan saliran (JPS) meninjau keadaan tebing-tebing sungai Ijok yang rebak dan runtuh, tengahari tadi.

Jabatan parit dan saliran (JPS) dan pejabat tanah daerah Larut, Matang dan Selama akan mengenalpasti tanah-tanah risab sungai yang diduduki atau menjadi kediaman.

Ia bertujuan memudahkan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf sungai-sungai yang sering menjadi punca banjir.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meninjau sungai-sungai Ijok di kampung Siam, sungai Jernih, kampung Sangkut, kampung Masjid dan kampung teras.

Turut hadir pembantu teknik, Sukardi Bin Mohd Hussein Shah, ketua kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa, ketua kampung sangkut, haji Mat Zan Kassim dan krtua kampung Masjid, Ijok, Nor Azman Haji Mokhtar.

Dalam mesyuarat tindakan daerah Larut, Matang dan Selama, masalah banjir sering dibangkitkan oleh adun Kubu Gajah kerana ia mendatangkan masalah kepada penduduk.

Ramai penduduk di kawasan Dun Kubu Gajah mendiami risab sungai sejak dahulu dan ada yang sudah bercucu.

0 comments: