Template by:
Free Blog Templates

30 May 2012

UMNO













Orang Melayu akan berada dipersimpangan jika UMNO tidak lagi mengetuai kepimpinan Negara.

Justeru, pentingnya UMNO terus menjadi teras kepada Kerajaan bagi masa depan dan survival orang melayu.

Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap meresmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Repoh, dekat Batu kurau, petang tadi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Elias dan Ketua UMNO cawangan Repoh, Haji Ramli Bahrin.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin meningatkan pentingnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus diberikan kepercayaan mentadbir Negeri dan Negara kerana rekod cemerlangnya selama ini dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semakin diterima dan disenanggi majority rakyat kerana mendahului rakyat.

Begitupun, bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13, belau yang juga ADUN Kubu Gajah menegaskan pentingnnya seluruh ahli UMNO mengutamakan perpaduan bagi menjamin kemenangan cemerlang BN.

0 comments: