Template by:
Free Blog Templates

19 May 2012

Belia


























Ada bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) ditolak kerana menerima dua kali.

Sekalipun ada penerima voucher daripada pihak berkenaan, tetapi ditolak oleh bank adalah kerana masalah mereka sudah menerima lebih daripada sekali.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup karnival mendekati belia di rancangan tanah belia khas (RTBK) Pondok Tanjung, tengah hari tadi.

Turut hadir penolong pegawai blia dan sukan daerah, Nasaruddin Mawi, guru besar sekolah kebangsaan RTBK, Raja Zainal Raja Adnan dan ketua kampung RTBK, Ismail hashim.

Ini merupakan penjelasan jabatan kebajikan masyarakat (JKM) selepas timbil dalam perjumpaan KEMAS ada penerima dapat voucher BR1M. tetapi ditolak oleh bank.

Bagi menggelakkan pertindihan ini berulang, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin menyarankan agar ketua-ketua kampung dikadikan pakar rujukan untuk semua jenis bantuan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bagaimanapun, mengucapkan terima kasih diatas daya usaha JKM dan pejabat penghulu yang menganjurkan majlis penyerahan BR1M Dun Kubu Gajah.


1 comments:

Anonymous said...

YMDS

Sampai masanya jika ketua kampung menyokong/tanda tangan maklumat yang tidak benar hendaklah diberhentikan menjadi ketua kampung.

Kita takut mereka yang ada 20 ekar kelapa sawit umur 10 tahun juga menerima BR1M.

YMDS turun padanglah lihat keadaan.

Kita takut kontraktor F pun dapat BR1M. Cuba YMDS pergi ke Persatuan Kontraktor Taiping di Bangunan Mara Kamunting munkin YMDS dengar ada yang dapat BR1M. Sembang-sembang dengan mereka. Tanya mereka secara tidak langsung sama ada mereka sudah menghantarkan BR1M atau tidak?