Template by:
Free Blog Templates

22 May 2012

Jalan hanyut













Jabatan Parit dan Saliran (JPS) digesa memberi perhatian serious terutama kawasan sungai yang sering menyebabkan berlakunya limpahan pasir hingga mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di tebing sungai.

Di sungai Ijok dekat Kampung Siam di Sungai Jernih di Ulu Ijok jika sebelum ini telah memusnahkan dua buah rumah akibat air sungai yang melempah, kini merosakan pula keseluruhan jalan tar di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melawat ke sekitar jalan tar yang rosak akibat limpahan air sungai selepas diberitahu mengenai kejadian itu, petang tadi.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa yang juga Ketua UMNO Cawangan.

Akibat kejadian tersebut, hampir keseluruhan jalan tar di Kampung berkenaan telah ditutup dengan pasir yang melimpah.

JPS juga harus mengkaji balik kerja-kerja mejojoi tebing sungai tersebut yang dikatakan punca berlakunya air melimpah ke kawasan kampung berkenaan.

Datuk Seri Raja Ahmad berharap JPS akan bertindak segera bagi mengatasi masalah tersebut kerana ia akan menyulitkan lagi kemudahan perhubungan di situ.

Katanya, JPS harus memantau setiap keadaan sungai bagi mempastikan penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan.

Beliau akan membawa perkara itu ke pengetahuan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama yang akan datang.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau jual pasir sungai mankin dalamlah sungai tersebut.

Tanamlah pokok pinang atau kelapa tepi sungai untuk menggelakkan hakisan.

Dulu perkara demikian tidak terjadi. Munkin sebelah hulu lagi sudah dibotakkan macam di Ulu Kelantan.