Template by:
Free Blog Templates

5 May 2012

Remaja UMNO







































Masih ramai remaja yang tertarik dengan perjuangan UMNO dan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada parti tersebut untuk menjadi payung kepada bangsa melayu.

Begitupun, pemimpin dan ahli UMNO harus sentiasa mendekati dan memberi dorongan kepada mereka tentang sejarah perjuangan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap dimajlis perasmian program remaja mendekati UMNO peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah di Sungai Jernih, Ulu Ijok, pagi tadi.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bersama kira-kira 200 remaja bermotor berkonvoi dari sungai Jernih sambil singgah dibeberapa cawangan untuk menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli veteran UMNO dan warga emas di Sungai Jernih, kampung Mesjid, Bagan Bahru, Felda Ijok dan Tebing Tinggi.

Penolong pegawai belia dan sukan Larut, Matang dan Selama, Nasaruddin Mawi. ketua pemuda UMNO bahagian, Anuar Ariffin, pengerusi belia daerah, Zaidi Dollah dan ketua-ketua UMNO cawangan juga mengambil bahagian program anjuran Adun Kubu Gajah sempena sambutan ulangtahun UMNO.

Jika UMNO mahu remaja menyertai mereka maka pemimpin dan ahli harus sentiasa mendekati dan mendampinggi mereka setiap masa dan memberi contoh-contoh yang positif.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ketua UMNO bahagian Larut menambah ramai remaja yang semakin yakin dan terpesona denan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membawa kemajuan kepada bangsa, agama dan negara.

Remaja harus faham dengan sejarah perjuangan UMNO yang telah menebus dan mengembalikan ketuanan melayu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menambah beliau sendiri sebagai orang yang pernah terbabit dalam persatuan belia akan sentiasa mengadakan aktiviti bagi mendekati belia.

Penerima-penerima sumbangan program bermotor tadi ialah di cawangan sungai Jernih, Che Puan Bt Othman 75 tahun, Bakri Bin Saari umur 72 tahun dan isterinya Hazaimah Bt. Saidin 61 tahun di cawangan Bangol Jerai di kampung Masjid, Ijok Salmah Bt Ahmad 90 tahun manakala cawangan Bagan Baharu Siti Ramlah Bt. Teh 78 tahun. Che Jah Bt. Desa 69 tahun di Felda Ijok Che Som Bt Othman 63 tahun dan ibunya Habsah Bt. Ismalil umur 80 tahun serta Fatimah Bt Kernai 73 tahun manakaala di Tebing Tinggi Normah Bt Hausin, Naemah Bt Mahyudin, Fauziah Bt Parman dan Paridah Bt. Shar.

0 comments: