Template by:
Free Blog Templates

7 May 2012

Wanita










Pergerakan Wanita UMNO diseru agar mempastikan rangkaian mereka terus kuat dalam mempastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang ke 13.

Wanita akan tetap menjadi nadi penting dalam jentera BN untuk mencapai kemenangan, selain ahli Dewasa Pemuda dan Puteri.

Seberang pergeseran jika dibiarkan akan hanya melemahkan parti tersebut dan sekaligus membuka peluang kepada musuh-musuh mereka mengambil kesempatan.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Larut dalam perjumpaan bersama Ketua-Ketua Wanita cawangan UMNO Bahagian Larut di Sungai Segar dekat Ijok, petang tadi.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian Larut, Hajjah Sawipah Yahya dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Wania Bahagian di Dewan Orangramai Sungai Segar.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berharap perjalanan mesyuarat-mesyuarat agung cawangan termasuk wanita dalam bahagian Larut berjalan lancer mengikut jadul yang telah ditetapkan.

Seorang pemimpinan tertinggi UMNO pusat akan dijemput untuk meresmikan persidangan agung perwakilan UMNO Bahagian kali ini yang akan diadakan di Batu Kurau.

0 comments: